Memaparkan catatan dengan label Minyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minyak. Papar semua catatan

Minyak kelantan, Beza Royalti Dan Duit Kesian

| comments

Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri menyegerakan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kata Ketua pembangkang itu najib nazak tidak perlu berdolak dalik kononnya mahu menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji isu pemberian royalti itu

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan najib bahawa  
Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas menetapkan Kerajaan Pusat perlu membayar royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak.

"tukanglawan" rasa najib nak bincang-bincang dulu nei taktik nak raih undi je ni
royalti apa yang nak diberi?, sedangkan rakyat terengganu yang ada loji proses minyak besar pun hanya dapat "wang ehsan"  tak pernah dapat "royalti" pun.

Hanya orang bodoh dan bangang saja tak tahu beza "royalti" dan  wang ehsan, ....

Beza Royalti dan wang ehsan senang, ,,, royalti ialah imbuhan yang kena bagi sebab orang tu berhak.. contoh komposer lagu baru tadikan yang bertajuk "janji dicapati" tu... dia harus dapat royalti... sama jugak seperti negeri ada minyak.. itu hak dia.. kekayaan negeri dia yang orang lain tumpang ambik dan buat duit.

Amande pulak "wang ehsan pulak..yang terengganu tu dapat?.. kira camni la... aku kaya.. aku ada duit.. tapi ko ni lekeh sangat, kesian dekat kau.. nah ambik duit ni duduk diam-diam..< hah.. paham tak maksud dalam dia nei

Jelas sekali mereka pandai berjanji, tapi umno la yang memungkiri... dasar "janji dicapati" tipu melayu kayakan kroni.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 

 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

BONGKAR!!! BN Menipu Rakyat tentang harga RON95 dan RON97

| comments

Baru sebentar tadi "tukanglawan" menulis artikel bagaimana bijak dan liciknya kerajaan Najib altantuya memperdaya rakyat (baca sini), jika rakyat bangkit dan marah pada tahun 2008 iaitu zaman Paklah menjadi perdana menteri gara-gara menaikkan harga minyak RON95 dan RON97 (RM2.70 bagi RON97), tapi penipuan Najib dan barisan menteri kabinet tidak langsung dapat dihidu rakyat. 

Kita akan menikmati harga baru Petrol RON97 selepas ini, harga terbaru yang diumumkan ialah RM2.90 bagi setiap liter, lebih 20 sen jika dibandikan zaman Paklah dulu,

Tapi anda jangan bimbang, harga RON97 yang rata-rata digunakan untuk kereta berprestasi tinggi contohnya( Porsches anak Nazri Aziz), atau (kereta Sport mewah yang dikatakan milik anak bekas perdana menteri) atau ( kereta-kereta bekas menteri yang tak boleh pakai RON95 ) masih murah sebenarnya,

Malah lebih Murah dari harga sebenar RON95 yang dijual di Malaysia.

Anda jangan terkejut, itulah kenyataanya, "tukanglawan" rasa kerajaan sebenarnya telah menukar label minyak, mungkin kereta-kereta mewah mungkin selama ini telah mengisi kereta mereka dengan minyak murah, sedangkan pemilik kancil dan kelisa serta penunggang motosikal telah sebenarnya menggunakan minyak RON97.

kenapa "tukanglawan: katakan begitu, mudah kan, bayangkan jika ada 2 barang, beza kedua-duanya ialah kualiti barangan tersebut, sudah pastilah yang lebih berkualiti sedikit mahal dari benda sama yang kurang sedikit kualitinya. jadi jika ada 2 jenis minyak RON95 dan RON97 pasti yang lebih mahal itu kualitinya lebih bagus.

Baiklah, kita baca kenyataan dibawah


Berkuat kuasa 16 Julai 2010, subsidi bahan bakar dan gula akan diselaraskan seperti berikut:
  
  * RON 97 tidak lagi diberi subsidi. Ia tertakluk kepada apungan semasa, di mana harganya ditentukan menerusi mekanisme harga automatik

Jadi harga petrol RON97 sebanyak RM2.90 yang diumumkan malam tadi ialah harga sebenar jenis bahan bakar itu, untuk perhatian melalui laman portal unit perancang ekonomi ( klik sini ) jelas menyatakan bahanbakar RON97 tidak diberikan subsidi oleh kerajaan.



Ok.. ambil point ini, HARGA SEBENAR RON97 ialah RM2.90, tapi berapa pula harga sebenar RON95?

Sila lihat gambar dibawah yang dipetik dari dari statistik yang dikeluarkan pada bulan januari 2012 bersumberkan fail yang dimuat turun dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan. (sila download disini)


Adakah anda rasa tertipu?, kenapa harga sebenar RON95 adalah lebih mahal berbanding harga sebenar RON97?, harga RON97 diletakkan pada harga RM2.90 (sekarang) , manakala RON95 pula ialah RM 3.35 iaitu 45 sen (sekarang)  55 sen ( sebelum RON97 dinaikkan 10sen)  lebih mahal?.

Apakah Pemberian subsidi yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini satu penipuan?. subsidi itu tidak diberikan atau jumlah subsidi yang diberikan bukan seperti yang dicanangkan oleh kerajaan.? lihatlah bagaimana kita ditipu hidup-hidup,

Memang tidak logik bila harga RON97 yang dikatakan lebih berkualiti itu adalah lebih murah dari RON95 yang dikatakan diberi kepada kebanyakkan rakyat dengan harga murah selepas pelepasan cukai dan subsidi, mengapa perkara ini kita terlepas pandang, bagaimana kerajaan boleh menipu rakyat selama ini?

Anda fikirkan lah sendiri, RON97 berharga RM2.90 manakala harga sebenar RON95 ialah RM3.35 (berdasarkan fakta yang dimuat turun), apakah perkara itu logik?, ada sesuatu yang tidak kena. kita tunggu menteri jawab, itu pun jika berani berhadapan dengan rakyat.

Jika tidak. kita ada pilihan lain, beri mandat kepada Pakatan Rakyat dan harga minyak pasti akan diturunkan.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

RON97 - Paklah RM2.70, Najib RM2.90 , Lagi Mahal Rupanya

| comments

Seingat "tukanglawan" Paklah diserang hebat pada 2008 kerana menaikkan secara mendadak harga petrol RON97, harga petrol ketika itu dilihat terlalu tinggi iaitu RM2.70 seliter, kesilapan itu telah membuatkan rakyat marah. tapi bijak dan liciknya najib ini, berkuatkuasa hari ini, harga petrol gred RON97 akan naik 10 sen meningkat kepada RM2.90 seliter. iaitu 20 sen lebih dari harga tertinggi zaman paklah.

Tapi kenapa tidak ada orang bising, kerana najib lebih bijak menipu rakyat, utusan hanya menyiarkan berita kenaikan harga RON97 lebih kurang 1 jam sebelum lewat malam, jadi waktu itu rakyat sudah ramai yang tidur, esok pagi mereka isi minyak tapi tidak perasan kenaikan itu.

Kenaikan juga tidak diumumkan sendiri Najib, kerana najib tidak mahu popularitinya semakin menurun, menteri juga duduk diam sehingga benda ini nanti jadi panas, hanya Presiden Persatuan Peniaga Petrol Malaysia, Abdul Wahid Bidin tampil mengkambing hityamkan diri mengesahkan kenaikan ini.

Bijak tak Najib, atau kenaikan ini sudah diterima ramai rakyat kerana tindakan  menaikkan berkali-kali petrol RON97 dalam kadar sedikit, sehingga kita tidak sedar harga RON97 zaman najib lebih mahal berbanding zaman Paklah.

Hebat memang hebat, nasihat Apco kepada Barisan Nasional  berjaya membuatkan rakyat tertipu. dan rakyat tidak sedar pun perkara ini,

Tak apalah, Rakyat malaysia ini sangat "Slow", atau sudah kaya sangat agaknya,jika di indonesia rakyat sudah bangun dan tuntut harga minyak diturunkan sehingga kerajaan negara itu takut dengan gelombang kebangkitan rakyat, namun di negara ini, rakyat takut untuk bersuara.
 
Walaupun tak ramai antara kita yang guna RON97, jangan lupa kenaikan harga minyak akan dimanupulasi pihak tertentu untuk naikkan harga barangan dan makanan, cuma "tukanglawan" terfikir, selepas minyak harga apa pula yang akan dinaikkan.

Umno BN beri RM500 pada rakyat, kemudian Roadblok bersepah-sepah, saman sana saman sini, tak cukup, harga minyak pula dinaikkan, semua untuk dana memenangkan BN pada PRU 13 nanti. saat ini lah teringat pula "tukanglawan" dengan janji Pakatan Rakyat yang mahu turunkan harga minyak jika mereka diberi mandat memerintah selepas PRU13 nanti.

BACA SINI PENIPUAN HARGA RON95 dan RON97

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Premium insuran kenderaan naik mulai 16 Januari 2012

| comments

 

Hadiah dari kerajaan malaysia untuk semua menjelang PRU13 ini, jom baca dibawah

Penyelarasan kadar premium tarif motor akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 16 Januari 2012, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM dalam satu kenyataannya berkata, ini merupakan pelarasan kali pertama dibuat kerana kadar premium ini tidak pernah dikaji semula dalam masa lebih 30 tahun lalu.

Bank pusat berkata pelarasan premium itu adalah dalam jumlah yang kecil dan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.

Bagi perlindungan pihak ketiga, motorsikal yang berkapasiti 110cc akan mengalami kenaikan premium antara RM1-RM3.50 setahun (maksimum 30 sen sebulan) dalam jangka masa empat tahun.

Bagi kereta persendirian yang berkapasiti 1,400cc, pelarasan premium adalah antara RM6-RM34 setahun (maksimum RM2.80 sebulan) bagi jangka masa yang sama.-BERNAMA

Hahaha, kecil pun tetap naik juga, nak ulas panjang-panjang pun tak guna, nanti kata orang umnoapco, tak bersyukur pulak. tapi bayangkan berapa jumlah wang yang dapat dipungut dari rakyat malaysia, kalau dikaji-kaji besar nilainya tu,

Kita warga marhaen terpaksa senyum dan redha, kitalah yang terpaksa bayar cukai jalan, tol sana-sini yang macam tak ada kesudahannya. kita tak perlu la bimbang sangat kerana dekat-dekat pilihanraya nanti pasti banyak hadiah berupa umpan pilihanraya akan disumbangkan, jalan baru diturap, projek sana sini dibangunkan. bukan untuk orang lain, untuk kroni mereka juga tu. apa kita kisah pun, kroni mereka sudah pasti melayu ( melayu umno)

Itu lah kita sendiri yang degil, kan najib sebelum ini sudah ingatkan rakyat supaya berjimat cermat, tapi rakyat degil tak mahu dengar nasihat najib. lihat contoh jelas apabila dengar nasihat najib, rosmah isteri beliau, kerana berjimat cermatlah dapat beli cincin permata. jangan merungut salah kita sendiri.kita tak bijak menabung dari kecil lagi.

Kita juga jangan lupa, kita ini rakyat marhaen, hanya layak makan nasi berlaukkan ikan dan sedikit kuah kari, kalau teringin makan daging pun tunggu la bila ada rezeki lebih. patutnya kita bersyukur, negara ini aman makmur, rakyat miskin?, tak apalah janji orang umno boleh projek sana sini, sejuk mata kita lihat, mewah kereta mereka. rumah pun besar jugak, raya nanti boleh kita datang jenguk-jenguk.

Pemimpin perlulah diberi keutamaan, mereka perlu sihat dan gemuk-gemuk belaka, kalau tidak jatuhlah imej negara dimata dunia luar. sebab itu lah kita kene harus rasa bersyukur selalu.

Menteri juga perlu kita beri keistimewaan , tol tak payah bayar, minyak kerajaan tanggung, road tax tak payah bayar , nasib baik cikit boleh la sapu semua daging lembu NFC, beli kondo mewah dan melancong pakai duit rakyat ( duit cukai la tu)


Untung lagi, anak-anak menteri nak shooping pakai je kredit kad, tak apa, rakyat boleh tolong bayarkan.

Apalah sangat kalau setakat naik 30 sen sebulan, sedangkan barangan keperluan yang harganya naik sebelum ini pon kita selamba aje bayar, tak rasa terbeban pun, sebab kita rakyat marhaen, kita tak pernah ada sedikit keinginan pun untuk simpan sikit wang untuk hari tua kita, 

Kita bukan macam menteri, mereka berfikiran amat jauh, kumpul harta untuk 7 keturunan mereka. kita hanya rakyat marhaen, ini pun dah untung tau orang umno bagi kita duduk kat malaysia. hahahahha.. ini negara diorang cakap diorang yang punya.

Pssst, Nak tengok koleksi kereta bekas menteri tak?  (klik sini diam-diam tau, jangan bagitau kawan-kawan)


Sebelum UMNO kenakan kita, kita kenakan diorang dulu

| comments


Maka benarlah seperti yang ditulis didalam blog activist901.com berkenaan nilai sebenar yang rakyat dapat dari gula-gula kerajaan barisan nasional menjelang PRU13 ini. sekali pandang macam banyak.. tapi itulah nilai sebenar kita

Sibuklah disana sini media "saraan" rejim pemerintah itu memainkan isu baiknya hati kerajaan barisan nasional  itu memberi baucer tunai bernilai RM500 kononnya perihatin sangat kepada rakyat.

Namun berapa jumlah sebenar diri kita pada pandangan mata puak umnoapco ini?

Dibawah adalah kiraan yang telah dibuat , jangan terkejut kerana kerajaan yang dengan angkuh mengatakan ekonomi negara itu semakin mantap sehingga sanggup membazir duit ingin membina menara-menara tercanggih dan tertinggi itu hanya memberi nilai seperti yang dibawah kepada rakyat.


RM500 dalam masa 5 tahun (1825 hari).
1 hari = 500/1825 
         = RM0.27 ( 27 sen)


Apalah yang boleh dibuat dengan 27 sen sehari sedangkan kita membelanjakan puluhan ringgi malah ratusan ringgit sehari. Apakah yang boleh kita buat dengan bantuan 27 sen sehari di saat harga barangan melambung tinggi sekarang.

Janganlah kita lupa pada taktikx2 umnoapco itu, bila dekat pilihanraya, maka rasuah diberi secara berleluasa. wang ditabur, projek sana sini dijanjikan.

Dalam masa yang sama, bila rakyat dinilai dengan harga cuma 27 sen sehari,  harga gula dinaikkan, harga bahanapi dinaikan, tepung, beras, ikan, roti semua naik harga. belum lagi cukai penyedia perkhidmatan telekomunikasi., dan dengarnya selepas PRU13 nanti jika rejim umno masih berkuasa GST akan diperkenalkan.


Tak apalah, kita bukan lagi bodoh, terutama anak-anak muda, sudah pandai menilai, apatah lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang, cuma masalahnya warga tua di kampung, di felda-felda mereka sangat mudah terpedaya dengan media pemerintah... dan apakah selamanya kita sanggup membiarkan mereka ditipu?.

Berbalik kepada bantuan RM500 tersebut, pesan kepada ibu bapa kita, pakcik-pakcik kita, ambil sahaja, kita perlu jadi bijak. kita ambil apa yang diberikan, tapi undi kita tidak semurah itu nilainya.

Undi kitalah yang menentukan nasib generasi akan datang, sanggupkah kita generasi akan datang terus diperbodoh lagi, sudah cukup lah 50 tahun lebih rejim penguasa memerintah, sudah sampai saat mereka perlu pencen, jika degil kita yang akan paksa mereka pencen.



Tangguh kenaikan harga RON95, barang bukti BN takut Pakatan

| comments

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan menangguhkan kenaikan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) bukti kerajan takut berdepan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum akan datang.

Guan Eng berkata, BN memutuskan untuk tidak meneruskan cadangannya ekoran kemampuan PR untuk memobilisasi usaha membantah kenaikan tersebut.

Pakatan, katanya berjaya mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam pemberian subsidi kepada syarikat besar seperti Tenaga Pengeluar Bebas/swasta (IPP) sebanyak RM19 bilion setahun, ketika 27 juta rakyat Malaysia berdepan kenaikan harga barang akibat penarikan subsidi.

“Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi.

“Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat,”  kata Guan Eng dalam kenyataannya hari ini.

Bagaimanapun katanya, BN masih berusaha untuk menaikkan harga barangan berikutan pengumuman  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan kajian semula dasar subsidi  adalah perlu.

Sementara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula, katanya, menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.
“Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan pemberian subsidi kepada IPP, yang menerima sokongan padu Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

“Peter Chin ternyata sedangbermain dengan kata- kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan.

“Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia,” ujarnya.
Tambah Guan Eng, tidak ada cara lain bagi kerajaan untuk mencapai 5.4 peratus defisit fizikal tanpa pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti –rasuah.
“Menteri- menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD 100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980- an,” katanya.

Kerajaan dolak dalik kenaikan harga RON95, bahan api

| comments



KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kerajaan berdolak dalik dalam isu kenaikan petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), sehari selepas membuat pengumuman tidak akan menaikkan harga bahan bakar itu.

Ini kerana khamis lalu, Menteri Perdagangan dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tidak ada sebarang kenaikan bahan api, kononnya kerana mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun sehari selepas itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata kerajaan akan mengkaji semula subsidi sekiranya harga minyak mencecah antara AS$110 dan AS$120 setong.

Ia berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini.


Shamsul berkata, dua kenyataan itu jelas bercanggah antara antara satu sama lain, yang menunjukkan bahawa kerajaan Umno- Barisan Nasional gagal membuat keputusan yang penting untuk rakyat.

“Pengumuman yang bercanggah ini menunjukkan hala tuju ekonomi Barisan Nasional yang tidak jelas.

“Penangguhan kenaikan petrol Ron 95 sebelum ini pun hanyalah tindakan untuk mententeramkan rakyat tetapi bersifat sementara. Ini kerana dijangkakan pilihanraya umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat. Selepas pilihan raya tidak ada jaminan pengekalan harga,” kata Shamsul ketika dihubungi.

Malah lebih teruk katanya, kerajaan mungkin memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang disifatkan lebih membebankan kerana melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia.

“Ketika kerajaan mempertimbangkan untuk menarik semula subsidi, apakah kerajaan mempertimbangkan juga untuk menarik semula rancangan projek mega seperti pembangunan menara 100 tingkat, projek di Sungai Besi dan sebagainya?” soal Shamsul.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter, manakala harga LPG pula ialah RM1.90 sekilogram. Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG dinaikkan ialah pada Disember tahun lalu.

Felda dulu tolong, sekarang Along

| comments



PETALING JAYA -  Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta tahun lalu berbanding membantu rakyat,

Apabila harga gula sebanyak 20 sen dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram. “Keuntungan yang diperoleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media hari ini, dipetik dari portal berita Kedahlanie.

Beliau berkata, buat pertama kali, Felda yang ditubuhkan pada 1956 merupakan badan berkanun bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan kaum Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.

“Ini diikuti dengan pengambilalihan pada 2010 oleh adik-beradik Kuok, dikuasai PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds.
“Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM dalam bursa saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. “Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
Lim menambah, tawaran umum dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.
MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. Ia menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia bernilai kira-kira RM2.3 bilion. Tahun lalu, MSM memperoleh keuntungan sebanyak RM232 juta. 
Kata Lim, keuntungan sebanyak RM232 juta itu sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula. 
Lim merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun. “Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperoleh MSM tahun lalu?

Golongan miskin

“Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM111.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia,” katanya. Lim berkata kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM111.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ia dimiliki oleh Felda.

“Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin. “BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM,” katanya.

Lim menambah BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.
“Dasar sosioekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.
“(Oleh itu) DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil,” katanya./FMT

Ku Li selar pemimpin umno

| comments



Jika masih ada seorang pemimpin umno yang bagus beliau adalah tengku Razali Hamzah, beliau masih dilihat sebagai satu-satunya pemimpin dalam umno yang masih berjuang untuk rakyat, tidak seperti kebanyakan pemimpin umno yang terang-terangan boleh dipanggil sebagai "pemimpin tiada akhlak"

Ku li baru-baru ini semasa ditemubual oleh TV selangor mempersoal tindakan pemimpin umno sendiri yang terlalu sibuk berusaha menjatuhkan pemimpin pembangkang , terutamanya DSAI,

beliau juga mempersoalkan tentang isu video seks yang diperkatakan ramai, jelas ku li lagi, cara pemimpin umno menjatuhkan musuh politik mereka cara ini adalah tindakan pemimpin tidak bertamadun.
ibarat kata kuli "apa guna menang tanpa maruah"

@TUKANGLAWAN sarankan supaya ku li tinggalkan sahaja umno, Bekas pemimpin Semangat 46 ini tidak lagi perlu cuba memperbaiki umno yang telah terlalu rosak itu, ku li ada platform pakatan rakyat untuk berjuang menuntut Royalti minyak dan terus berpolitik dengan cara yang lebih bersih

Perjanjian IPP rugikan negara, akhirnya masuk ke kantong Umno

| comments



KUALA LUMPUR: Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan negara mengalami kerugian apabila sejumlah RM19 bilion diperuntukkan setahun untuk membayar subsidi kepada pihak terbabit.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayaran subsidi yang diterima IPP, dikembalikan semula kepada perbendaharaan Umno dalam pelbagai cara dan bentuk.
“Dalam jangka panjang, jumlah wang terpaksa ditanggung rakyat secara keseluruhan yang dibayar kepada IPP sebenarnya dipulangkan kepada Umno. Ia sudah berlaku berbelas tahun, dari zaman Dr Mahathir.
“Dalam keadaan Dr Mahathir menyatakan Melayu perlu dibuang tongkat, rupanya dalam diam subsidi yang diberikan kepada IPP akhirnya masuk semula ke kantong Umno dalam bentuk kick back, pemberian komisyen kepada syarikat kroni dan sebagainya,” ujarnya.
Menurut Azan, sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB.
Idea tersebut yang dicetuskan  mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menguntungkan 26 syarikat IPP yang merupakan kroni kepada Umno-Barisan Nasional.
Antaranya YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd dan Malakoff.
“Subsidi menimbulkan tandatanya, apa perlunya kerajaan mewujudkan IPP secara penswastaan dengan cara kerajaan atau TNB membayar kepada IPP. Ini amat tidak logik dan telah dipertikai banyak kali dan bukan perkara baru.
“Setiap tahun jumlah saluran subsidi kepada IPP menimbulkan tandatanya besar. Subsidi tidak diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan sebaliknya diberi kepada syarikat besar seperti ini.
“Akhirnya yang menaggung derita adalah rakyat. Bukan sahaja kenaikan harga barangan, tetapi dalam tempoh ini rakyat terpaksa membayar kos kenaikan hampir semua jenis perkhidmatan, telefon, tarif elektrik dan air,” ujarnya kepada Keadilandaily.com.
Menurut Azan, sekiranya, fungsi dan peranan IPP diambil alih TNB, beliau percaya kapasiti penjanaan tenaga elektrik mampu mencapai 100 peratus dan kos menjadi lebih efisyen.
Justeru itu, kerajaan sepatutnya merunding semula Power Purchase Agreement (PPA) yang merugikan negara dan rakyat.
“Ia dapat memaksimumkan dan mencapai tahap paling efisyen dan kadar tenaga akan menjadi lebih murah. Sekiranya kerajaan menamatkan perkhidmatan IPP, ia sekaligus dapat memaksimakan aktiviti penjanaan tenaga sekiranya ia diuruskan TNB sendiri.
“Kita dapat menjimatkan dalam dua keadaan, mencapai tahap maksima dan kos efektif. Kedua, menyelamatkan beberapa ratus juta yang diberikan kepada sesebuah syarikat-IPP,” ujarnya.
Untuk rekod, IPP membekalkan 1,400 MW kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Power Purchase Agreements (PPA) di mana TNB membayar IPP sebanyak RM78.3 bilion dari tahun 2001 hingga 2010.
Pada 2010 sahaja, sebanyak RM19 bil

Semak semula perjanjian IPP- TNB, tegas Anwar

| comments



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut  kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas/swasta (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat pula menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.
“Berdasarkan perspektif inilah saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk berlaku adil dengan menyemak semula harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat,” tegas Anwar

Anwar berkata, perjanjian itu sebelum ini direka untuk memastikan 26 syarikat IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seperti gas, disel dan arang batu menyebabkan  TNB terpaksa menanggung akibat jika berlaku kenaikan harga.
Berikutan perjanjian ini, katanya, Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjual nya semula pada kadar harga subsidi  tetap.

“Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Justeru itu, berikutan perjanjian yang rumit dan berat sebelah itu menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi.

“Kos harga tenaga elektrik yang terpaksa dibayar TNB kepada Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta(IPP) dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh IPP ternyata membebankan rakyat samada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat dari subsidi gas untuk TNB/IPP kononnya demi merendahkan tarif,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Menurut Anwar, bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope pernah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak setuju dengan harga yang terlalu mahal dikenakan oleh IPP kepada TNB.
“Harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kWh (kilowatt hour), harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB)adalah harga yang lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB. Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya,” katanya.

Anwar menambah, sekiranya dibandingkan dengan Thailand, tarif elektrik Malaysia jauh lebih tinggi sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa.
Harga semasa itu, katanya, tiga kali lebih tinggi daripada harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia.
“Seorang pengguna yang memiliki rumah di Thailand hanya membayar 18 sen per kWh untuk 150 kWh yang pertama, manakala pengguna yang sama di Malaysia terpaksa membayar 22 sen untuk kadar yang sama. Ini bermakna perbezaan harga tarif elektrik yang mencecah 22%.
Akibatnya, pengguna runcit  yang dikategori “tarif komersial untuk penggunaan voltan rendah” terpaksa membayar tarif yang lebih tinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan Thailand.

“Tarif nya di Malaysia ialah 37 sen per kWh, 48% lebih tinggi dari kadar di Thailand; pada kategori yang sama hanya berharga 25 sen per kWh.
“Justeru, sudah sekian lama saya menegaskan sekitar RM 22 billion subsidi gas(RM 19 billion pada tahun 1999) yang diberi kepada IPP/ sektor menjana tenaga tidak memberi makna kepada rakyat,” tegasnya.

Harga makanan naik167% akibat kenaikan harga minyak

| comments



KUALA LUMPUR: Lonjakan sehingga 167 peratus harga pelbagai makanan sejak bulan lalu menunjukkan kenaikan harga petrol memberi kesan ketara terhadap barangan keperluan harian, Ketua Biro Pengguna KEADILAN, Abdul Rahman Hackem.
Beliau berkata, tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menaikkan harga petrol beberapa kali baru-baru ini, memberi kesan besar kepada pemborong dan peniaga-peniaga kecil untuk menaikkan harga jualan.
“Puncanya syarikat besar cuba menampung kenaikan kos pengangkutan dan kenaikan satu peratus cukai perkhidmatan, memaksa pemborong dan peniaga kecil turut menaikkan harga,” katanya kepada KeadilanDaily.
Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha’ani Abdullah pula menyeru pengguna memboikot kenaikan harga makanan.
Ini kerana, beliau berkata, kerajaan Malaysia sentiasa ‘cakap’ untuk kawal harga, tetapi hal sebaliknya berlaku.
“Itu drama politik mereka – cakap saja. Sebagai pengguna, kita ada hak. Pilihan kita adalah ketika pilihan raya,” katanya menyeru pengguna untuk memilih kerajaan yang adil pada pilihan raya depan.
Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendedahkan, harga pelbagai makanan melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.
Ia berdasarkan kajian CAP di gerai-gerai sekitar Pulau Pinang yang bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi turut meliputi harga makanan orang Cina dan India.
Kenaikan itu dipercayai berpunca dari kenaikan harga barangan keperluan seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi dan serbuk teh yang berpunca dari kenaikan harga minyak

@TUKANG LAWAN Seru semua pakat-pakat tukar kerajaan pusat, kerajaan yang ada sekarang sudah jelas tidak mampu memberi faedah buat rakyat, mereka kini sibuk mengaut kekayaan negara tanpa memperdulikan rakyat ..

Berbilion subsidi IPP, tapi kerajaan masih naikkan tarif elektrik- Rafizi

| comments

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata tidak ada sebab kerajaan menaikkan tarif elektrik di negara ini kerana peruntukan RM19 bilion hingga RM22 bilion subsidi gas yang diberikan kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), bertujuan untuk mengurangkan tarif tersebut.
Menurut Rafizi, sekiranya dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah berbanding Malaysia walaupun mereka tidak memperuntukkan subsidi kepada syarikat seperti IPP.
“Selama ini, subsidi gas diberikan kepada syarikat besar IPP dengan tujuan untuk mengurangkan tarif elektrik kepada rakyat, tetapi tarif elektrik di negarakita lebih tinggi daripada jiran yang lain seperti Thailand.
“Ini bermaksud kerajaan sepatutnya boleh potong peruntukan subsidi kepada syarikat IPP dan pada masa yang sama mengurangkan tarif elektrik.
“Thailand tidak ada subsidi gas diberikan kepada syarikat seperti IPP tetapi tarif elektrik mereka jauh lebih rendah,” ujarnya ketika dihubungi keadilandaily.com.
Katanya, sekiranya penjelasan kerajaan bahawa kenaikan tarif itu perlu berikutan subsidi IPP tidak dapat ditampung, ia tidak bertepatan dengan realiti sebenar.
“Apa pun, tindakan samada menaikkan harga minyak RON 95 atau tarif elektrik tidak boleh menutup mata rakyat kerana rakyat sudah celik. Mereka tahu hasil kekayaan negara ini diurus secara salah oleh kerajaan.
“Rakyat pertama sekali yang akan merasa terkesan. Sepantas kilat, harga barangan akan turut naik kerana peniaga akan mengalihkan beban itu kepada pengguna.
“Ini menunjukkan BN tidak boleh mengurus ekonomi dalam masa jangka pendek dan menyelesaikan masalah ekonomi secara holistik dalam jangka masa panjang.
Tambahnya, beliau juga menolak kemungkinan harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan kerajaan berikutan peningkatan tarif berkenaan.
“Peningkatan tarif elektrik ini juga tidak dapat membendung kemarahan rakyat jika dikatakan RON95 tidak dinaikkan. Jelas RON95 akan dinaikkan kerana ini adalah janji BN kepada rakyat,” ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyifatkan kerajaan bermuka-muka apabila membuat keputusan itu yang bertentangan dengan slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.
“Kerajaan sebenarnya tidak ikhlas menolong rakyat kerana sehingga hari ini kita tidak dapat lihat apa yang diberi kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkanbeban mereka,” kata Khairul Anuar ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Justeru beliau menyeru rakyat menilai semula kerajaan yang ada, apakah mereka mengutamakan kebajikan rakyat selari dengan slogan yang dilaungkan selama ini.
“Rakyat boleh lihat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya tidak punyai iltizam untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat. Mereka tidak pernah berniat baik untuk menolong rakyat, tetapi yang berlaku mereka yang menindas rakyat dengan kenaikan harga,” katanya.
Laporan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan kenaikan kadar tarif elektrik dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini.
Menurut laporan itu, kerajaan telah meluluskan kenaikan tarif berkenaan yang sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikan harga gula juga dibuat pada masa yang sama.
Akhbar itu yang memetik sumber berkata, kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat.

Tarif elektrik akan naik lagi

| comments


KUALA LUMPUR, May 19 — The government will likely announce a hike in electricity tariffs next week as the Najib administration seeks to keep ballooning petroleum subsidies in check, Nanyang Online reported today. - themalaysianinsider

Khabarnya tarif elektrik akan dinaikan tidak lama lagi,alasan yang diberikan ialah kenaikan harga minyak yang memaksa tarif elektrik turut sama dinaikkan bagi menampung kos.

jika benar perkara ini berlaku, kita semua akan dibebani dengan tekanan yang amat sangat, bayangkan semua pendapatan terpaksa digunakan hanya untuk perbelanjaan bulanan, adakah lagi sedikit baki untuk kita simpanb sebagai tabungan hari tua nanti?.

tindakan kerajaan korup kini semakin menghimpit rakyat, minyak RON97 dinaikkan tidak lama dahulu pada saat sebenarnya harga minyak dunia menurun, kini apa bila harga pasaran minyak dunia kembali naik, sekali lagi kerajaan mengugumkan akan mengkaji semula harga minyak, dan khabarnya RON95 juga akan dinaikkan selepas ini.

tidak lama selepas kenaikan minyak RON97 diumumkan sebanyak 20sen tidak lama dulu, Gula pula mengikut jejak langkah sama apa bila juga telah naik sebanyak 20 sen , dan khabarnya kini susu tepung yang kebanyakannya digunakan untuk menyusu bayi juga akan naik bermula jun ini. dan selepas itu apa lagi yang akan naik.

kita sebagai rakyat tidak perlu jadi bodoh atau diperbodohkan dengan kerajaan sedia ada, adakah dengan menguna alasan kenaikan harga pasaran minyak dunia, kita sewenangnya membenarkan kerajaan menaikkan harga minyak sesuka hati?. dan lihatlah kesannya, kenaikan minyak akan sekali membawa kepada kenaikan harga barangan lain. contoh ini pernah terjadi bila ahmad badawi menaikan harga minyak sebelum ini.

Jika anda pernah menonton debat Anwar Ibrahim dan seorang menteri kabinet dahulu ( menteri buih) anda pasti pernah dengar perkataan IPP.

IPP ialah Independent Power Producer iaitu syarikat persendirian yang menjana tenaga elektrik, apa yang pernah disuarakan Anwar ibrahim ialah pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan dengan pemberian subsidi bahan bakar kepada IPP.

Isu ini timbul dalam formula pengurangan kos bahan bakar yang dikemukakan beliau, jelas beliau lagi dengan mengurangkan subsidi kepada IPP yang yang menjangkau nilai RM 19 billion, subsidi atau sumber kewangan itu boleh digunakan untuk tujuan mengurangkan harga bahan bakar, lantas dapat menjamin kelangsungan hidup rakyat.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim, dengan menjaga harga beberapa barangan kritikal seperti minyak, harga barangan dapat dikurangkan, selaras dengan pendapatan purata rakyat malaysia. malah dengan ketiadaan kenaikan harga minyak, barangan keperluan lain juga akan lebih murah harganya.


@TUKANGLAWAN tidak terlalu terkejut dengan tindakan kerajaan , jika kita perhatikan kerajaan malaysia sekarang sebenarnya sudah ketiadaan wang, sumber kewangan sudah dilaburkan sebagai umpan pilihanraya kecil sebelum ini, dan lebih lagi sudah habis digunakan semasa pilihanraya negeri sarawak tempuh hari, kerajaan malaysia sekarang sudah tidak lagi menjaga kepentingan rakyat, terlalu banyak pembaziran dilakukan, apa yang tukang lawan lihat sekarang kerajaan malaysia kini berlagak seperti seorang peniaga semata-mata untuk mengisi tabung sendiri.

Kenaikan harga minyak, gula dan kini susu

| comments




Petaling Jaya – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.

“Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.

“Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Dutch Lady, Datuk Zainal Abidin Putih.

Van den Berg menjelaskan, sebagai persediaan ke arah fenomena berkenaan pihaknya telahpun menaikkan harga sebanyak lima peratus bagi beberapa produk susu yang baharu dilancarkan pada awal tahun ini.

“Kami harus mengambil langkah berjimat-cermat dan efisien dengan harga material bahan mentah yang tidak menentu ini,” katanya.

Beliau bagaimana pun tidak melihat bahawa peningkatan harga tersebut akan menjejaskan jualan rangkaian produk tenusu Dutch Lady di pasaran.

Syarikat itu menghasilkan dua rangkaian jenama produk tenusu yang terdiri daripada susu segar, minuman yogurt, susu untuk membesar dan susu suhu ultra tinggi (UHT) serta Friso yang meliputi susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak dan golongan ibu mengandung dan menyusu.

“Matlamat kami pada tahun ini ialah untuk melepasi prestasi keuntungan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu walaupun akan menghadapi tahun yang mencabar,” jelasnya. -kosmo

@TUKANGLAWAN kesian pada ramai rakyat yang punya anak kecil, mungkin kita tak perlukan susu, cukuplah gula yang mahal itu, namun bagaimana dengan bayi -bayi yang memerlukan susu, tergamakkah kita mahu mengantikan minuman yang sangat penting kepada mereka dengan hanya air suam, seperti yang tukang lawan jangka, kenaikan minyak dan gula pasti akan menjadi pencetus kenaikan harga barangan lain, kalu macam ini gayanya, kerajaan yang ada sekarang harus ditukar.

Harga RON95 dijangka Naik ?

| comments

TEMERLOH 17 Mei — Kerajaan diminta menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol RON95, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata, kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu.

“Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.

“Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk menampung subsidi tersebut,” katanya yang juga Menteri Pertahanan dipetik Bernama hari ini.

Semalam, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.

Pergerakan itu juga berkata pihaknya gusar dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang menggesa rakyat agar bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON95.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.

.... lepas nie akan kuar cerita pasal petrol diseludup ke negara jiran... so harga ke naik sebab depa curi subsidi kita.... esoknya petrol naik....wakakaka
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit