Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Manusia Sakit Otak Penggal Kepala Kucing (gambar ngeri)

| comments

Manusia sakit otak atas muka bumi ni ramai. macam-macam perlakuan dilakukan mereka ini, ada yang merompak,ragut, vendalisme dan sebagainya, itu semua kategori sakit otak la tu.

sakit otak ini senang kita cakap ialah "ketidakbolehan" memikir sesuatu itu dengan waras,lagi malang jika sakit otak itu terus saja jadi perlakuan. contohnya gambar dibawah nei.

Manusia sakit otak ini tak mengenal jantina, umur, bangsa atau keturunan, sesiapa saja boleh dijangkita virus pembunuh akal ini. tak kira lah dia belajar peringkat apa, apa warna kulitnya, kerna masalah ini melibatkan individu, mungkin ada kenalan rapat anda pun menderita sakit otak.

Individu diatas ini dilihat memegang kepala seekor kucing yang telah pun dipenggal, identitinya tidak diketahu, dimana lokasi kejadian ini pun tidak juga diketahui.

Janganlah ada lagi kes seperti ini. ia amat menyedihkan bila manusia tergamak melakukan ini kepada haiwan yang tidak berdaya.

Anak-anak kita perlu kita didik dari kecil supaya menyayangi haiwan, takut bila besar nanti jadi seperti lelakid alam gambar ini, itu baru permulaan, dan apakah mungkin selepas memenggal haiwan, dia akan melakukan lebih dari itu? 

Sama-samalah menyayangi binatang, kerana mereka juga makluk tuhan,,




Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Premium insuran kenderaan naik mulai 16 Januari 2012

| comments

 

Hadiah dari kerajaan malaysia untuk semua menjelang PRU13 ini, jom baca dibawah

Penyelarasan kadar premium tarif motor akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 16 Januari 2012, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM dalam satu kenyataannya berkata, ini merupakan pelarasan kali pertama dibuat kerana kadar premium ini tidak pernah dikaji semula dalam masa lebih 30 tahun lalu.

Bank pusat berkata pelarasan premium itu adalah dalam jumlah yang kecil dan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.

Bagi perlindungan pihak ketiga, motorsikal yang berkapasiti 110cc akan mengalami kenaikan premium antara RM1-RM3.50 setahun (maksimum 30 sen sebulan) dalam jangka masa empat tahun.

Bagi kereta persendirian yang berkapasiti 1,400cc, pelarasan premium adalah antara RM6-RM34 setahun (maksimum RM2.80 sebulan) bagi jangka masa yang sama.-BERNAMA

Hahaha, kecil pun tetap naik juga, nak ulas panjang-panjang pun tak guna, nanti kata orang umnoapco, tak bersyukur pulak. tapi bayangkan berapa jumlah wang yang dapat dipungut dari rakyat malaysia, kalau dikaji-kaji besar nilainya tu,

Kita warga marhaen terpaksa senyum dan redha, kitalah yang terpaksa bayar cukai jalan, tol sana-sini yang macam tak ada kesudahannya. kita tak perlu la bimbang sangat kerana dekat-dekat pilihanraya nanti pasti banyak hadiah berupa umpan pilihanraya akan disumbangkan, jalan baru diturap, projek sana sini dibangunkan. bukan untuk orang lain, untuk kroni mereka juga tu. apa kita kisah pun, kroni mereka sudah pasti melayu ( melayu umno)

Itu lah kita sendiri yang degil, kan najib sebelum ini sudah ingatkan rakyat supaya berjimat cermat, tapi rakyat degil tak mahu dengar nasihat najib. lihat contoh jelas apabila dengar nasihat najib, rosmah isteri beliau, kerana berjimat cermatlah dapat beli cincin permata. jangan merungut salah kita sendiri.kita tak bijak menabung dari kecil lagi.

Kita juga jangan lupa, kita ini rakyat marhaen, hanya layak makan nasi berlaukkan ikan dan sedikit kuah kari, kalau teringin makan daging pun tunggu la bila ada rezeki lebih. patutnya kita bersyukur, negara ini aman makmur, rakyat miskin?, tak apalah janji orang umno boleh projek sana sini, sejuk mata kita lihat, mewah kereta mereka. rumah pun besar jugak, raya nanti boleh kita datang jenguk-jenguk.

Pemimpin perlulah diberi keutamaan, mereka perlu sihat dan gemuk-gemuk belaka, kalau tidak jatuhlah imej negara dimata dunia luar. sebab itu lah kita kene harus rasa bersyukur selalu.

Menteri juga perlu kita beri keistimewaan , tol tak payah bayar, minyak kerajaan tanggung, road tax tak payah bayar , nasib baik cikit boleh la sapu semua daging lembu NFC, beli kondo mewah dan melancong pakai duit rakyat ( duit cukai la tu)


Untung lagi, anak-anak menteri nak shooping pakai je kredit kad, tak apa, rakyat boleh tolong bayarkan.

Apalah sangat kalau setakat naik 30 sen sebulan, sedangkan barangan keperluan yang harganya naik sebelum ini pon kita selamba aje bayar, tak rasa terbeban pun, sebab kita rakyat marhaen, kita tak pernah ada sedikit keinginan pun untuk simpan sikit wang untuk hari tua kita, 

Kita bukan macam menteri, mereka berfikiran amat jauh, kumpul harta untuk 7 keturunan mereka. kita hanya rakyat marhaen, ini pun dah untung tau orang umno bagi kita duduk kat malaysia. hahahahha.. ini negara diorang cakap diorang yang punya.

Pssst, Nak tengok koleksi kereta bekas menteri tak?  (klik sini diam-diam tau, jangan bagitau kawan-kawan)


Puak songkok tinggi Main ugut pulak

| comments

Sudah jadi satu kebiasaan pulak sekarang nei, ugutan dan ugutan jadi bahan permainan puak-puak songkok tinggi, mungkin mereka nei spesic bacul yang sudah terancam.. sudah hampir pupus, lalu mereka menyatakan kewujudan mereka dengan cara ini.


tidak berapa lama dahulu, Nurul Izzah menerima ugutan bunuh berbentuk SMS yang mengancam nyawa anaknya, kemudian seorang facebooker juga membuat laporan polis kerana diugut bunuh oleh papagomo iaitu blogger terkenal umnoporno, serikandi diugut dan banyak lagi yang tidak dilapor kepada polis. malah yang terbaru....Adun seri muda juga menerima ugutan,

Inilah no +601119732179 yang menyebarkan sms ugutan kepada YB Shuhaimi Adun Sri Muda. smsnya bertulis begini:

"Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia. puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua. kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengklah nanti."


Kah..kah..kah.. Lawak dan bodoh betul si pengirim SMS tu, apa dia lupa negra nei ada undang-undang, bukan main berani lagi dia. atau mungkin dia dapat jaminan yang polis tak akan ambil tindakan kepada dia sehingga dia berani hantar ugutan ni.

Begini lah juga hati perut puak-puak songkok tinggi, masih RASIS, masih buat tuli hati mereka,kenapa perlu mahu memusuhi kaum lain, adakah melayu ini lebih bagus dari kaum lain?..adakah negara ini akan jadi seperti ini jika tiada dibantu oleh kaum lain, sedarlah , apa yang kita nikmati hari ini adalah kerana kerjasama antara satu kaum dengan kaum yang lain juga.

Tak nampak kah anda, jika kita berikan pentadbiran negara kepada golongan RASIS ini, alamat akan timbul huru hara di negara ini, akan terjadi pertelingkahan besar antara kaum, akan jadi penindasan, akan merosakkan keharmonian malaysia ini..sistem parti berlandasan kaum sudah tidak releven pada zaman ini.

buat si "Peng"SMS tu.. jangan la jadi bodoh k..... ko beli topup pun dekat kedai cina... sudah la terikut otak Penjajah. Politik dipisahkan dari agama, kaum dibeza-bezakan.... betapa bodohnya kita kalau masih terpenjara dengan sistem yang tinggalkan sebelum merdeka...

@TUKANGLAWAN Rasa nei la sistem yang di panggil "songkok tinggi" sistem dimana sesuatu kaum merasakan dia adalah terlebih hebat dari golongan lain......


"UMNOPORNO PARTI PERKAUMAN YANG SUKA MEMBAZIR"

Kalimah ALLAH pada hidangan makanan

| comments


JITRA 18 jun, Sesungguhnya ALLAH swt itu Maha berkuasa,tiada yang mustahil baginya, dan ALLAH swt sentiasa memberikan tanda -tanda akan kebesarannya,itu lah yang dapat di tukang lawan katakan bila membuka email yang diberikan oleh seorang rakan.

Rakan tersebut menceritakan sedikit tentang kejadian yang berlaku petang semalam kepada tukang lawan, kebetulan rakan-rakanya datang kerumah neneknya dan dihidangkan dengan maggie yang dimasak sebelum asar, mereka bergambar sebelum menjamu selara dan menyedari sesuatu yang aneh tertera pada hidangan itu.. terpampang kalimah ALLAH pada hidangan itu.


"maggi ni nenek saya masak..di taman permai jitra kedah...
lepas masak dan hidang untuk dijamu selera, kami saja mengambil gambar seblum makan dan lepas tu,
baru perasan ada kalimah Allah s.w.t
nenek saya baru 2 hari balik dari menunaikan umrah..
semasa masak. azan asar baru berkumandang...
takbir! kejadian Allah!"


Maha besar Allah yang menjadikan sesuatu untuk renungan kita, Tukang lawan jadi kelu bila melihat gambar ini, dan jutaan terima kasih kepada sahabat tukang lawan iaitu HAKIM yang sanggup borkongsi cerita ini untuk tukanglawan kongsikan bersama anda semua...



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]

Jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang – Satu Renungan

| comments


LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.
(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)
Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.
Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.
“Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,”kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.
Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.
“Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.
“Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri,” kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.
Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.
Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.
Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak  jam 10 pagi, ia  tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.
Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.
Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit