Memaparkan catatan dengan label Buku Jingga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku Jingga. Papar semua catatan

Rakyat diseru ajar Soi Lek hari ini.

| comments


Jingga 13 yang sebelum ini telah membuat laporan polis berhubung keceluparan mulut presiden MCA yang telah mengguris hati masyarakat melayu Islam negara ini, telah memberi tempoh 48 jam untuk presiden parti kompenan Barisan nasional itu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat malaysia.

Namun sehingga waktu ini, Presiden MCA yang pernah mengejutkan negara dengan pengakuan dirinya terlibat dalam adengan lucah dalam sebaran VCD dahulu masih angguh dan tidak mahu meminta maaf kepada orang melayu islam negara ini.

Jesteru itu , Jingga13 hari ini akan mengadakan himpunan aman bagi mengecam presiden parti kompenan Barisan Nasional itu di wisma MCA, Jalan Ampang pada jam 2 petang hari ini (2.11.11).

Tindakan keterlaluan soi lek, didiamkan begitu sahaja, tiada desakan dari perkasa mahupun Zul Kulim (sebut KATAK) berhubung kenyataan biadap Soi Lek. tiada desakan dari pemuda umno atau pemimpin umno sendiri. dilihat mereka mengambil sikap berdiam diri.

TV3 suku dan Utasan malaysia juga tidak menyiarkan sebarang berita tentang tuntutan rakyat meminta soi lek memintak maaf kepada seluruh rakyat malaysia khasnya yang beragama Islam atas keceluparan dan kesengetan mulut soi lek. sengaja didiamkan supaya makcik dan pakcik dikampung tidak tahu isu ini.

Jadi, adakah anda masih mahu membisu?, Jingga13 hari ini mengajak anda semua mengajar Soi Lek supaya menghormati agama orang lain. dan memahami sensitiviti masyarakah berbilang bangsa negara ini.

Jangan biar pemimpin seperti ini memijak anda. tahukan anda? anda berhak menukar kepimpinan yang biadap ini.

 @TUKANGLAWAN  Sangat marah pada Soi Lek.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk  menangkan  BN"

Perjanjian IPP rugikan negara, akhirnya masuk ke kantong Umno

| comments



KUALA LUMPUR: Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan negara mengalami kerugian apabila sejumlah RM19 bilion diperuntukkan setahun untuk membayar subsidi kepada pihak terbabit.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayaran subsidi yang diterima IPP, dikembalikan semula kepada perbendaharaan Umno dalam pelbagai cara dan bentuk.
“Dalam jangka panjang, jumlah wang terpaksa ditanggung rakyat secara keseluruhan yang dibayar kepada IPP sebenarnya dipulangkan kepada Umno. Ia sudah berlaku berbelas tahun, dari zaman Dr Mahathir.
“Dalam keadaan Dr Mahathir menyatakan Melayu perlu dibuang tongkat, rupanya dalam diam subsidi yang diberikan kepada IPP akhirnya masuk semula ke kantong Umno dalam bentuk kick back, pemberian komisyen kepada syarikat kroni dan sebagainya,” ujarnya.
Menurut Azan, sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB.
Idea tersebut yang dicetuskan  mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menguntungkan 26 syarikat IPP yang merupakan kroni kepada Umno-Barisan Nasional.
Antaranya YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd dan Malakoff.
“Subsidi menimbulkan tandatanya, apa perlunya kerajaan mewujudkan IPP secara penswastaan dengan cara kerajaan atau TNB membayar kepada IPP. Ini amat tidak logik dan telah dipertikai banyak kali dan bukan perkara baru.
“Setiap tahun jumlah saluran subsidi kepada IPP menimbulkan tandatanya besar. Subsidi tidak diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan sebaliknya diberi kepada syarikat besar seperti ini.
“Akhirnya yang menaggung derita adalah rakyat. Bukan sahaja kenaikan harga barangan, tetapi dalam tempoh ini rakyat terpaksa membayar kos kenaikan hampir semua jenis perkhidmatan, telefon, tarif elektrik dan air,” ujarnya kepada Keadilandaily.com.
Menurut Azan, sekiranya, fungsi dan peranan IPP diambil alih TNB, beliau percaya kapasiti penjanaan tenaga elektrik mampu mencapai 100 peratus dan kos menjadi lebih efisyen.
Justeru itu, kerajaan sepatutnya merunding semula Power Purchase Agreement (PPA) yang merugikan negara dan rakyat.
“Ia dapat memaksimumkan dan mencapai tahap paling efisyen dan kadar tenaga akan menjadi lebih murah. Sekiranya kerajaan menamatkan perkhidmatan IPP, ia sekaligus dapat memaksimakan aktiviti penjanaan tenaga sekiranya ia diuruskan TNB sendiri.
“Kita dapat menjimatkan dalam dua keadaan, mencapai tahap maksima dan kos efektif. Kedua, menyelamatkan beberapa ratus juta yang diberikan kepada sesebuah syarikat-IPP,” ujarnya.
Untuk rekod, IPP membekalkan 1,400 MW kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Power Purchase Agreements (PPA) di mana TNB membayar IPP sebanyak RM78.3 bilion dari tahun 2001 hingga 2010.
Pada 2010 sahaja, sebanyak RM19 bil

Pakatan pastikan tuntutan gaji minima dipenuhi selaras Buku Jingga

| comments





KEADILAN dan Pakatan Rakyat telah mengadakan program sempena Hari Pekerja 1 Mei ini dengan tema ‘Raikan hari pekerja, amati Buku Jingga
Menurut Abdullah Sani, antara tujuan program itu bagi memastikan tuntutan gaji minima benar-benar dilaksanakan kerajaan sebagaimana yang dituntut kesatuan sekerja sejak dahulu hingga kini.
“Pekerja sehingga kini terus tertanya-tanya, apakah status tuntutan gaji minimum. Jawapan kerajaan setiap kali diajukan mengenainya hanya menyatakan ‘kita akan kaji dan bentang pada mesyuarat kabinet’.
“Bila kita tanya, bila akan dibentang, tiada jawapan diberikan. Ini bukti jelas kepentingan pekerja di Malaysia bukan agenda Barisan Nasional (BN),” katanya lagi
Pada muka surat 23 Buku Jingga, di bawah dasar bersama Pakatan Rakyat,  antara lain  berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
Selain itu ia juga akan memperkenal Akta Peluang Saksama bagi memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua rakyat, sekiranya gabungan itu mengambil alih Putrajaya.
Malah, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali menegaskan dalam ceramahnya bahawa Pakatan Rakyat tetap menurunkan harga Minyak sebaik membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum (PRU).
Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat menjelaskan, program itu juga bagi mendesak kerajaan menurunkan harga barang yang kian melambung dari semasa ke semasa.
“Samada kerajaan Persekutuan suka atau tidak, kenaikan harga barang cukup memeritkan majoriti rakyat di negara ini yang kebanyakannya golongan miskin.
“Setiap sen kenaikan harga barang bermakna penurunan berangkai bagi pendapatan golongan pekerja khasnya gaji yang kekal rendah,” jelasnya.
“Kandungan Buku Jingga amat sesuai dengan tuntutan penurunan harga barang, gaji minimum dan pelbagai keperluan rakyat Malaysia.“Sebab itu, program ini kita namakan sedemikian rupa,” katanya lagi.
Abdullah Sani yang mewakili KEADILAN akan bersama-sama wakil PAS, DAP yang terlibat mengenai hal ehwal kebajikan pekerja di negara ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka awal Mei ini bagi memperincikan pelaksanaan program tersebut.
“Alhamdulillah, setakat ini, semuanya berjalan lancar dan kita berharap golongan pekerja konsisten membaca, memahami dan membantu mempromosikan agenda Buku Jingga demi manfaat seluruh rakyat,” katanya yang juga bekas Naib Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

@TUKANGLAWAN mintak semua orang baca dan nilai buku jingga, takkan kita masih mahu berdiam dengan tekanan hidup sekarang nei, rakyat semakin tertindas, kekayaan negara dibolot dan tidak sampai pada kita. jom tawan putrajaya PRU13

RTM tidakkan beri peluang pada Pembangkang

| comments




KUALA LUMPUR 23 MEI : Kerajaan Umno-Barisan Nasional hari ini membayangkan ia tidak akan mencontohi Singapura dalam memberi ruang televisyen untuk membolehkan  pembangkang  mengemukakan pendirian bersabit isu-isu nasional menjelang pilihanraya umum akan datang.

Menteri  Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata RTM adalah “stesen penyiar rasmi kerajaan” dan hanya berita-berita yang disifatkan boleh membantu ke arah “pembangunan masyarakat” akan diberikan liputan.

Rais  ditanya  sama ada kerajaan akan mengikut jejak pemerintah Singapura yang mencatat sejarah apabila membenarkan pembangkang mengemukakan pelan tindakan mereka bagi rakyat negara itu semasa pilihanraya umum awal bulan ini.


Langkah itu membantu  rakyat Singapura membuat pertimbangan yang lebih seimbang mengenai manifesto kerajaan pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP)  dan pembangkang.

Walaupun PAP mengekalkan kuasa, pembangkang yang diterajui oleh Parti Pekerja menang enam kerusi dan meraih 40 peratus daripada dua juta undi  - pencapaian terbaik bagi pembangkang dalam sejarah republik itu.

Rais berkata beliau tidak akan terpengaruh dengan gesaan  pihak tertentu mahukan  pembangkang diberi ruang telivisyen bagi membolehkan rakyat membuat pilihan secara bijak semasa pilihanraya umum.

" Barang siapa pun boleh beri pandangan tetapi jangan lupa bahawa RTM adalah stesen kerajaan dan bina negara tetap menjadi penghulunya,” kata Rais.

" Jadi sekarang ini bahagian berita dan hal ehwal semasa (RTM) perlu melihat secara objektif tetapi tidak lari daripada RTM sebagai penyiar rasmi kerajaan,” tambah beliau.

Setakat ini rakyat Malaysia hanya sekali berpeluang menonton  perbahasan antara kerajaan dan parti pembangkang yang disiarkan secara langsung TV9, Astro dan Bernama TV.

Debat itu menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahas dengan Menteri Penerangan ketika itu Shabery Chik mengenai isu-isu ekonomi dan pengurusan kewangan negara.

Perbahasan itu direstui oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi dan dilihat sebagai  permulaan siri forum untuk mematangkan demokrasi di negara ini.

Namun pengganti Abdullah, Najib dilihat menutup ruang itu apabila menggantikan Abdullah kira-kira setahun selepas perbahasan itu.

Najib juga enggan menyahut cabaran Anwar untuk berbahas mengenai Buku Jingga iaitu Pelan Tindakan Pakatan Rakyat sekiranya ia diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.
     
Di Malaysia, media arus perdana termasuk RTM, TV3 dan Utusan Malaysia adalah milik penuh  atau pun di kawal oleh kerajaan Umno-BN.

Perlantikan-perlantikan kanan seperti Ketua Pengarang Utusan dan Tv3 adalah tertakluk kepada persetujuan pejabat Perdana Menteri.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hatta Wahari berkata kerajaan harus mempunyai kematangan untuk melonggarkan kawalannya ke atas media negara ini.

" Di Singapura kita lihat media yang dikawal kerajaan mula memberikan ruang kepada kerajaan dan kita lihat ini sesuatu yang positif,” kata Hatta.

“Malangnya di Malaysia media masih dikawal oleh kerajaan. Mereka tidak mengikut trend dunia yang menyaksikan semakin banyak kerajaan-kerajaan  bebas  memberikan ruang kepada semua pihak,” tambah beliau.

Hatta yang dipecat oleh Utusan kerana dilihat sebagai lantang memperjuangkan kebebasan media, menegaskan  keengganan kerajaan  mengubah dasar-dasar medianya adalah “janggal dan ketinggalan zaman”.

“Rakyat sudah lama bosan dengan sikap “double standard”  kerajaan dan menyimpan rasa tidak puas hati termasuk golongan wartawan sendiri. Kerajaan BN  enggan mendengar luahan rakyat dan jika sikap ini diteruskan maka akan mengundang reaksi negatif terhadap kerajaan,” kata

@TUKANGLAWAN Memang tahu bahawa kerajaan sedia ada tidak akan sesekali beri ruang untuk Pakatan rakyat menggunakan platform media massa yang dikawal kerajaan, terutama dalam memperkenalkan manifesto yang terdapat dalam Buku Jingga, kerana kerajaan barisan nasional sendiri tahu jika rakyat mendapat pendedahan maklumat dari mereka, sudah pasti Barisan nasional akan kalah teruk

Buku Jingga: Sertailah debat, Pakatan pelawa lagi Najib

| comments

Pemimpin Pakatan Rakyat mengulangi pelawaan kepada Datuk Seri Najib Razak agar pentadbirannya menyertai perbahasan sama ada 10 inisiatif Buku Jingga pihaknya benar-benar akan menjadikan negara muflis, sebaliknya memanfaatkan rakyat dalam jangka panjang.

“Kalau Najib nak tahu sama ada negara akan bankrap, cara yang baik adalah mengizinkan pakar-pakar ekonomi membahaskan cadangan Buku Jingga bersekali dengan Pakatan Rakyat. Najib dan pimpinan BN dipersilakan hadir sama,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad dalam tulisan blognya.

Kepimpinan Pakatan Rakyat pernah memanjangkan pelawaan sedemikian kepada Najib, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, awal tahun ini.

Bagaimanapun ia ditolak kepimpinan beliau.

Pakatan Rakyat memperkenalkan Buku Jingga dengan 10 inisiatif pada konvensyennya 19 Disember lalu.

Dalam tulisannya bertajuk “Mengapakah PM Najib takut sangat Buku Jingga ini?”, Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, pendekatan Buku Jingga adalah berpaksikan rakyat iaitu usaha memakmurkan dan mensejahterakan rakyat, sementara Pakatan Rakyat mahu menjana persaingan sihat dan meningkatkan daya saing dengan menamatkan amalan kronisme dan rasuah dalam sistem penyampaian.

“Kami bukan tidak mesra bisnes, tetapi bukan bisnes yang mengorbankan rakyat dan negara,” katanya.

“Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini adalah buktinya! Buku terbitan kerajaan negeri Selangor 'The Road to Reform' adalah bukti terbaik bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang pendekatan reformasi ekonomi politik kami secara ilmiah,” katanya lagi.

Laporan media terbaru mendakwa akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memberi arahan khas untuk menghentam rancangan 100 Hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

“Mengapakah BN tertekan dengan penampilan dan kehadiran Buku Jingga ini? Mengapakah Perdana Menteri Najib dan pimpinan BN takut sangat Buku Jingga ini?” katanya lagi.

“Secara tepat saya tak tahu. Mereka lebih tahu. Yang jelas bagi kami, Buku Jingga adalah respons dan penyelesaian untuk mengeluarkan negara dari krisis dan kemelut sosio-politik-ekonomi yang berpanjangan.

“Ia menampilkan satu persaingan dasar dan polisi sebagai penyelesaian alternatif,” kata beliau lagi.

Dzulkefly dalam tulisannya menyoal mengapa Najib menyerang Buku Jingga dengan tuduhan bahawa negara akan muflis atau bankrap.

“Muflis atau bankrap adalah kata-kata yang emotif dan sensasi yang cepat difahami rakyat. Jadi itulah cara paling kuno dan konvensional untuk Najib menyerang kami. Rakyat takut negara bankrap,” katanya,

Bagaimanapun katanya, keseluruhan program Buku Jingga jika dilaksanakan tidak sampai pun menelan RM19 bilion.

“Tidak dengan itu negara akan bankrap. Negara pastinya bankrap dengan hutang kerajaan pusat dan GLC yang mencecah 60 peratus KDNK dan terus meminjam lagi.

“Tahun ini kerajaan akan menerbitkan RM82 bilion bon dan sukuk. Sebahagian diguna untuk bayar hutang dan kupon bon yang telah matang,” katanya sambil menambah, “bankrap mungkin, tapi bukan kerana Buku Jingga.”

“Pahang dan Johor mungkin bankrap kerana hutang, tidak Selangor dan Pulau Pinang dan tidak juga Kedah dan Kelantan,” jelas beliau.

Dzulkefly juga menulis, “betul ia adalah dokumen kecil, tetapi ia mengandungi penegasan dasar, pendekatan strategik dan sekali gus Program 100 kerajaan Pakatan Rakyat, andainya kami mengambil alih pemerintahan di peringkat Persekutuan.”

Bekas pengarah unit penyelidikan PAS pusat ini menambah, pihaknya bukan sahaja bercakap tentang pertumbuhan dan pendapatan per kapita tetapi memastikan pertumbuhan mapan dan berakhir dengan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“... antara lain dengan agihan kekayaan negara yang adil dan rakyat dapat meningkatkan pendapatan boleh berbelanja, yang tidak ditelan oleh inflasi.

“Kami lakukan reformasi politik bersekali dengan peralihan struktural dengan mendekati isu contohnya, subsidi dan kaedah penswastaan yang tidak akan membebankan rakyat dan menguntungkan kroni semata-mata,” kata anggota Dewan Rakyat ini.

Dzulkefly menulis, kepimpinan Pakatan Rakyat juga mendekati perkara itu dengan menentukan keutamaan dalam pelaburan kerajaan berpandukan ‘fiqh Al-Awlawiyyat'.

“Nak bina Menara Warisan (100 tingkat dengan dana RM5 bilion) ke atau nak mendayakan rakyat dengan memberikan perkhidmatan asas dengan harga yang munasabah. Ini kesemua adalah keputusan politik dan komitmen politik.

“Tetapi Najib-BN hanya bercakap tentang projek mega, mutakhir kereta api laju ke Singapura, dulu Bakun yang hingga kini tak ada pembeli tenaganya,” katanya lagi.

Malah kata beliau, Pakatan Rakyat juga merungkaikan masalah perbezaan pembangunan wilayah dengan pendekatan desentralisasi polisi fiskal dengan mendayakan pihak negeri dalam isu royalti dan peruntukan per kapita yang lebih adil untuk kerajaan negeri dalam amalan federalisme yang lebih demokratik.

“Bukan seperti yang ‘rompakan’ yang dilakukan atas royalti minyak negeri Kelantan dengan mencerobohi kesucian perjanjian yang menakutkan pelabur asing dan tempatan,” katanya lagi.

Buku Jingga jamin hak, kebajikan pekerja – Rafizi

| comments

SHAH ALAM: Golongan buruh terus tertindas selagi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) memanipulasi pekerja bagi memastikan mereka kaya-raya manakala rakyat kekal miskin, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Dalam forum ‘Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga’, Rafizi berkata, kerajaan Umno BN hanya mementing golongan pemodal berikutan dasar ini dipelopori bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tun Mahathir bertanggungjawab memulakan gerakan untuk melemahkan pekerja apabila membentuk polisi ekonomi berasaskan ekuiti.
“BN mahu tarik pelabur dan memberi jaminan bahawa gaji pekerja kekal rendah,” katanya yang mengakui strategi itu diamal negara lain tetapi hanya di peringkat awal sahaja.
Beliau berkata demikian pada Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga bertema ‘Pemimpin Pakatan Rakyat bersama Kebangkitan Buruh’ anjuran Biro Pekerja KEADILAN di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam hari ini.
Kongres sehari itu dihadiri 500 peserta kongres dan dirasmikan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Forum ‘Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga’ dikendali Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Hamid.
Selain Rafizi, ahli panel ialah Pengerusi Biro Buruh DAP, Sivanesan; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu; mantan Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud dan pengasas Zentrum Future Studies, Dr Abu Hassan Hasbullah.
Penggulungan disempurnakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Kongres itu diakhiri ikrar pekerja dan penyerahan resolusi wakil Pemuda MTUC, Mohd Faizal Abu Bakar kepada wakil tiga parti gabungan Pakatan Rakyat.
Rafizi berkata, Buku Jingga menawarkan kerangka ekonomi bermatlamat meningkatkan pendapatan rakyat, bukannya menambah pemilikan ekuiti bagi diagih kepada pihak tertentu.
Dalam Buku Jingga, beliau berkata, Pakatan Rakyat mahu menggubal dasar gaji minimum bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat melalui pembelaan terhadap pekerja.
“Itu yang membeza kerangka ekonomi Pakatan Rakyat dan BN. Dalam masa lima menguasai Putrajaya, kita mahu purata pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan, bukan sasar pemilikan ekuiti 30 peratus tapi cuma 10 orang Melayu dapat,” katanya.
Inisiatif kedua, Rafizi berkata, ialah merapatkan jurang gaji antara eksekutif berjawatan tinggi dengan golongan pekerja dengan menggunakan kayu ukur dikenali sebagai ‘pekali gaji’.
Mengambil contoh di Eropah, beliau berkata, ‘pekali gaji’ ideal ialah lima kali tetapi ia tidak berlaku di Malaysia dengan merujuk gaji Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.
“Gaji Rozali RM425,000 sebulan, gaji tukang paip Syabas hanya beberapa ratus tinggit sahaja. Jurangnya beratus-ratus kali ganda. Ini tidak betul dan ini yang mahu kita perbetul,” katanya.

@TUKANGLAWAN Sambut baik apa yang diperkatakan oleh ahli panel , apa yang terkandung didalam buku jingga mengambarkan transformasi urustabir negara yang lebih baik, tukanglawan sudah terlalu muak dengan cara kerja lama yang diterap oleh kerajaan umno barisan nasional.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit