Bayangkan jika anda boleh berbelanja sesuka hati tanpa had dengan menggunakan kredit kad, tentunya anda berasa amat seronok dan mahu beli apa sahaja yang anda hajati.
Tapi bagaimana jika wang yang digunakan untuk membayar kos penggunaan kredit kad itu bukan ditanggung oleh anda. sudah semestinya anda berbelanja tanpa berfikir banyak... apa sahaja yang terlintas ingin dibeli, ambil sahaja, tak jadi masalah sikit pun.
Itulah yang dilakukan oleh keluarga sharizat jalil, menteri pembangunan lembu dan kondominium itu.

Malah mengikut pembongkaran pengarah strategik PKR, saudara Rafizi Ramli menyatakan perbelanjaan kad kredit keluarga Shahrizat sepanjang 2009 mencecah RM593,500 menggunakan wang National Fidlot Corporation (NFC)
Mungkin kita tidak merasakan apa-apa kerana kita mungkin tidak pernah ada walau sekeping kredit kad pun, apa yang ada cuma lah beberapa keping kad ATM, itu pun ada yang sudah tidak sah, yang tinggal pun mungkin bakinya tidak sampai pun RM50.
Cuma jika dinilai dengan anggaran seekor lembu dijual dengan harga sekitar RM1800.00 seekor, jumlah perbelanjaan tersebut mampu membeli sejumlah 330 ekor lembu.
Bayangkan dari jumlah 330 ekor tersebut dibahagi-bahagikan kepada anak-anak muda atau pesara yang berkeinginan untuk menjadi penternak lembu.
Bayangkan dari jumlah 330 ekor tersebut dibahagi-bahagikan kepada anak-anak muda atau pesara yang berkeinginan untuk menjadi penternak lembu.
Bayangkan jika mereka diberi 6 ekor lembu sebagai bantuan permulaan bagi setiap penternak, tahukah anda seramai 55 bakal penternak lembu baru akan mendapat manafaat tersebut. lantaran itu dalam masa beberapa tahun taraf ekomoni mereka ini dapat dipertingkatkan.
Jika ramai mahu berfikir cara mudah bagaimana bekalan daging mampu ditingkatkan disamping membantu penternak baru dan sedia ada. mungkin inilah cara mudah yang boleh dilakukan oleh kerajaan.
Jika ramai mahu berfikir cara mudah bagaimana bekalan daging mampu ditingkatkan disamping membantu penternak baru dan sedia ada. mungkin inilah cara mudah yang boleh dilakukan oleh kerajaan.
Kerajaan dilihat tidak mahu dengan serius mahu membantu rakyat marhaen yang rata-rata terbeban dengan kenaikkan kos sara hidup, mereka lebih senang memberikan projek-projek besar diakalangan kroni mereka sendiri, supaya kekayaan negara akan sentiasa berlegar dikalangan mereka.
Apa manafaat yang rakyat dapat?, kalau ada pun mungkin duit umpan RM500 yang diberi selang 5 tahun sekali.
Sudah terbukti, projek NFC yang kononnya untuk menambah bekalan dagin lembu dipasaran tempatan itu tidak lebih hanya projek yang gagal, jika gagal setelah mencuba pelbagai cara mungkin rakyat tidak marah, tetapi gagal kerana kerakusan mereka yang diamanahkan menjayakan projek itu sendiri.
Mungkin jika 6 ekor lembu diberikan kepada 55 bakal penternak tersebut, berkat kesungguhan mereka mungkin setiap dari penternak tersebut punya lebih dari 60 ekor lembu bagi setiap mereka.
Ingat RM593,500 yang digunakan keluarga menteri tersebut adalah untuk kepuasan diri mereka, ia dibayar menggunakan wang National Fidlot Corporation (NFC)iaitu wang rakyat, dan sudah pasti rasanya tiada pun dari jumlah berkenaan, kad kredit itu digunakan untuk membeli lembu....
Kita rakyat bukan bodoh seperti lembu, kini sudah masanya kita tumbangkan kerakusan mereka.
#Artikel berkaitan
Laporan polis berkaitan penggunaan kad kredit oleh Jingga 13
Kita rakyat bukan bodoh seperti lembu, kini sudah masanya kita tumbangkan kerakusan mereka.
#Artikel berkaitan
Laporan polis berkaitan penggunaan kad kredit oleh Jingga 13
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.