Memaparkan catatan dengan label IPP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IPP. Papar semua catatan

Felda dulu tolong, sekarang Along

| comments



PETALING JAYA -  Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta tahun lalu berbanding membantu rakyat,

Apabila harga gula sebanyak 20 sen dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram. “Keuntungan yang diperoleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media hari ini, dipetik dari portal berita Kedahlanie.

Beliau berkata, buat pertama kali, Felda yang ditubuhkan pada 1956 merupakan badan berkanun bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan kaum Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.

“Ini diikuti dengan pengambilalihan pada 2010 oleh adik-beradik Kuok, dikuasai PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds.
“Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM dalam bursa saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. “Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
Lim menambah, tawaran umum dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.
MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. Ia menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia bernilai kira-kira RM2.3 bilion. Tahun lalu, MSM memperoleh keuntungan sebanyak RM232 juta. 
Kata Lim, keuntungan sebanyak RM232 juta itu sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula. 
Lim merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun. “Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperoleh MSM tahun lalu?

Golongan miskin

“Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM111.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia,” katanya. Lim berkata kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM111.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ia dimiliki oleh Felda.

“Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin. “BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM,” katanya.

Lim menambah BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.
“Dasar sosioekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.
“(Oleh itu) DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil,” katanya./FMT

Perjanjian IPP rugikan negara, akhirnya masuk ke kantong Umno

| comments



KUALA LUMPUR: Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan negara mengalami kerugian apabila sejumlah RM19 bilion diperuntukkan setahun untuk membayar subsidi kepada pihak terbabit.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayaran subsidi yang diterima IPP, dikembalikan semula kepada perbendaharaan Umno dalam pelbagai cara dan bentuk.
“Dalam jangka panjang, jumlah wang terpaksa ditanggung rakyat secara keseluruhan yang dibayar kepada IPP sebenarnya dipulangkan kepada Umno. Ia sudah berlaku berbelas tahun, dari zaman Dr Mahathir.
“Dalam keadaan Dr Mahathir menyatakan Melayu perlu dibuang tongkat, rupanya dalam diam subsidi yang diberikan kepada IPP akhirnya masuk semula ke kantong Umno dalam bentuk kick back, pemberian komisyen kepada syarikat kroni dan sebagainya,” ujarnya.
Menurut Azan, sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB.
Idea tersebut yang dicetuskan  mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menguntungkan 26 syarikat IPP yang merupakan kroni kepada Umno-Barisan Nasional.
Antaranya YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd dan Malakoff.
“Subsidi menimbulkan tandatanya, apa perlunya kerajaan mewujudkan IPP secara penswastaan dengan cara kerajaan atau TNB membayar kepada IPP. Ini amat tidak logik dan telah dipertikai banyak kali dan bukan perkara baru.
“Setiap tahun jumlah saluran subsidi kepada IPP menimbulkan tandatanya besar. Subsidi tidak diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan sebaliknya diberi kepada syarikat besar seperti ini.
“Akhirnya yang menaggung derita adalah rakyat. Bukan sahaja kenaikan harga barangan, tetapi dalam tempoh ini rakyat terpaksa membayar kos kenaikan hampir semua jenis perkhidmatan, telefon, tarif elektrik dan air,” ujarnya kepada Keadilandaily.com.
Menurut Azan, sekiranya, fungsi dan peranan IPP diambil alih TNB, beliau percaya kapasiti penjanaan tenaga elektrik mampu mencapai 100 peratus dan kos menjadi lebih efisyen.
Justeru itu, kerajaan sepatutnya merunding semula Power Purchase Agreement (PPA) yang merugikan negara dan rakyat.
“Ia dapat memaksimumkan dan mencapai tahap paling efisyen dan kadar tenaga akan menjadi lebih murah. Sekiranya kerajaan menamatkan perkhidmatan IPP, ia sekaligus dapat memaksimakan aktiviti penjanaan tenaga sekiranya ia diuruskan TNB sendiri.
“Kita dapat menjimatkan dalam dua keadaan, mencapai tahap maksima dan kos efektif. Kedua, menyelamatkan beberapa ratus juta yang diberikan kepada sesebuah syarikat-IPP,” ujarnya.
Untuk rekod, IPP membekalkan 1,400 MW kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Power Purchase Agreements (PPA) di mana TNB membayar IPP sebanyak RM78.3 bilion dari tahun 2001 hingga 2010.
Pada 2010 sahaja, sebanyak RM19 bil

Semak semula perjanjian IPP- TNB, tegas Anwar

| comments



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut  kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas/swasta (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat pula menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.
“Berdasarkan perspektif inilah saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk berlaku adil dengan menyemak semula harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat,” tegas Anwar

Anwar berkata, perjanjian itu sebelum ini direka untuk memastikan 26 syarikat IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seperti gas, disel dan arang batu menyebabkan  TNB terpaksa menanggung akibat jika berlaku kenaikan harga.
Berikutan perjanjian ini, katanya, Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjual nya semula pada kadar harga subsidi  tetap.

“Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Justeru itu, berikutan perjanjian yang rumit dan berat sebelah itu menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi.

“Kos harga tenaga elektrik yang terpaksa dibayar TNB kepada Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta(IPP) dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh IPP ternyata membebankan rakyat samada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat dari subsidi gas untuk TNB/IPP kononnya demi merendahkan tarif,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Menurut Anwar, bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope pernah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak setuju dengan harga yang terlalu mahal dikenakan oleh IPP kepada TNB.
“Harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kWh (kilowatt hour), harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB)adalah harga yang lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB. Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya,” katanya.

Anwar menambah, sekiranya dibandingkan dengan Thailand, tarif elektrik Malaysia jauh lebih tinggi sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa.
Harga semasa itu, katanya, tiga kali lebih tinggi daripada harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia.
“Seorang pengguna yang memiliki rumah di Thailand hanya membayar 18 sen per kWh untuk 150 kWh yang pertama, manakala pengguna yang sama di Malaysia terpaksa membayar 22 sen untuk kadar yang sama. Ini bermakna perbezaan harga tarif elektrik yang mencecah 22%.
Akibatnya, pengguna runcit  yang dikategori “tarif komersial untuk penggunaan voltan rendah” terpaksa membayar tarif yang lebih tinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan Thailand.

“Tarif nya di Malaysia ialah 37 sen per kWh, 48% lebih tinggi dari kadar di Thailand; pada kategori yang sama hanya berharga 25 sen per kWh.
“Justeru, sudah sekian lama saya menegaskan sekitar RM 22 billion subsidi gas(RM 19 billion pada tahun 1999) yang diberi kepada IPP/ sektor menjana tenaga tidak memberi makna kepada rakyat,” tegasnya.

Berbilion subsidi IPP, tapi kerajaan masih naikkan tarif elektrik- Rafizi

| comments

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata tidak ada sebab kerajaan menaikkan tarif elektrik di negara ini kerana peruntukan RM19 bilion hingga RM22 bilion subsidi gas yang diberikan kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), bertujuan untuk mengurangkan tarif tersebut.
Menurut Rafizi, sekiranya dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah berbanding Malaysia walaupun mereka tidak memperuntukkan subsidi kepada syarikat seperti IPP.
“Selama ini, subsidi gas diberikan kepada syarikat besar IPP dengan tujuan untuk mengurangkan tarif elektrik kepada rakyat, tetapi tarif elektrik di negarakita lebih tinggi daripada jiran yang lain seperti Thailand.
“Ini bermaksud kerajaan sepatutnya boleh potong peruntukan subsidi kepada syarikat IPP dan pada masa yang sama mengurangkan tarif elektrik.
“Thailand tidak ada subsidi gas diberikan kepada syarikat seperti IPP tetapi tarif elektrik mereka jauh lebih rendah,” ujarnya ketika dihubungi keadilandaily.com.
Katanya, sekiranya penjelasan kerajaan bahawa kenaikan tarif itu perlu berikutan subsidi IPP tidak dapat ditampung, ia tidak bertepatan dengan realiti sebenar.
“Apa pun, tindakan samada menaikkan harga minyak RON 95 atau tarif elektrik tidak boleh menutup mata rakyat kerana rakyat sudah celik. Mereka tahu hasil kekayaan negara ini diurus secara salah oleh kerajaan.
“Rakyat pertama sekali yang akan merasa terkesan. Sepantas kilat, harga barangan akan turut naik kerana peniaga akan mengalihkan beban itu kepada pengguna.
“Ini menunjukkan BN tidak boleh mengurus ekonomi dalam masa jangka pendek dan menyelesaikan masalah ekonomi secara holistik dalam jangka masa panjang.
Tambahnya, beliau juga menolak kemungkinan harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan kerajaan berikutan peningkatan tarif berkenaan.
“Peningkatan tarif elektrik ini juga tidak dapat membendung kemarahan rakyat jika dikatakan RON95 tidak dinaikkan. Jelas RON95 akan dinaikkan kerana ini adalah janji BN kepada rakyat,” ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyifatkan kerajaan bermuka-muka apabila membuat keputusan itu yang bertentangan dengan slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.
“Kerajaan sebenarnya tidak ikhlas menolong rakyat kerana sehingga hari ini kita tidak dapat lihat apa yang diberi kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkanbeban mereka,” kata Khairul Anuar ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Justeru beliau menyeru rakyat menilai semula kerajaan yang ada, apakah mereka mengutamakan kebajikan rakyat selari dengan slogan yang dilaungkan selama ini.
“Rakyat boleh lihat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya tidak punyai iltizam untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat. Mereka tidak pernah berniat baik untuk menolong rakyat, tetapi yang berlaku mereka yang menindas rakyat dengan kenaikan harga,” katanya.
Laporan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan kenaikan kadar tarif elektrik dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini.
Menurut laporan itu, kerajaan telah meluluskan kenaikan tarif berkenaan yang sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikan harga gula juga dibuat pada masa yang sama.
Akhbar itu yang memetik sumber berkata, kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat.

Najib terus bagi candu kepada Tauke IPP

| comments








KUALA LUMPUR: “Subsidi adalah candu pada rakyat, ‘tauke-tauke’ besar bagaimana?“Kepada orang kampung dan rakyat miskin, kamu katakan subsidi itu candu. Tetapi, adakah Najib akan berani mengatakan perkara yang sama kepada‘tauke-tauke’ besar IPP?
“Ada Datuk Najib berani untuk panggil YTL, Genting Sanyen, Malakoff dan Ananda Krishnan – kamu ini ketagih ‘candu? Tidak. Itulah sebabnya mereka marah sangat dan terus serang kita."
Demikian antara ucapan Ketua Umum KEADILAN itu di hadapan ratusan hadirin yang melimpah sehingga ke luar dewan pada siri program Jelajah Selangor (Jelas) di Dewan Orang Ramai Kampung Cheras Baru, malam tadi.
Anwar merujuk kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang melabel subsidi adalah satu bentuk candu, baru-baru ini.

Suasana perkarangan dewan seperti pesta dengan deretan puluhan gerai dan warung pasang siap, sekali pun program yang dimulakan dalam suasana hujan renyai.

Antara pimpinan KEADILAN yang hadir termasuk, Ahli Biro Politik, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafiee.


Meneruskan ucapannya, Anwar menyelar sikap kerajaan Umno-BN yang sentiasa berpihak kepada kroni perniagaan yang kaya, dalam masa yang sama meminggirkan jutaan rakyat terbanyak melalui pembikinan dasar yang tidak pro-rakyat.

Kalau rakyat itu miskin, pendapatan rendah, merempat, duduk di kampung-kampung, adalah menjadi tanggungjawab dan amanah kerajaan untuk menjaga dan membantu kebajikan mereka.

“Dalam sejarah, tidak pernah ‘tauke-tauke’ ini kalah. Yang kalah ialah rakyat. Sebab itu saya tak setuju dengan cara ini,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Dalam pada itu, Anwar bertegas bahawa persoalan kemiskinan dan kemunduran orang Melayu tidak akan selesai sama ada dirinya dipenjara,berikutan pelbagai percubaan oleh lawan politik termasuk dakwaan kes yang kini dihadapinya di mahkamah.

“Adakah dengan memasukkan Anwar dalam penjara, akan selesai masalah kemiskinan orang Melayu? Dah masuk pun 6 tahun, tak selesai juga. Bahkan, rasuah makin banyak,” kata Anwar.

Beliau mencabar pimpinan Umno-BN untuk bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada gejala rasuah dan penyelewengan tidak wujud di Malaysia.

Dalam pada itu beliau menambah, beban sebenar rakyat cuba dialihkan oleh media kawalan Umno-BN melalui pelbagai fitnah rekaan untuk menyerang peribadi, malahan fizikal ahli keluarganya.

Oleh sebab tak boleh ‘patahkan’ Anwar, maka mereka mahu ‘patahkan’ Azizah, Nurul Izzah malahan cucu saya juga diancam. Seolah-olah nyawa kami ini tidak berharga kepada mereka.

“Saya ini menjadi ‘public enemy’ nombor satu kepada mereka. Jika lenyap, lebih senang,” dedahnya memperingatkan hadirin mengenai percubaan ancaman dan ugutan terhadap keluarganya kebelakangan ini.

“Tapi kalau kamu ingat kami akan lemah, maka kamu silap kerana Insya Allah, ujian ini akan memperkuatkan kita,” kata Anwar dengan bersemangat disambut sorakan ribuan hadirin.

Justeru, Anwar bertegas bahawa sisa hidupnya yang masih tinggal akan didedikasikan untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan.

“Yang pertama, kita kena sabar. Jangan fikirkan untuk membalas dendam kepada orang lain. Anak muda terutamanya perlu memastikan matlamat perjuangan, benci kepada kezaliman, pengkhianatan dan mahu membela nasib rakyat.

“Siapa yang tidak terguris perasaan apabila melihatkan isteri, anak dan cucu menjadi mainan mereka? Tetapi kita yakin, bahawa kemenangan yangdiperolehi dalam pilihan raya akan datang pasti menyelamatkan negara kita,” jelas Anwar.

Beliau berpesan kepada jentera KEADILAN untuk mempergiat penerangan, terutamanya penyebaran maklumat dan tawaran Pakatan Rakyat seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga.

“Rakyat kena bangkit. Walau bagaimana susah sekali pun, kita jangan mengaku kalah,” jelasnya.

@TUKANGLAWAN akan bongkar dan beri maklumat tentang syarikat IPP pula selepas ini, tunggu dan terus bersama tukanglawan

Tarif elektrik akan naik lagi

| comments


KUALA LUMPUR, May 19 — The government will likely announce a hike in electricity tariffs next week as the Najib administration seeks to keep ballooning petroleum subsidies in check, Nanyang Online reported today. - themalaysianinsider

Khabarnya tarif elektrik akan dinaikan tidak lama lagi,alasan yang diberikan ialah kenaikan harga minyak yang memaksa tarif elektrik turut sama dinaikkan bagi menampung kos.

jika benar perkara ini berlaku, kita semua akan dibebani dengan tekanan yang amat sangat, bayangkan semua pendapatan terpaksa digunakan hanya untuk perbelanjaan bulanan, adakah lagi sedikit baki untuk kita simpanb sebagai tabungan hari tua nanti?.

tindakan kerajaan korup kini semakin menghimpit rakyat, minyak RON97 dinaikkan tidak lama dahulu pada saat sebenarnya harga minyak dunia menurun, kini apa bila harga pasaran minyak dunia kembali naik, sekali lagi kerajaan mengugumkan akan mengkaji semula harga minyak, dan khabarnya RON95 juga akan dinaikkan selepas ini.

tidak lama selepas kenaikan minyak RON97 diumumkan sebanyak 20sen tidak lama dulu, Gula pula mengikut jejak langkah sama apa bila juga telah naik sebanyak 20 sen , dan khabarnya kini susu tepung yang kebanyakannya digunakan untuk menyusu bayi juga akan naik bermula jun ini. dan selepas itu apa lagi yang akan naik.

kita sebagai rakyat tidak perlu jadi bodoh atau diperbodohkan dengan kerajaan sedia ada, adakah dengan menguna alasan kenaikan harga pasaran minyak dunia, kita sewenangnya membenarkan kerajaan menaikkan harga minyak sesuka hati?. dan lihatlah kesannya, kenaikan minyak akan sekali membawa kepada kenaikan harga barangan lain. contoh ini pernah terjadi bila ahmad badawi menaikan harga minyak sebelum ini.

Jika anda pernah menonton debat Anwar Ibrahim dan seorang menteri kabinet dahulu ( menteri buih) anda pasti pernah dengar perkataan IPP.

IPP ialah Independent Power Producer iaitu syarikat persendirian yang menjana tenaga elektrik, apa yang pernah disuarakan Anwar ibrahim ialah pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan dengan pemberian subsidi bahan bakar kepada IPP.

Isu ini timbul dalam formula pengurangan kos bahan bakar yang dikemukakan beliau, jelas beliau lagi dengan mengurangkan subsidi kepada IPP yang yang menjangkau nilai RM 19 billion, subsidi atau sumber kewangan itu boleh digunakan untuk tujuan mengurangkan harga bahan bakar, lantas dapat menjamin kelangsungan hidup rakyat.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim, dengan menjaga harga beberapa barangan kritikal seperti minyak, harga barangan dapat dikurangkan, selaras dengan pendapatan purata rakyat malaysia. malah dengan ketiadaan kenaikan harga minyak, barangan keperluan lain juga akan lebih murah harganya.


@TUKANGLAWAN tidak terlalu terkejut dengan tindakan kerajaan , jika kita perhatikan kerajaan malaysia sekarang sebenarnya sudah ketiadaan wang, sumber kewangan sudah dilaburkan sebagai umpan pilihanraya kecil sebelum ini, dan lebih lagi sudah habis digunakan semasa pilihanraya negeri sarawak tempuh hari, kerajaan malaysia sekarang sudah tidak lagi menjaga kepentingan rakyat, terlalu banyak pembaziran dilakukan, apa yang tukang lawan lihat sekarang kerajaan malaysia kini berlagak seperti seorang peniaga semata-mata untuk mengisi tabung sendiri.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit