Memaparkan catatan dengan label Hata Wahari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hata Wahari. Papar semua catatan

Bersih2.0 - 5 Wartawan jadi bahan cacian

| comments


5 orang wartawan bernama hari ini mengeluarkan laporan mereka tentang himpunan BERSIH 2.0 tempuh hari ,apakah tujuan utama laporan itu dikeluarkan setelah lebih 3 minggu dari tarikh himpunan BERSIH itu.

Adakah kerana mereka telah "dimabukkan" gas pemedih mata dalam tempoh begitu lama sekali.?

Atau ada arahan pihak atasan yang mahukan mereka menggadai maruah dan harga diri semata-mata mahu memulihkan imej kerajaan rejim UmnoApco dengan cara menulis cerita bohong.?

Atau ada kemungkinan mereka ini semua memang menulis berita bohong, supaya jadi bahan jenaka dan rakyat terus membenci Be-eNd?


5 wartawan ini memalukan diri sendiri, mereka dicemuh hebat kerana dikatakan cuba menipu rakyat dengan memberikan cerita yang tidak benar dan berat sebelah.

Persoalannya mengapa mereka dilihat sebagai mereka-reka cerita setelah 3 minggu himpunan BERSIH berlaku, dalam keadaan kerajaan dan PDRM dikecam hebat oleh  rakyat malaysia dan antarabangsa, wartawan ini cuba mengambarkan peserta himpunan sebagai ganas pula.

Apakah mereka diarahkan untuk memutar belit cerita supaya rakyat kembali menyokong kerajaan rejim umnoapco yang korup dan rasuah itu, rasanya percaturan mereka silap, kerana rakyat semakin muak rupanya.

sila lihat disini untuk membaca respon orang ramai terhadap artikel yang dikeluarkan mereka ini..


@TUKANGLAWAN Tak suka wartawan yang gadaikan prinsip demi kesenangan, kembalikan maruah wartawan.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

RTM tidakkan beri peluang pada Pembangkang

| comments




KUALA LUMPUR 23 MEI : Kerajaan Umno-Barisan Nasional hari ini membayangkan ia tidak akan mencontohi Singapura dalam memberi ruang televisyen untuk membolehkan  pembangkang  mengemukakan pendirian bersabit isu-isu nasional menjelang pilihanraya umum akan datang.

Menteri  Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata RTM adalah “stesen penyiar rasmi kerajaan” dan hanya berita-berita yang disifatkan boleh membantu ke arah “pembangunan masyarakat” akan diberikan liputan.

Rais  ditanya  sama ada kerajaan akan mengikut jejak pemerintah Singapura yang mencatat sejarah apabila membenarkan pembangkang mengemukakan pelan tindakan mereka bagi rakyat negara itu semasa pilihanraya umum awal bulan ini.


Langkah itu membantu  rakyat Singapura membuat pertimbangan yang lebih seimbang mengenai manifesto kerajaan pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP)  dan pembangkang.

Walaupun PAP mengekalkan kuasa, pembangkang yang diterajui oleh Parti Pekerja menang enam kerusi dan meraih 40 peratus daripada dua juta undi  - pencapaian terbaik bagi pembangkang dalam sejarah republik itu.

Rais berkata beliau tidak akan terpengaruh dengan gesaan  pihak tertentu mahukan  pembangkang diberi ruang telivisyen bagi membolehkan rakyat membuat pilihan secara bijak semasa pilihanraya umum.

" Barang siapa pun boleh beri pandangan tetapi jangan lupa bahawa RTM adalah stesen kerajaan dan bina negara tetap menjadi penghulunya,” kata Rais.

" Jadi sekarang ini bahagian berita dan hal ehwal semasa (RTM) perlu melihat secara objektif tetapi tidak lari daripada RTM sebagai penyiar rasmi kerajaan,” tambah beliau.

Setakat ini rakyat Malaysia hanya sekali berpeluang menonton  perbahasan antara kerajaan dan parti pembangkang yang disiarkan secara langsung TV9, Astro dan Bernama TV.

Debat itu menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahas dengan Menteri Penerangan ketika itu Shabery Chik mengenai isu-isu ekonomi dan pengurusan kewangan negara.

Perbahasan itu direstui oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi dan dilihat sebagai  permulaan siri forum untuk mematangkan demokrasi di negara ini.

Namun pengganti Abdullah, Najib dilihat menutup ruang itu apabila menggantikan Abdullah kira-kira setahun selepas perbahasan itu.

Najib juga enggan menyahut cabaran Anwar untuk berbahas mengenai Buku Jingga iaitu Pelan Tindakan Pakatan Rakyat sekiranya ia diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.
     
Di Malaysia, media arus perdana termasuk RTM, TV3 dan Utusan Malaysia adalah milik penuh  atau pun di kawal oleh kerajaan Umno-BN.

Perlantikan-perlantikan kanan seperti Ketua Pengarang Utusan dan Tv3 adalah tertakluk kepada persetujuan pejabat Perdana Menteri.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hatta Wahari berkata kerajaan harus mempunyai kematangan untuk melonggarkan kawalannya ke atas media negara ini.

" Di Singapura kita lihat media yang dikawal kerajaan mula memberikan ruang kepada kerajaan dan kita lihat ini sesuatu yang positif,” kata Hatta.

“Malangnya di Malaysia media masih dikawal oleh kerajaan. Mereka tidak mengikut trend dunia yang menyaksikan semakin banyak kerajaan-kerajaan  bebas  memberikan ruang kepada semua pihak,” tambah beliau.

Hatta yang dipecat oleh Utusan kerana dilihat sebagai lantang memperjuangkan kebebasan media, menegaskan  keengganan kerajaan  mengubah dasar-dasar medianya adalah “janggal dan ketinggalan zaman”.

“Rakyat sudah lama bosan dengan sikap “double standard”  kerajaan dan menyimpan rasa tidak puas hati termasuk golongan wartawan sendiri. Kerajaan BN  enggan mendengar luahan rakyat dan jika sikap ini diteruskan maka akan mengundang reaksi negatif terhadap kerajaan,” kata

@TUKANGLAWAN Memang tahu bahawa kerajaan sedia ada tidak akan sesekali beri ruang untuk Pakatan rakyat menggunakan platform media massa yang dikawal kerajaan, terutama dalam memperkenalkan manifesto yang terdapat dalam Buku Jingga, kerana kerajaan barisan nasional sendiri tahu jika rakyat mendapat pendedahan maklumat dari mereka, sudah pasti Barisan nasional akan kalah teruk

Utusan Malaysia akan dirampas

| comments

GOMBAK : May 14 2011  Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari bertekad untuk terus berjuang merampas akhbar Utusan Malaysia daripada kongkongan Umno.
Beliau mendakwa, perjuangan Utusan sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal iaitu untuk menuntut kemerdekaan dan membela nasib kaum Melayu di tanah air.
Utusan sebaliknya kini lebih berperanan sebagai suara Umno.
"Masa Utusan Melayu diterbitkan Umno tak ada lagi. Akhbar ini diterbitkan untuk menuntut kemerdekaan,untuk menyatakan suara orang Melayu.Sebab itu dipanggil Utusan Melayu, untuk menyatakan pendapat dan pendirian orang Melayu ketika itu.
"Saya berpendirian bahawa saya perlu berjuang untuk merampas kembali akhbar ini daripada Umno.
"Saya memang tak layak digelar pejuang kebebasan media. Baru 7-8 bulan saya bersuara untuk kebebasan media berbanding pejuang kebebasan media sejak 50 tahun dahulu," kata Hata di majlis ceramah bertajuk "Membongkar Konspirasi Utusan huru-harakan negara" anjuran bersama PAS Kawasan Batu dan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) di Taman Melewar,dekat sini malam tadi.
Ia merupakan kemunculan pertama bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu di pentas PAS selepas dipecat daripada Utusan Melayu Berhad.
Hata dipecat 1 Mei lalu,dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.
Pemecatan itu atas alasan Hata memburukkan imej majikannya itu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial Utusan.
Tampil di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir, Hata memulakan ceramahnya dengan mengakui "gementar" berada di atas pentas PAS.
"Kalau ditanya adakah saya gementar, ya memang saya gementar," katanya disambut gelak ketawa hadirin.
Orang ramai kelihatan teruja dengan kemunculan Hata di pentas. Ada yang pada mulanya hanya berdiri di tepi-tepi dataran tempat ceramah mula mengambil tempat yang lebih selesa dan yang yang berada di gerai-gerai jualan mula menghampiri kawasan ceramah.
Hata berkata, beliau juga berasa malu kerana sudah bertahun-tahun bekerja di akhbar yang mempunyai imej yang sangat buruk."Saya teragak-agak juga nak terima jemputan pihak penganjur ke program ni.Bukan kerana takut tapi imej Utusan itu sendiri yang berada dalam keadaan yang teruk bagi diri saya.
"Nasib baiklah saya berada di pentas PAS.Kalau berada di pentas DAP dah lama saya digelar "pengkhianat Malayu",katanya.
Menceritakan kisah-kisah sepanjang bergelar wartawan kanan Utusan, Hata mengulangi dakwaannya bahawa Utusan mempunyai agenda tetap untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.
Apa yang berlaku di Utusan sekarang ini, mereka mempunyai agenda untuk terus kekal berkuasa, bukan memperjuangkan Melayu lagi.
"Agenda yang wajib,menyerang PAS kerana menolak kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan Umno,menyerang DAP di Pulau Pinang berkaitan anti Melayu dan anti macam-macam lagi dan mereka sentiasa menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu agenda Utusan sekarang ini," katanya.
Hata yang dikatakan akan menguruskan sebuah akhbar baru, Utusan Rakyat juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan laporan Utusan yang disifatkan sebagai "membahayakan".
"Berhati-hati dengan laporan Utusan kerana agenda mereka hanya untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
"Apa yang membuatkan saya berasa benci sangat dengan Utusan bila mempermainkan isu agama.Saya bimbang kerana majoriti yang membaca Utusan adalah orang Melayu.Kalau hari-hari isu agama dimainkan, akan mempengaruhi pembaca terutamanya di kawasan luar bandar," katanya.
Sokong Pakatan Rakyat
Sementara itu, menyeru orang ramai agar terus menyokong Pakatan Rakyat dan tidak terus membiarkan Umno BN terus bermaharaja lela di negara ini.
"Bagi saya tuan-tuan perlu terus menyokong Pakatan Rakyat.Saya memang tak terlibat dengan parti politik tapi kalau kita benar-benar ingin memastikan media bebas, inilah yang perlu kita lakukan," katanya.
Hata sebelum ini pernah menganjurkan program "makan nasi lemak beralaskan Utusan dan menerima reaksi yang pelbagai.
"Utusan hari ini digelar Utusan porno, menjijikkan, dan sebagainya. Sampaikan saya buat perogra makan nasi lemak beralaskan Utusan, ada yang marah.
"Saya tanya kenapa marah, salah ke apa yang saya buat. Dia kata, makan nasi lemak beralas Utusan menjijikkan nasi lemak aku," ceritanya dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.
Hata dalam satu temubual dengan satu portal berita mendedahkan bahawa Perdana Menteri,Seri Najib Razak terlibat secara langsung dalam mesyuarat bagi menentukan agenda mingguan Utusan.
Ini katanya termasuklah serangan terhadap Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Turut menyampaikan ceramah malam tadi peguam PAS, Hanipa Maidin dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
~ Hazayani Zakaria | Harakahdaily.net
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit