Memaparkan catatan dengan label Gula. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gula. Papar semua catatan

Sebelum UMNO kenakan kita, kita kenakan diorang dulu

| comments


Maka benarlah seperti yang ditulis didalam blog activist901.com berkenaan nilai sebenar yang rakyat dapat dari gula-gula kerajaan barisan nasional menjelang PRU13 ini. sekali pandang macam banyak.. tapi itulah nilai sebenar kita

Sibuklah disana sini media "saraan" rejim pemerintah itu memainkan isu baiknya hati kerajaan barisan nasional  itu memberi baucer tunai bernilai RM500 kononnya perihatin sangat kepada rakyat.

Namun berapa jumlah sebenar diri kita pada pandangan mata puak umnoapco ini?

Dibawah adalah kiraan yang telah dibuat , jangan terkejut kerana kerajaan yang dengan angkuh mengatakan ekonomi negara itu semakin mantap sehingga sanggup membazir duit ingin membina menara-menara tercanggih dan tertinggi itu hanya memberi nilai seperti yang dibawah kepada rakyat.


RM500 dalam masa 5 tahun (1825 hari).
1 hari = 500/1825 
         = RM0.27 ( 27 sen)


Apalah yang boleh dibuat dengan 27 sen sehari sedangkan kita membelanjakan puluhan ringgi malah ratusan ringgit sehari. Apakah yang boleh kita buat dengan bantuan 27 sen sehari di saat harga barangan melambung tinggi sekarang.

Janganlah kita lupa pada taktikx2 umnoapco itu, bila dekat pilihanraya, maka rasuah diberi secara berleluasa. wang ditabur, projek sana sini dijanjikan.

Dalam masa yang sama, bila rakyat dinilai dengan harga cuma 27 sen sehari,  harga gula dinaikkan, harga bahanapi dinaikan, tepung, beras, ikan, roti semua naik harga. belum lagi cukai penyedia perkhidmatan telekomunikasi., dan dengarnya selepas PRU13 nanti jika rejim umno masih berkuasa GST akan diperkenalkan.


Tak apalah, kita bukan lagi bodoh, terutama anak-anak muda, sudah pandai menilai, apatah lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang, cuma masalahnya warga tua di kampung, di felda-felda mereka sangat mudah terpedaya dengan media pemerintah... dan apakah selamanya kita sanggup membiarkan mereka ditipu?.

Berbalik kepada bantuan RM500 tersebut, pesan kepada ibu bapa kita, pakcik-pakcik kita, ambil sahaja, kita perlu jadi bijak. kita ambil apa yang diberikan, tapi undi kita tidak semurah itu nilainya.

Undi kitalah yang menentukan nasib generasi akan datang, sanggupkah kita generasi akan datang terus diperbodoh lagi, sudah cukup lah 50 tahun lebih rejim penguasa memerintah, sudah sampai saat mereka perlu pencen, jika degil kita yang akan paksa mereka pencen.



Najib mintak rakyat berjimat kerana Rosmah

| comments



“Janganlah semudahnya rakyat dihidangkan dengan nasihat supaya berbelanja berhemah sebelum Najib mampu mengawal isterinya dari menjadi wanita ‘paling boros’ di abad ini,” kata Drs Khalil Idham Lim (gambar).


Beliau selaku Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Baru-baru ini yang memberi ingatan buat seluruh rakyat Malaysia muslim supaya berjimat cermat pada bulan Ramadhan ini.

“Najib nampaknya tidak henti-henti mahu perbodohkan rakyat dengan mengingatkan rakyat perlu berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.


“Pemberi nasihat jangan cuma pandai beri nasihat, namun dilihat dari amalannya jauh sekali seperti langit dengan bumi,Janganlah jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus dalam keadaan ia sendiri berjalan tidak betul,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong .

Sehubungan itu, beliau ingin mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, jimatkah beliau jika bil elektrik rumahnya berjumlah lebih RM700,00 sehari dan bil air pula berjumlah lebih RM100,000 sehari.

“Bil yang saya maksudkan tadi ialah kos untuk biaya sehari bil elektrik dan air kediaman rasmi Perdana Menteri, kos tersebut seolah-olah tidak masuk akal kerana mustahil Perdana Menteri dan juga isteri tinggal dalam rumah selama 24 jam tanpa keluar,” ujar Adun Titi Serong itu lagi.

Sebelum ini, didedahkan juga bagaimana sikap boros yang ditunjukkan oleh isteri PM yang berbelanja boros dengan membeli cincin berharga jutaan ringgit, isteri perdana menteri itu juga meminta peruntukan lebih buat permata, kerana peruntukan sebelum ini telah habis diguna pakai tanpa laporan kewangan dikemukakan.


Justeru, beliau mengajak rakyat agar menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman Umno BN yang kian ‘gila’ dengan wang rakyat dinikmati mengikut sesuka hati, disaat rakyat dicengkam dengan kos sara hidup yang semakin mencengkam.

“Beri undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 untuk mengubah Malaysia tercinta sebagai sebuah negara yang bebas daripada pemimpin korup dan boros berbelanja,” katanya lagi.


@TUKANGLAWAN Minta najib berjimat cikit, jangan sibuk habiskan duit rakyat,duit rakyat bukan duit kau.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Felda dulu tolong, sekarang Along

| comments



PETALING JAYA -  Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta tahun lalu berbanding membantu rakyat,

Apabila harga gula sebanyak 20 sen dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram. “Keuntungan yang diperoleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media hari ini, dipetik dari portal berita Kedahlanie.

Beliau berkata, buat pertama kali, Felda yang ditubuhkan pada 1956 merupakan badan berkanun bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan kaum Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.

“Ini diikuti dengan pengambilalihan pada 2010 oleh adik-beradik Kuok, dikuasai PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds.
“Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM dalam bursa saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. “Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
Lim menambah, tawaran umum dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.
MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. Ia menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia bernilai kira-kira RM2.3 bilion. Tahun lalu, MSM memperoleh keuntungan sebanyak RM232 juta. 
Kata Lim, keuntungan sebanyak RM232 juta itu sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula. 
Lim merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun. “Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperoleh MSM tahun lalu?

Golongan miskin

“Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM111.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia,” katanya. Lim berkata kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM111.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ia dimiliki oleh Felda.

“Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin. “BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM,” katanya.

Lim menambah BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.
“Dasar sosioekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.
“(Oleh itu) DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil,” katanya./FMT

Kenaikan harga minyak, gula dan kini susu

| comments




Petaling Jaya – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.

“Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.

“Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Dutch Lady, Datuk Zainal Abidin Putih.

Van den Berg menjelaskan, sebagai persediaan ke arah fenomena berkenaan pihaknya telahpun menaikkan harga sebanyak lima peratus bagi beberapa produk susu yang baharu dilancarkan pada awal tahun ini.

“Kami harus mengambil langkah berjimat-cermat dan efisien dengan harga material bahan mentah yang tidak menentu ini,” katanya.

Beliau bagaimana pun tidak melihat bahawa peningkatan harga tersebut akan menjejaskan jualan rangkaian produk tenusu Dutch Lady di pasaran.

Syarikat itu menghasilkan dua rangkaian jenama produk tenusu yang terdiri daripada susu segar, minuman yogurt, susu untuk membesar dan susu suhu ultra tinggi (UHT) serta Friso yang meliputi susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak dan golongan ibu mengandung dan menyusu.

“Matlamat kami pada tahun ini ialah untuk melepasi prestasi keuntungan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu walaupun akan menghadapi tahun yang mencabar,” jelasnya. -kosmo

@TUKANGLAWAN kesian pada ramai rakyat yang punya anak kecil, mungkin kita tak perlukan susu, cukuplah gula yang mahal itu, namun bagaimana dengan bayi -bayi yang memerlukan susu, tergamakkah kita mahu mengantikan minuman yang sangat penting kepada mereka dengan hanya air suam, seperti yang tukang lawan jangka, kenaikan minyak dan gula pasti akan menjadi pencetus kenaikan harga barangan lain, kalu macam ini gayanya, kerajaan yang ada sekarang harus ditukar.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit