Buat rakan-rakan yang gemar dan sentiasa mengikuti perkembangan sukan Olimpik di london, selamat menonton diucapkan, kita harap atlit yang beragama islam dapat lah tahan diri dari tidak berpuasa.
Ok la, tukanglawan bukan apa, cuma nak bandingkan perancangan mereka menyambut acara sukan di kota london tu, kita nampak kesungguhan kerajaan negara tu untuk melakukan sesuatu dengan jayanya. berbanding dengan sambutan ke 55 tahun kemerdekaan negara ni, semuanya dirasakan "janji siap" je.
Tak perlu lah "tukanglawan" nak ulas lagi pasal logo hodoh dan lagu buat sakit telinga tu, semua dah tahu, telinga pencipta lagu dan logo pun agaknya dah merah dengar caci maki ( tu pun kalau ade perasaan la )
Beza 2 buah negara yang dulu pernah kibar bendera sama, cuma satu bekas tuan, satu bekas jajahan.
Banyak perkara menarik dikhabarkan dibuat masa pelancaran sukan ni tempoh hari, (klik sini kalau nak tengok rakaman penuh)
Antaranya james bond dikatakan telah terjun dari halikopter bersama ratu england untuk hadir ke perasmian ini, (hakikatnya kaki ratu akan patah kalau terjun betul-betul).
Mr Bean juga ada pada majlis itu, jangan sangka orang yang muka begitu tak bijak, tapi Mr Bean tidak lah lebih bijak dari pak menteri dan mak menteri yang sangat bijak menipu orang kampung, biberinya Rm500 dikaut masuk poket RM 5 juta.
Memang hebat perasmian sukan di kota london tu, malaysia pasti nak jugak rai sambutan hebat macam tu, tapi bila Kontinjen malaysia hadir dan memakai antara pakaian paling hodoh dan buruk (baca disini), timbul pertanyaan, mampukah kita pikul tanggungjawab macam tu tanpa malukan diri sendiri?
Takpela, jadikan pengajaran, lain kali jangan buat lagi, ini bukan pesta fun fair,
Ok la, tak ada apa yang nak disampaikan sebenarnya. cuma "tukanglawan " terfikir bagaimana kita mahu jadi gah seperti london bila logo kemerdekaan ke 55 pun macam design budak tadika, dan bila lagu tema kemerdekaan nampak sangat memuji diri sendiri dan mengungkit setiap perkara.
Malaysia bukan makin kehadapan, tapi menginjak ke belakang.... baru sedar negara ku sudah jadi makin kuno dan tua, semua kerana umno.
Pening.. pening, apa nak jadi negara nei , buat logo tak lawa, buat lagu sakit telinga, macam mana nak jadi macam kota london...
Takpe la, kita tengok je lawak mr bean nei, lagi best dari layan lawak umno.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.