Sebuah blog luar negara telah memilih pakaian atlet malaysia sebagai antara yang paling menarik pada pembukaan sukan olimpik di london.
Malangnya pemilihan 19 pakaian kontinjen itu bukanlah pakaian yang menarik atau kemas, sebalinya adalah pakaian paling hodoh.
Berada di belakang Ukraine, malaysia menduduki tempat kedua pakaian hodoh dengan memakai pakaian yang entah apa jenis konsepnya, tambahan lagi songket bercorak kulit harimau itu nampak sangat ganjil dan terlebih menyerlah.
Bukan mahu memperlekeh, tapi inilah hakikatnya, sudahlah wang kertas ditukar jadi makin hodoh, logo kemerdekaan pun hodoh, lagu sambut kemerdekaan pun hodoh, pakaiaan yang sepatutnya mencerminkan negara ini pun diperhodohkan..
Siapa punya idea ni, sudah habis kah pereka dan perunding imej di negara ini, apakah mahu menjadikan segala-galanya buruk dan hodoh.
Klik sini untuk baca komen blog tersebut, aummmmm harimau belang-belang di london, kuning, marron, hitam , putih dan kasut sukan, suka tak?
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
+ comments + 2 comments
kualiti pendidikan, kualiti kesihatan, kualiti segala perkhidmatan di malaysia semakin turun. selagi ada budaya 'menjaga' orang kita, selagi itu juga akan ada semua perkara ini. orang melayu sengaja tidak dimajukan dan diberi habuan demi habuan dalam usaha memperbodohkan mereka selama ini. sedihnya malaysia ..
Memang sedikit hodoh pun.Pemilihan warna yang tak sesuai langsung.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.