Memaparkan catatan dengan label Sumpah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sumpah. Papar semua catatan

Terima Kasih wahai PAPA GOMO.

| comments

Assalamualaikum,

Baru-baru ini alam maya digemparkan oleh Papa Gomo yang konon-konon ada pendedahan 'terbesar' yang dinantikan para pencacai UMNO sekalian, dinyatakan akan dikeluarkan video itu pada jam 10 pagi, maka ramai penganut UMNO ini menunggu bersengkang mata menanti pendedahan yang dibuat oleh Papa Gomo itu.

Semalam Papa Gomo mengeluarkan sebuah video CCTV bertajuk "Bapak Anwar di Ampang Apartment" yang didakwa menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Eskay memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China. [Utusan]

Sedangkan sebelum itu diura-urakan bahawa perlakuan itu berlaku didalam sebuah HOTEL, bagaimana boleh menjadi sebuah pangsapuri?

Malahan Utusan Malaysia sendiri menyatakan kenyataan yang Datuk Eskay sudah mendedahkan kepada POLIS bahawa lokasi kejadian adalah didalam BILIK HOTEL, boleh baca [Utusan].

Mari kita saksikan VIDEO yang dikeluarkan oleh Papa Gomo.


Lihat dua perbezaan kenyataan ini, Eskay kata Anwar lakukan hubungan seks di hotel, tapi Papa Gomo dedahkan pula rakaman video CCTV di Apartment Ampang dan mendakwa Anwar lakukan hubungan seks di pangsapuri. Sekejap hotel sekejap apartment, mana satu yang betul?

Adakah adegan yang menunjukkan DS Anwar Ibrahim di lift Apartment Ampang ini akan membawa Datuk Eskay ke sebuah hotel di Kuala Lumpur? Mungkin selepas ini blogger United Malays No Otak yang lain akan kata DS Anwar Ibrahim lakukan seks di stadium pula.

Sehari selepas video seks ini tersebar, DS Anwar Ibrahim telah membuat laporan Polis untuk menafikan dirinya di dalam video seks itu. Jika Pihak Polis ada bukti bahawa DS Anwar Ibrahim di dalam video itu, kenapa Polis tak tangkap DS Anwar Ibrahim kerana membuat laporan palsu?




Polis buat apa terhadap kes ini?Atau hanya membiarkan rakyat terus dipermainkan persepsi mereka terhadap DS Anwar Ibrahim?Ini suatu rancangan PEMBUNUHAN KARAKTER yang paling dahsyat dirancang kepada seorang ahli Politik.Mengalahkan Zionis di ISRAEL sudah UMNO dan Barisan Nasional ini.


Oleh itu kami amat ber TERIMA KASIH kepada Papa Gomo kerana telah mendedahkan KONSPIRASI AGUNG ini sendiri.Papa Gomo sanggup berkorban dipotong elaun untuk Pakatan Rakyat apabila membuka pekung UMNO dan rakan-rakan yang semakin bercelaru hari ke hari?





AAAA

Kenaikan harga minyak, gula dan kini susu

| comments




Petaling Jaya – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.

“Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.

“Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Dutch Lady, Datuk Zainal Abidin Putih.

Van den Berg menjelaskan, sebagai persediaan ke arah fenomena berkenaan pihaknya telahpun menaikkan harga sebanyak lima peratus bagi beberapa produk susu yang baharu dilancarkan pada awal tahun ini.

“Kami harus mengambil langkah berjimat-cermat dan efisien dengan harga material bahan mentah yang tidak menentu ini,” katanya.

Beliau bagaimana pun tidak melihat bahawa peningkatan harga tersebut akan menjejaskan jualan rangkaian produk tenusu Dutch Lady di pasaran.

Syarikat itu menghasilkan dua rangkaian jenama produk tenusu yang terdiri daripada susu segar, minuman yogurt, susu untuk membesar dan susu suhu ultra tinggi (UHT) serta Friso yang meliputi susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak dan golongan ibu mengandung dan menyusu.

“Matlamat kami pada tahun ini ialah untuk melepasi prestasi keuntungan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu walaupun akan menghadapi tahun yang mencabar,” jelasnya. -kosmo

@TUKANGLAWAN kesian pada ramai rakyat yang punya anak kecil, mungkin kita tak perlukan susu, cukuplah gula yang mahal itu, namun bagaimana dengan bayi -bayi yang memerlukan susu, tergamakkah kita mahu mengantikan minuman yang sangat penting kepada mereka dengan hanya air suam, seperti yang tukang lawan jangka, kenaikan minyak dan gula pasti akan menjadi pencetus kenaikan harga barangan lain, kalu macam ini gayanya, kerajaan yang ada sekarang harus ditukar.

Cara Eskay bersumpah Mubahalah & Li'an Menolak Fitnah

| comments (1)


Apa itu Mubahalah & Sumpah Li'an ?

Hari ini kita dikelirukan antara MUBAHALAH dan SUMPAH LI'AN.

Dalil MUBAHALAH - "Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka

"Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (Ali-Imran:61)

Dalil SUMPAH LI'AN - "Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. 

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (An-Nuur : 6-9)

Apa yang dibuat geng DATO' T itu BUKAN Mubahalah dan BUKAN Sumpah Li'An, kerana tidak menepati satu pun berdasarkan dalil di atas. Jika DATO' T mahu berMUBAHALAH, DATO' T kena bawa semua anak-anak dan bini-bini ke tengah padang (bukan dalam masjid sambil pegang AL-Quran) dan mohon kepada Allah dengan SUNGGUH-SUNGGUH dan minta Allah laknat ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.

Perbuatan mereka juga bukan Sumpah Li'an, kerana Sumpah Li'an (menuduh isteri berzina) hanya terpakai dalam konteks suami dan isteri. Mereka sepatutnya mendakwa Dato Seri Anwar Ibrahim(jika benar) ke Mahkamah Syariah untuk diadili bersama dengan 4 orang saksi. Berikut adalah dalil Al-Quran berkenaan keperluan membawa 4 orang saksi jika menuduh zina (qazaf). 

"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". 

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta." (An-Nuur:12-13).

@CakapsoSial :
Apa yang betul itu betul, apa yang salah takkan betul pula ? Tak pernah dalam sejarah Islam, seseorang muslim yang bersumpah dengan cara mubahalah atau Li'an (kes suami isteri) dengan niat ingin menolak fitnah atau memfitnah. Ikut mazhab mana ni ? Apa jenis sumpah pegang al-Quran ni ? Mana belajar ni ? Yang peliknya, ustaz boleh membenarkan pula sumpah cara sebegini ? Apa pula pandangan Jabatan Agama ye tentang sumpah sebegini ?

Urusan mana lebih penting ? Sumpah ke siasat ? Kalau setiap penjenayah boleh bersumpah hanya untuk mengelakkan dari kesalahan yang dibuat, apa perlunya ada penguatkuasa, jabatan siasatan, polis dan mahkamah ? Baik belajar sumpah je lepas ni.


Mana pergi rasional akal manusia ?
Mana pergi laporan siasatan yang lebih penting untuk diuruskan pihak berkuasa ?
Jadi siapa yang berlakon dan siapa yang tidak berlakon.

CakapsoSial [CS]



Siapa benar dan siapa salah, siapa pendusta dan siapa difitnah, takkan masih tak dapat nak bezakan ? Atau anda mahu bersubahat ?
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit