Inilah hadiah teristimewa buat rakyat 1Malaysia dari kerajaan umnoapco barisan nasional. khasnya buat pengguna sering menggunakan laluan cheras - kajang,
Sudah sinonim dengan kerajaan umnoapco barisan nasional ini, tiada barang atau perkhidmatan yang tidak dinaikkan harganya., rekod pencapaian umnoapco memang sangat jelas menyatakan hal itu.
Minyak naik lalu bawak harga barangan naik, makanan tiba-tiba jadi mahal,. sayur , ikan dan barang mentah sudah tidak macam dulu, anak-anak kebulur tak dapat zat makanan yang cukup. kemudian harga gula pula dinaikkan, walaupun baru naik beberapa sen saja, tapi kesannya sangat jelas, mungkin pak-pak menteri atau ketua cawangan umnoapco tidak la terbeban, projek mereka banyak, namun rakyat biasa nei macam mana?.
Itu belum lagi kira harga roti naik, tepung naik, dan paling kejam harga roti pun naik juga. orang bujang, dulu kalau sebungkus mee segera baru 60sen harganya,kini dah berharga RM1. tu pun tak sedar lagi kew?.
Rata-rata penduduk malaysia nei bukanlah senang sangat, kos hidup makin naik ( hasil pentadbiran kerajaan umnoapco) tapi gaji kekal pada paras lama, pak menteri dan setiausaha cawangan umnoapco mana rasa, perojek sampingan mereka banyak.
Nak pulak sekarang, najib jadi PM, sebagai bini kepada rosmah.. mana dia tahu kesusahan rakyat, lahir dalam keluarga berada, perkara paling susah si najib pernah buat ialah kayuh basikal pegi beli nasi lemak.
Pernah ke najib rasa kesengsaraan hidup, naik bas pun naik bas yang layak panggil limosin besar, tak sama langsung dengan bas yang selalu dinaiki rakyat marhaen, lepas tu kecoh konon memahami hati dan kesengsaraan rakyat.
Memahami konon, menipu lebih umnoapco nei, mereka mudah lupa, rakyat sekarang tak mudah termakan gula-gula umnoapco.
Berbalik kepada isu tol ini, memang habis la penduduk sekitar kajang dan cheras nanti, PRU13 nei kalau BN menang lagi, umnoapco kata nak kikis poket rakyat lagi. tol nak dinaikkan.tindakan ini mungkin hasil tunjuk ajar syarikat penasihat israel, Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini berkata, kadar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang akan dinaikkan pada tahun 2013.
Paling best sekali ialah konsesi berkenaan juga dilanjutkan sehingga 2030 kali ini kerana konsesi berkenaan telah dilanjutkan selama dua tahun pada Disember 2002, kata menteri kerja raya rejim umnoapco tu lagi..
Maka selepas PRU13 nei, jika umnoapco menang lagi, maka rakyat bukan sahaja akan terbeban dengan bayaran ansuran kereta, rumah, cukai berbagai cukai, malah lebih teruk oleh kenaikan berlipat kali ganda barangan lain, kenaikan petrol, harga makanan, caj telekomunikasi dan khabarnya GST ( cukai perkhidmatan).
Sudah tentulah oleh kerana tekanan hidup berganda selepas itu, jenayah akan meningkat, masalah sosial akan meningkat dan berbagai masalah lain lagi akan timbul. terima kasih kepada umnoapco kerana menjadikan rakyat malaysia ini sebagai balaci untuk mengkayakan kroni mereka.
Cuma satu jalan sahaja yang kita ada untuk menghalang ini semua harus terjadi, kerajaan korup kurap umnoapco barisan nasional ini perlu dipencenkan oleh sekelian rakyat semua, semua kita harus keluar mengundi pakatan rakyat untuk menghalang umnoapco terus angkuh memegang kuasa dan memperbodohkan rakyat.
Tapi kita tak perlu risau sangat, kerana najib sering buat "magic". disaat berita ini nanti mula panas, najib akan jadi hero dengan menyatakan dia perihatin tentang masalah rakyat, dan kerajaan umnoapco sedia memansuhkan tol pula. contoh yang ada ialah bila syarikat talikomunikasi mahu kenakan cukai 6% sebelum ini. akhirnya najib muncul dan jadi perwira, kononnya dia lah penyelamat dalam keadaan runcing itu.
Ahahaha.. tak apa lah najib, apa pun rakyat mahu bangkit pencenkan umnoapco, dan mungkin selepas itu najib atau rosmah boleh berehat di tempat yang sepatutnya, mungkin juga menteri kabinet umnoapco sekarang boleh turut serta sekali..
Kalau rakyat mahu tengok itu terjadi, jom pencenkan umnoapco.
@TUKANGLAWAN Sedang belek 10 janji pakatan rakyat, antaranya hapuskan tol .
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.