NGO Jingga 13 membuat laporan polis semalam menggesa siasatan dijalankan terhadap keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dituduh melakukan penyelewengan dan pecah amanah jenayah sepertimana Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan.
Jingga 13 mencabar dan mendesak seluruh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil agar keseluruhan penyata penggunaan kad kredit Maybank dan CIMB Bank didedahkan kepada umum.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, ini kerana ianya adalah merupakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan dan untuk apa sejumlah RM593,500 dibelanjakan serta bagi mengesahkan adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Pengarah Eksukutif NFC bahawa ianya digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan ‘lembu’ atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berfoya-foya.
Tambahnya, Jingga 13 mempersoalkan bagaimana wang rakyat yang seharusnya digunakan dalam Projek Lembu Fidlot Kebangsaan boleh digunakan bagi tujuan membiayai kad kredit ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terkandung dalam buku tunai NFC dalam akaun CIMB Bank Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 2009 sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
Beliau mengambil contoh pada 22 Januari 2009, pembayaran sejumlah RM104,104.42 didakwa telah dibuat terhadap penggunaan kad kredit sepertimana di bawah:
Tarikh | Memo | Credit |
22/1/2009 | Maybankard Center – Coporate Card Izzana Salleh | RM 49,431.02 |
22/1/2009 | Maybankard Center – Izmir Salleh | RM 47,763.06 |
22/1/2009 | Maybankard Center – Coporate Card Datuk Salleh Ismail | RM 6,910.34 |
JUMLAH | RM 104,104.42 |
Beliau mendakwa, keseluruhan pembayaran oleh NFC sejumlah RM593,500 telah digunakan oleh seluruh ahli keluarga Shahrizat pada tahun 2009 bagi tujuan membayar kad kredit atas nama peribadi sepertimana berikut:
NAMA | KAD KREDIT | JUMLAH SETAHUN (2009) |
Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail | Maybank dan CIMB Bank | RM182,525 |
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh | Maybank dan CIMB Bank | RM160,673 |
Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh | Maybank | RM127,900 |
Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh | Maybank | RM122,402 |
JUMLAH | RM593,500 |
“Rakyat Malaysia yang membenci segala penyelewengan dan aktiviti pecah amanah jenayah sudah pasti tertunggu-tunggu hasil siasatan pihak berkuasa agar para penjenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas tindakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara.
Sudah terlalu lama sekali laporan mengenai salahlaku keluarga menteri ini didedahkan, pembelian kondo yang diakui sendiri oleh pengerusi NFC, kepada aliran wang ke luar negara. juga dana digunakan untuk melancong, pembelian kondo luar negara, tanah diputrajaya namun tiada tindakan tegas diambil, apakah mereka sengaja mahu diamkan perkara ini?
Pendapat "tukanglawan" pula mudah, kita telah menunggu lama supaya individu terlibat disiasat polis dan dibawa ke mahkamah, walaupun telah terlalu banyak sekali laporan polis dibuat, setelah begitu lama aduan kepada SPRM difailkan, nampaknya individu tersebut masih bebas, susah-susah apa kata kita ubah kerajaan pusat sudah tentulah kes ini akan diambil perhatian
"tukanglawan" sudah tidak sabar menunggu PRU13, niat tukanglawan cuma mahu lihat kerajaan bertukar tangan dan segala persoalan kita selama ini akan terjawab.
# Artikel tambahan
RM 593.500 apa boleh dilakukan dengan wang tersebut? (klik sini)
Lagi salahguna kuasa melibatkan NFC ( klik sini)
# Artikel tambahan
RM 593.500 apa boleh dilakukan dengan wang tersebut? (klik sini)
Lagi salahguna kuasa melibatkan NFC ( klik sini)
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.