Memaparkan catatan dengan label hak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hak. Papar semua catatan

Apakah Mutu Proton Preve Seteruk Ini ?

| comments

Proton Preve yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu dicanangkan sebagai proton terbaik keluaran pembuat kereta nasional negara ini. tapi benarkah ia kereta terbaik proton?

Sebagai sebuah jenama yang pernah menjalin kerjasama dengan Mitsubishi motor , lotus dan Renault apakah perkongsian tersebut dapat memberi kebaikan kepada pengeluar kereta nasional ini. itu persoalannya, apakah manafaat yang dapat diambil dari perkongsian teknologi yang kononnya diadakan dulu.

Baiklah, apa yang kita dapat lihat adalah bila proton menjalin kerjassama dengan lotus ianya sedikit sebanyak memberi manafaat dengan sistem kawalan dan saspensi kereta proton, benar kah itu, jika ya ia sesuatu yang bagus.

Bagaimana dengan aspek lain, sepatutnya selepas 27 tahun industri ini bermula, proton sepatutnya jadi jenama yang hebat, bukan mahu memperlekehkan, jika kita mahu bandingkan proton dan perodua kita dapati jenama perodua lebih diyakini. walaupun menggunakan banyak teknologi dari jepun ( proton juga ).

Gambar dibawah menceritakan selepas 27 tahun proton ditubuhkan, dan ini hasilnya.


Bukankah selayaknya rakyat malaysia dapat menikmati kualiti kereta yang lebih bagus, jika begini lah mutu kereta kita, jangan kata tidak patriotik jika menggunakan kereta jenama luar. bukan buat ala kadar untuk penuhkan poket kroni saja.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Sebelum UMNO kenakan kita, kita kenakan diorang dulu

| comments


Maka benarlah seperti yang ditulis didalam blog activist901.com berkenaan nilai sebenar yang rakyat dapat dari gula-gula kerajaan barisan nasional menjelang PRU13 ini. sekali pandang macam banyak.. tapi itulah nilai sebenar kita

Sibuklah disana sini media "saraan" rejim pemerintah itu memainkan isu baiknya hati kerajaan barisan nasional  itu memberi baucer tunai bernilai RM500 kononnya perihatin sangat kepada rakyat.

Namun berapa jumlah sebenar diri kita pada pandangan mata puak umnoapco ini?

Dibawah adalah kiraan yang telah dibuat , jangan terkejut kerana kerajaan yang dengan angkuh mengatakan ekonomi negara itu semakin mantap sehingga sanggup membazir duit ingin membina menara-menara tercanggih dan tertinggi itu hanya memberi nilai seperti yang dibawah kepada rakyat.


RM500 dalam masa 5 tahun (1825 hari).
1 hari = 500/1825 
         = RM0.27 ( 27 sen)


Apalah yang boleh dibuat dengan 27 sen sehari sedangkan kita membelanjakan puluhan ringgi malah ratusan ringgit sehari. Apakah yang boleh kita buat dengan bantuan 27 sen sehari di saat harga barangan melambung tinggi sekarang.

Janganlah kita lupa pada taktikx2 umnoapco itu, bila dekat pilihanraya, maka rasuah diberi secara berleluasa. wang ditabur, projek sana sini dijanjikan.

Dalam masa yang sama, bila rakyat dinilai dengan harga cuma 27 sen sehari,  harga gula dinaikkan, harga bahanapi dinaikan, tepung, beras, ikan, roti semua naik harga. belum lagi cukai penyedia perkhidmatan telekomunikasi., dan dengarnya selepas PRU13 nanti jika rejim umno masih berkuasa GST akan diperkenalkan.


Tak apalah, kita bukan lagi bodoh, terutama anak-anak muda, sudah pandai menilai, apatah lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang, cuma masalahnya warga tua di kampung, di felda-felda mereka sangat mudah terpedaya dengan media pemerintah... dan apakah selamanya kita sanggup membiarkan mereka ditipu?.

Berbalik kepada bantuan RM500 tersebut, pesan kepada ibu bapa kita, pakcik-pakcik kita, ambil sahaja, kita perlu jadi bijak. kita ambil apa yang diberikan, tapi undi kita tidak semurah itu nilainya.

Undi kitalah yang menentukan nasib generasi akan datang, sanggupkah kita generasi akan datang terus diperbodoh lagi, sudah cukup lah 50 tahun lebih rejim penguasa memerintah, sudah sampai saat mereka perlu pencen, jika degil kita yang akan paksa mereka pencen.



Rakyat Didahulukan Untuk Hadir Majlis Menteri

| comments


Assalamualaikum.

Peniaga digantung tapak jualan mereka atas alasan tidak menghadiri program menteri?Apakah ini yang melaungkan "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan"?Atau hanya sekadar laungan RETORIK melepaskan BATUK DI TANGGA?

Hebat sungguh Kerajaan BARISAN NASIONAL yang diterajui UMNO ini.

Janganlah kerana TERDESAK untuk meramaikan majlis yang tentunya tidak berfaedah itu harus MENGARAHKAN rakyat untuk hadir.Sudah macam pelajar sekolah pula dipaksa menghadiri program.


".....daripada aku hadir majlis menteri UMNO,lebih baik aku berniaga"



-AAAA
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit