Jadi seorang profesor serba tahu tak semestinya mampu jadi Ahli dewan undangan negeri , jadi seorang penyanyi hebat terkemuka pun belum tentu boleh jadi wakil rakyat hebat, dan sudah semestinya jadi ahli sukan berjaya pun tidak semestinya mampu pikul tugas dan amanah sebagai yang berhormat.
Nak jadi ahli politik ni harus la tahu bagaimana nak selesaikan masalah rakyat, bukan asyik berjanji dicapati je, bila nak pilihanraya tabur duit rata-rata dan buat kerja bodoh cipta lagu sampai rakyat muntah.
Boleh ke turun padang jumpa orang kampung, sama-sama gotong royong, korban masa yang cuma ada 24 jam sehari untuk duduk layan karenah rakyat dan banyak pengorbanan lain..
Ada yang cakap akan undi Lee Chong Wei kalau jaguh sukan tu dipilih jadi calon, yang bercakap tu seorang artis....
Cuma nak pesan dekat akak tu, bukan semudah tu nak pilih pemimpin, betullah Lee Chong Wei berjaya dalam sukan, tapi belum teruji lagi bagaimana dia nak tangani masalah rakyat.
Ini bukan pilihan main-main, tak boleh la pilih sebab dia pemain sukan hebat kita kene pangkah terus.. takkan kita pandang "enteng" pasal siapa yang akan wakili kita, yang akan suarakan masalah rakyat.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.