Memaparkan catatan dengan label Pengurusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan. Papar semua catatan

Jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang – Satu Renungan

| comments


LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.
(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)
Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.
Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.
“Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,”kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.
Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.
“Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.
“Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri,” kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.
Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.
Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.
Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak  jam 10 pagi, ia  tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.
Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.
Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Tiada lagi jualan Arak di kawasan melayu

| comments

SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.

Tinjauan Harakahdaily di Seksyen 8 Shah Alam, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.

Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.

Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam.

Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu.

Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu.  

Jahatnya UMNO ( united monkey nasional organisation)

| comments

Dalam kejadian tanah runtuh melibatkan rumah anak yatim di batu 14 (baca disini) Bridge Amal PAS menghantar pasukan paling ramai untuk mencari mangsa tanah runtuh di lokasi kejadian tersebut

Mereka juga di katakan sampai seawal jam 3 petang berbanding pihak UMNO yg hanya tiba pada pukul 4... mereka tidak di berikan liputan oleh media massa ... sebalik nya di FITNAH tidak memberikan bantuan ...

Dalam keadaan yang sangat genting dan kritikal itu tidak seharusnya umno menggunakan media massa untuk mencari publisiti , bukankah seharusnya dalam keadaan genting dan kritikal seperti ini, siapa pun tanpa mengira latar belakang politik dan agama harus membantu satu sama lain. namun kesepatan itu digunakan untuk kepentingan umno barisan nasional.

Adakah kerajaan seperti ini yang kita mahukan?, kerajaan umno barisan nasional yang sentiasa mencari peluang dan manipulasi mengaburi mata rakyat?. bukannya kerajaan yang sentiasa mengutamakan rakyat.

@TUKANGLAWAN Kesal sekali dengan sikap umno, adakah apa yang mereka lakukan selama ini Iklas kerana Allah , atau mereka cuma menangguk di air keruh?. biar rakyat sendiri yang menilai. kerana rakyat sudah tidak bodoh lagi, walaupun ada. cuma  segelintir. itu pun kerana rasa terhutang budi kepada BN, orang sudah naik kebulan , puak umno masih duduk dalam gua.

Projek Lynas: Panel IAEA perlu ikut piawaian keselamatan- Fuziah

| comments


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengingatkan panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang dilantik kerajaan Malaysia supaya mematuhi kod keselamatan IAEA dalam skop kerja penilaian mereka.

Beliau memaklumkan bahawa pakar tersebut akan membantu kerajaan Malaytsia membuat penilaian terhadap Lynas Advanced Material Plant (LAMP) dari 29 Mei hingga Jun ini.
“Kenyataan bahawa kerajaan Malaysia mengguna khidmat IAEA untuk menilai berhubung bahan berbahaya dan penggunaan material yang mengandung aktiviti radioaktif akan menjadi isu utama.
“Namun sekali lagi persoalannya adalah apakah ia mengikut piawaian keselamatan yang akan digunakan sebagai penanda aras,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Fuziah berkata, warga Kuantan memiliki hak untuk mengetahui standard yang digunakan, iaitu sama ada menggunakan piawaian negara China, Australia atau pun piawai IAEA antarabangsa.

“Panel pakar IAEA berkemungkinan adalah mereka yang pro nuklear dalam kapasiti mereka. Namun peranan mereka adalah sebagai penilai, bukannya menjadi ‘promoter’ untuk ‘tugas tertentu’ di Kuantan,” kata Fuziah.

Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN turut mengingatkan bahawa operasi di LAMP jauh lebih rumit dibandingkan dengan Loji Lynas di Mount Weld, Australia.

Apa yang menarik perhatian ialah, AELB (Lembaga Pelesenan Tenaga Atom) masih belum melakukan kritikan PEIA (Penilaian Awal Kesan Alam Sekitar) terhadap LAMP.

“PEIA terhadap LAMP diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Pahang pada 20 Januari 2008 dan diluluskan 3 minggu kemudian, iaitu pada 15 Februari 2008. Saya hairan mengapa terlalu mudah bagi JAS Pahang untuk meluluskan projek berisiko tinggi seperti ini?
“Ini mengukuhkan pandangan saya bahawa kerajaan Malaysia tidak berupaya untuk memantau atau menguatkuasakan undang-undang keselamatan untuk industri seperti LAMP,” kata Fuziah.

Dalam pada itu, katanya, Lynas pernah menggunakan piawaian negara China dalam permohonan terdahulu kepada kerajaan Terengganu pada 2007, untuk pembinaan projek itu
.
“Ini memperkuatkan hujah saya bahawa Lynas menggunakan piawaian yang berbeza ketika di Australia dan Malaysia.
“Lynas juga mengambil kesempatan dari kelemahan penguatkuasaan di Malaysia untuk mengemukakan cadangan menggunakan piawaian negara China.

Menurutnya lagi, panel penilai itu perlu memikirkan kesan terhadap 700,000 penduduk di Kuantan dan Kemaman, Terengganu dalam jarak 30 kilometer dari projek itu.

“Seluruh dunia akan melihat dengan penuh teliti bahawa panel penilai akan melakukan pemantauan dengan telus dan penuh tanggungjawab.
“Mereka perlu bertanggungjawab kepada nyawa 700,000 manusia di Zon Industri Gebeng yang dibina tanpa zon penampan ini. Panel penilai perlu bertanggungjawab kepada rakyat, terlebih dahulu daripada menjawab kepada kerajaan,kata Fuziah.

@TUKANGLAWAN Bertegas dengan pendirian tukanglawan selama ini, projek LYNAS harus dihentikan serta merta, jangan sampai berlaku banyak kerosakan dan masalah kesihatan penduduk setempat nanti baru mahu menyesal. apa kah pelaburan dan pembangunan itu lebih utama dari nasib rakyat seramai 700,00 orang itu. kerajaan BN jelas bukan kerajaan yang mampu diharap

Perjanjian IPP rugikan negara, akhirnya masuk ke kantong Umno

| comments



KUALA LUMPUR: Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan negara mengalami kerugian apabila sejumlah RM19 bilion diperuntukkan setahun untuk membayar subsidi kepada pihak terbabit.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayaran subsidi yang diterima IPP, dikembalikan semula kepada perbendaharaan Umno dalam pelbagai cara dan bentuk.
“Dalam jangka panjang, jumlah wang terpaksa ditanggung rakyat secara keseluruhan yang dibayar kepada IPP sebenarnya dipulangkan kepada Umno. Ia sudah berlaku berbelas tahun, dari zaman Dr Mahathir.
“Dalam keadaan Dr Mahathir menyatakan Melayu perlu dibuang tongkat, rupanya dalam diam subsidi yang diberikan kepada IPP akhirnya masuk semula ke kantong Umno dalam bentuk kick back, pemberian komisyen kepada syarikat kroni dan sebagainya,” ujarnya.
Menurut Azan, sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB.
Idea tersebut yang dicetuskan  mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menguntungkan 26 syarikat IPP yang merupakan kroni kepada Umno-Barisan Nasional.
Antaranya YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd dan Malakoff.
“Subsidi menimbulkan tandatanya, apa perlunya kerajaan mewujudkan IPP secara penswastaan dengan cara kerajaan atau TNB membayar kepada IPP. Ini amat tidak logik dan telah dipertikai banyak kali dan bukan perkara baru.
“Setiap tahun jumlah saluran subsidi kepada IPP menimbulkan tandatanya besar. Subsidi tidak diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan sebaliknya diberi kepada syarikat besar seperti ini.
“Akhirnya yang menaggung derita adalah rakyat. Bukan sahaja kenaikan harga barangan, tetapi dalam tempoh ini rakyat terpaksa membayar kos kenaikan hampir semua jenis perkhidmatan, telefon, tarif elektrik dan air,” ujarnya kepada Keadilandaily.com.
Menurut Azan, sekiranya, fungsi dan peranan IPP diambil alih TNB, beliau percaya kapasiti penjanaan tenaga elektrik mampu mencapai 100 peratus dan kos menjadi lebih efisyen.
Justeru itu, kerajaan sepatutnya merunding semula Power Purchase Agreement (PPA) yang merugikan negara dan rakyat.
“Ia dapat memaksimumkan dan mencapai tahap paling efisyen dan kadar tenaga akan menjadi lebih murah. Sekiranya kerajaan menamatkan perkhidmatan IPP, ia sekaligus dapat memaksimakan aktiviti penjanaan tenaga sekiranya ia diuruskan TNB sendiri.
“Kita dapat menjimatkan dalam dua keadaan, mencapai tahap maksima dan kos efektif. Kedua, menyelamatkan beberapa ratus juta yang diberikan kepada sesebuah syarikat-IPP,” ujarnya.
Untuk rekod, IPP membekalkan 1,400 MW kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Power Purchase Agreements (PPA) di mana TNB membayar IPP sebanyak RM78.3 bilion dari tahun 2001 hingga 2010.
Pada 2010 sahaja, sebanyak RM19 bil

Nurul Izzah ketuai penduduk hantar Kondo petisyen bantahan

| comments




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini mengetuai penduduk Kondominium Contessa, Bukit Bandaraya menghantar petisyen bantahan terhadap pembinaan sebuah pangsapuri di Jalan Kapas dekat sini kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
 
Menurutnya, tindakan itu diambil kerana wujudnya projek pembinaan satu blok kondominium 10 tingkat dengan sembilan unit yang sedang dijalankan oleh pemaju, sedangkan masih belum mendapat lesen untuk pembinaannya.

Kami tidak pernah menghalang kerajaan untuk melakukan pembangunan, tetapi kerajaan perlu utamakan keselamatan memandangkan kawasan tersebut di lereng bukit dan terlalu dekat dengan cerun,” katanya ketika sidang media di DBKL di sini hari ini.
Memorandum bantahan itu diterima Pengarah Perancangan Bandar, Mahadi Che Ngah yang memberi jaminan beliau akan berjumpa dan memberi amaran keras kepada pemaju berhubung bantahan penduduk di kawasan itu.

Menurut Izzah, kerajaan perlu mengambil iktibar daripada beberapa tragedi tanah runtuh di kawasan berbukit dan berharap setiap bantahan penduduk diambil serius oleh pihak DBKL.
“Terlalu banyak tragedi yang berlaku sepatutnya diambil iktibar yang tidak perlu kita justifikasi kenapa kita bantah projek tesebut.Kita baru sahaja selesai dengan tragedi di Hulu Langat yang kita tahu berada di lereng bukit lebih kurang 35 darjah, di sini juga ada masalah yang sama.

“Apabila berlaku pembangunan yang tidak mengambil kira soal keselamatan dan persekitaran, kesannya akan berlaku kepadatan yang terlalu tinggi. DBKL tidak boleh ambil mudah dan bukan kali pertama kita bawa kes seperti ini.Saya berharap bantahan itu bukan sekadar disimpan sebelum pembangunan diluluskan.
“Kata putus terletak ditangan DBKL. Diharap beri sedikit maklum balas terhadap bantahan rakyat, maksudnya projek jangan diteruskan,” kata beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Sementara itu, wakil penduduk Kondominium Contessa, Christopher KL Shun turut menyuarakan kebimbangan berhubung pembinaan kondomium tersebut.
“Kami berhak mendapat maklumat, termasuklah laporan penilaian kesan alam sekitar, kajian lalu lintas di kawasan kami dan kajian kecerunan bagi tapak tersebut, ” kata beliau yang ditemani lebih kurang 10 orang wakil penduduk.

@TUKANGLAWAN Takut tragedi tanh runtuh berulang kembali, lebih malam nyawa tidak berdosa menjadi mangsa seperti di Hulu langat tempoh hari

Fauziah Ulas Lynas,

| comments



KUALA LUMPUR: 20 mei 2011  meskipun dalam keadaan cuaca yang berubah dari panas terik kepada hujan, namun ia tidak menghalang kira-kira 500 peserta dari pelbagai lapisan umur dan bangsa untuk berhimpun bagi membantah projek tersebut.
Bermula dari masjid As Syakirin KLCC, kumpulan tersebut menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan berhimpun di persimpangan Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.
Perarakan itu anjuran People’s Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas bersama pimpinan parti Pakatan Rakyat dari KEADILAN, Pas, DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengulangi persoalan mengapa Lynas Corporation tidak membina pusat pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Australia, sebaliknya dibina di Gebeng Kuantan.
Beliau berkata demikian selepas perarakan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia,
Ketika ditemui para pemberita, Fuziah berkata, Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi loji ini kerana undang-undang Australia ketat dalam penjagaan alam sekitarnya.
“Lynas mendapat lesen di Australia tetapi mereka tidak memilih untuk membuka kilang di sana kerana peraturan yang ketat dalam aspek menjaga alam sekitar.
“Ada 41 komitmen yang perlu dijaga dengan pelbagai aspek melalui agensi Lembaga Pemuliharaan Alam Sekitar (EPA).
“Di Malaysia badan pengawalnya ialah Agensi Tenaga Atom Kebangsaan (AELB) yang hanya memikirkan kesan radiasi dan tahap radioaktif. Namun, AELB tidak dapat berfungsi seperti EPA kerana sekatan perundangan dan penguatkuasaan yang lemah dari Kerajaan Malaysia sendiri,” tegas Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Justeru itu beliau menyatakan tindakan Lynas itu jelas bertujuan untuk memanipulasi undang-undang alam sekitar di Malaysia yang longgar.
“Di Australia, zon penampannya (Buffer Zone) ada dalam radius 30 km, dan tak boleh ada penduduk. Di Gebeng ada 70 ribu penduduk dalam radius 30 km itu. Kami bimbang Lynas mengambil kesempatan dengan undang-undang Malaysia,” jelasnya.
Fuziah menambah, tidak ada kilang yang menjadi rujukan bagi pembinaan loji tersebut, justeru kerajaan Malaysia tidak boleh membuat sebarang keputusan untuk membenarkan industri yang bakal mengundang bencana.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong berkata, kerajaan Selangor tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kilang pemprosesan bahan radioaktif.
“Kita tidak akan membenarkan sebarang industri yang mencemar alam sekitar,” katanya yang turut serta dalam perarakan di lokasi perhimpunan tersebut.


Penduduk bukan ‘Tikus Makmal’


Sebanyak enam trak polis lengkap dengan meriam air dan dua trak dari Pasukan Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan, namun tidak ada sebarang tangkapan dilakukan.
Setibanya di lokasi berhampiran Kedutaan Australia, peserta perarakan melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’, ‘Bantah Lynas’ dan ‘Kami bukan tikus makmal’ manakala, pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO bergilir-gilir memberikan ucapan.
Pelbagai slogan bantahan tertera pada kain pemidang yang direntangkan, sementara pengguna kenderaan di Jalan Ampang turut membunyikan hon tanda sokongan.
Selepas menunggu lebih sejam, enam wakil yang diketuai Fuziah sendiri berjaya menemui Pemangku Timbalan Duta Besar Australia, Arthur Spyrou.
Dengan merujuk kepada pengalaman di Bukit Merah, Perak kandungan memorandum tersebut menjelaskan bahawa penduduk di pinggir bandar Ipoh itu masih trauma dengan kesan Thorium yang berterusan sehingga ke hari ini.
“Lynas akan memproses nadir bumi yang mana terdiri dari Thorium. Sementara mineral Thorium tersebut merupakan bahan radioaktif.
“Australia sendiri menyatakan bahawa bahan tersebut adalah berbahaya, maka keprihatinan kami bahawa di sini kami masih belum bersedia untuk ‘bereksperimen’ dengan kesihatan nasib masa depan generasi di Malaysia,” jelas memorandum tersebut.


@TUKANGLAWAN Terfikir, apa akan jadi pada penduduk kuantan selepas ini, bagaimana jika mereka menghidap barah, atau penyakit kronik lain gara-gara pencemaran bahan radioaktif ini....

Kampung Kerandang Tidak Pernah Diiktiraf Sebagai Penempatan Sah

| comments

SHAH ALAM 19 Mei – Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai apa-apa rekod mengiktiraf Kampung Kerandang yang terletak dalam hutan simpan Bukit Tarek di Hulu Selangor sebagai satu penempatan yang sah.
“Berdasarkan taklimat oleh Pejabat Daerah Hulu Selangor kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tengahari tadi, Kampung Kerandang bukan sebuah kampung yang sah serta tidak mempunyai ketua kampung dan JKKK yang diiktiraf oleh Kerajaan negeri. Perkara ini juga disahkan oleh Penghulu Mukim Batang Kali,” kata kenyataan media yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar hari ini.
Dalam taklimat itu, Jabatan Hutan Negeri Selangor serta pengarah Pengurusan Tanah dan Galian juga mengesahkan bahawa tiada kelulusan yang telah diberi oleh mana-mana jabatan kerajaan bagi membenarkan rumah atau mana-mana struktur lain dibina di kawasan seluas 1,000 hektar itu yang masih diwarta sebagai hutan simpan.
Walaupun lesen menduduki sementara (TOL) tidak boleh dikeluarkan untuk kawasan hutan simpan, ironinya Pejabat Daerah pada 2001 mengeluarkan lesen TOL kepada 375 keluarga untuk tanaman kontan dengan bayaran RM80 sekeluarga.
Lesen TOL ini tamat pada 2004 dan tidak pernah diperbaharui.
Menteri Besar juga diberitahu Kerajaan Negeri pada 2007 mengiktiraf kawasan tersebut sebagai tanah rizab Melayu bagi menggantikan tanah rizab Melayu di Kuala Langat yang diambil untuk pembangunan.
Perlu ditekankan di sini bahawa penggantian tanah rizab Melayu tidak melibatkan pemindahan kampung atau penduduk.
Ia diganti bagi memastikan jumlah pemilikan rizab Melayu dipertahankan seperti mana termaktub dalam Kanun Tanah Negara tetapi proses pemindahan ini tidak melibatkan individu atau penggantian penempatan.
Walaupun, kawasan tersebut diwarta sebagai tanah rizab Melayu, ia juga masih dikategorikan sebagai hutan simpan. Apabila kawasan tersebut diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu, lebih 700 orang – termasuk 375 pemegang TOL awal – membuat permohonan untuk hak milik tanah.
Senarai penama ini diberi oleh pemimpin UMNO setempat ketika itu dan diberi kepada Pejabat Daerah dengan bayaran RM10 seorang sebagai yuran permohonan.
Bayaran dan perkhidmatan juru ukur bagi pembahagian tanah yang dipohon dibiayai oleh jawatankuasa pemohon namun, Kerajaan Negeri tiada maklumat jika pemohon ada membuat bayaran untuk perkhidmatan tersebut.
Setelah Jabatan Hutan membuat tinjauan terperinci ternyata hanya enam orang keluarga yang terdiri daripada peneroka asal yang melibatkan kawasan seluas 12 ekar yang masih tinggal di kampung itu.
Sehingga kini tiada struktur haram diatas tanah tersebut telah diusik termasuk rumah penduduk serta madrasah yang telah disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Kerajaan Negeri akan menulis surat kepada LZS untuk mendapat penjelasan bagaimana madrasah boleh didirikan tanpa mendapat kelulusan yang sepatutnya.
Kerajaan Negeri juga akan mendapat penjelasan daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) mengapa jalan masuk boleh dibina di kawasan penempatan yang tidak sah dan dan bagaimana Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh membina penyambungan kabel eletrik tanpa pengiktirafan kerajaan negeri.
Kerajaan Negeri akan mempamerkan senarai nama-nama pemegang TOL asal yang dikeluarkan pada 2001 serta nama-nama yang dicadangkan untuk menerima tanah TOL ini.
“Kita menasihatkan individu-individu yang mahu menarik diri dari menerima tanah TOL supaya berhubung terus dengan Pegawai Daerah Hulu Selangor,” katanya.
“Mereka yang berhak akan diberi pertolongan oleh kerajaan Negeri. Tapi mereka yang cuba mengambil kesempatan tidak akan dilayan. Kita menyedari ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengeruh keadaan tapi kerajaan negeri akan terus menyelesaikan masalah ini secara professional, telus dan bertanggungjawab,” kata Menteri Besar.

@TUKANG LAWAN dah muak dengar kisah orang umno nei. suka sangat buat sesuatu yang langgar peraturan, tengok la pemimpin-pemimpin umno suka mintak tanah, tak lupa juga seperti yang pernah dikisahkan ketua umno di satu tempat si selangor nak gadi tanah rezab melayu kepada bukan melayu, bukan nak tolong melayu umno nei, nak tolong poket sendiri, ehh entah-entah perkampungan tu nak simpan 2000 warga asing yang nak diberi kerakyatan oleh umno hulu selangor agaknya.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit