JAIS buat tindakan bodoh lagi

| comments

(AMARAN.. Anda mungkin keliru membaca artikel ini )



Dibawah kepimpinan umnoapco barisan nasional yang kononnya membela Islam  terjadinya banyak sangat kekeliruan, bukan sahaja orang bukan Islam yang mahu sedikit sebanyak mempelajari dan memahami Islam itu sendiri terkeliru, malah orang yang lahir-lahir sudah menjadi seorang Islam juga kini sudah terpinga-pinga akibat perbuatan melampau umnoapco yang cuba mempermainkan kemurnian agama Islam.

Punya kuasa diperingkat persekutuan,Umnoapco yang sebelum ini mengamalkan dasar "memisahkan agama dari politik" setelah gagal dalam taktik 3R mereka ( bangsa, agama dan raja) cuba memperkudakan JAIS untuk memenangkan mereka dalam PRU13 akan datang.

JAIS sebelum ini sudah beberapa kali menimbulkan ketegangan dengan kerajaan negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat, dan kini mereka bertindak bodoh lagi, memang kali ini orang-orang melayu yang beragama Islam kene lakukan sesuatu demi mengekang tindakan yang melampau ini.

Tindakan JAIS menyekat ceramah atau kuliah individu yang tidak punya "tauliah" lebih bersifat Politik, siapa JAIS ini mahu menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak,

Nak sampaikan ilmu pun perlukan "tauliah" kew?, Menyampaikan Takzirah pun nak kene "tauliah" jugak. ahaha.. lawak sungguh

Tapi itu la pun yang terjadi di negeri Selangor ini, Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa taulia.

Bob semalam difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin sebuah surau di Hulu Langat itu malam tadi.

Adakah menceritakan sesuatu yang boleh dijadikan iktibar pun perlukan "tauliah", kalau begitu selepas ini kita yang mahu menasihati kawan-kawan kita perlu juga mohon "tauliah" dari JAIS, bimbang ditangkap pula nanti.

Makin keliru nampaknya JAIS nei, sepatutnya perkara -perkara seperti ini tak la harus berlaku, namun bila ia berlaku dalam keadaan ini, nampak benar permainan kotor umnoapco sedang dimainkan, dan JAIS jadi kuda tunggangan umnoapco.

JAIS sudah tiada kehormatan diri kew sehingga jadi bahan ketawa?


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit