Memaparkan catatan dengan label Elektrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Elektrik. Papar semua catatan

Perjanjian IPP rugikan negara, akhirnya masuk ke kantong Umno

| comments



KUALA LUMPUR: Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan negara mengalami kerugian apabila sejumlah RM19 bilion diperuntukkan setahun untuk membayar subsidi kepada pihak terbabit.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayaran subsidi yang diterima IPP, dikembalikan semula kepada perbendaharaan Umno dalam pelbagai cara dan bentuk.
“Dalam jangka panjang, jumlah wang terpaksa ditanggung rakyat secara keseluruhan yang dibayar kepada IPP sebenarnya dipulangkan kepada Umno. Ia sudah berlaku berbelas tahun, dari zaman Dr Mahathir.
“Dalam keadaan Dr Mahathir menyatakan Melayu perlu dibuang tongkat, rupanya dalam diam subsidi yang diberikan kepada IPP akhirnya masuk semula ke kantong Umno dalam bentuk kick back, pemberian komisyen kepada syarikat kroni dan sebagainya,” ujarnya.
Menurut Azan, sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB.
Idea tersebut yang dicetuskan  mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menguntungkan 26 syarikat IPP yang merupakan kroni kepada Umno-Barisan Nasional.
Antaranya YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd dan Malakoff.
“Subsidi menimbulkan tandatanya, apa perlunya kerajaan mewujudkan IPP secara penswastaan dengan cara kerajaan atau TNB membayar kepada IPP. Ini amat tidak logik dan telah dipertikai banyak kali dan bukan perkara baru.
“Setiap tahun jumlah saluran subsidi kepada IPP menimbulkan tandatanya besar. Subsidi tidak diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan sebaliknya diberi kepada syarikat besar seperti ini.
“Akhirnya yang menaggung derita adalah rakyat. Bukan sahaja kenaikan harga barangan, tetapi dalam tempoh ini rakyat terpaksa membayar kos kenaikan hampir semua jenis perkhidmatan, telefon, tarif elektrik dan air,” ujarnya kepada Keadilandaily.com.
Menurut Azan, sekiranya, fungsi dan peranan IPP diambil alih TNB, beliau percaya kapasiti penjanaan tenaga elektrik mampu mencapai 100 peratus dan kos menjadi lebih efisyen.
Justeru itu, kerajaan sepatutnya merunding semula Power Purchase Agreement (PPA) yang merugikan negara dan rakyat.
“Ia dapat memaksimumkan dan mencapai tahap paling efisyen dan kadar tenaga akan menjadi lebih murah. Sekiranya kerajaan menamatkan perkhidmatan IPP, ia sekaligus dapat memaksimakan aktiviti penjanaan tenaga sekiranya ia diuruskan TNB sendiri.
“Kita dapat menjimatkan dalam dua keadaan, mencapai tahap maksima dan kos efektif. Kedua, menyelamatkan beberapa ratus juta yang diberikan kepada sesebuah syarikat-IPP,” ujarnya.
Untuk rekod, IPP membekalkan 1,400 MW kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Power Purchase Agreements (PPA) di mana TNB membayar IPP sebanyak RM78.3 bilion dari tahun 2001 hingga 2010.
Pada 2010 sahaja, sebanyak RM19 bil

Semak semula perjanjian IPP- TNB, tegas Anwar

| comments



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut  kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas/swasta (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat pula menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.
“Berdasarkan perspektif inilah saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk berlaku adil dengan menyemak semula harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat,” tegas Anwar

Anwar berkata, perjanjian itu sebelum ini direka untuk memastikan 26 syarikat IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seperti gas, disel dan arang batu menyebabkan  TNB terpaksa menanggung akibat jika berlaku kenaikan harga.
Berikutan perjanjian ini, katanya, Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjual nya semula pada kadar harga subsidi  tetap.

“Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Justeru itu, berikutan perjanjian yang rumit dan berat sebelah itu menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi.

“Kos harga tenaga elektrik yang terpaksa dibayar TNB kepada Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta(IPP) dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh IPP ternyata membebankan rakyat samada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat dari subsidi gas untuk TNB/IPP kononnya demi merendahkan tarif,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Menurut Anwar, bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope pernah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak setuju dengan harga yang terlalu mahal dikenakan oleh IPP kepada TNB.
“Harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kWh (kilowatt hour), harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB)adalah harga yang lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB. Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya,” katanya.

Anwar menambah, sekiranya dibandingkan dengan Thailand, tarif elektrik Malaysia jauh lebih tinggi sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa.
Harga semasa itu, katanya, tiga kali lebih tinggi daripada harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia.
“Seorang pengguna yang memiliki rumah di Thailand hanya membayar 18 sen per kWh untuk 150 kWh yang pertama, manakala pengguna yang sama di Malaysia terpaksa membayar 22 sen untuk kadar yang sama. Ini bermakna perbezaan harga tarif elektrik yang mencecah 22%.
Akibatnya, pengguna runcit  yang dikategori “tarif komersial untuk penggunaan voltan rendah” terpaksa membayar tarif yang lebih tinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan Thailand.

“Tarif nya di Malaysia ialah 37 sen per kWh, 48% lebih tinggi dari kadar di Thailand; pada kategori yang sama hanya berharga 25 sen per kWh.
“Justeru, sudah sekian lama saya menegaskan sekitar RM 22 billion subsidi gas(RM 19 billion pada tahun 1999) yang diberi kepada IPP/ sektor menjana tenaga tidak memberi makna kepada rakyat,” tegasnya.

Tarif elektrik akan naik lagi

| comments


KUALA LUMPUR, May 19 — The government will likely announce a hike in electricity tariffs next week as the Najib administration seeks to keep ballooning petroleum subsidies in check, Nanyang Online reported today. - themalaysianinsider

Khabarnya tarif elektrik akan dinaikan tidak lama lagi,alasan yang diberikan ialah kenaikan harga minyak yang memaksa tarif elektrik turut sama dinaikkan bagi menampung kos.

jika benar perkara ini berlaku, kita semua akan dibebani dengan tekanan yang amat sangat, bayangkan semua pendapatan terpaksa digunakan hanya untuk perbelanjaan bulanan, adakah lagi sedikit baki untuk kita simpanb sebagai tabungan hari tua nanti?.

tindakan kerajaan korup kini semakin menghimpit rakyat, minyak RON97 dinaikkan tidak lama dahulu pada saat sebenarnya harga minyak dunia menurun, kini apa bila harga pasaran minyak dunia kembali naik, sekali lagi kerajaan mengugumkan akan mengkaji semula harga minyak, dan khabarnya RON95 juga akan dinaikkan selepas ini.

tidak lama selepas kenaikan minyak RON97 diumumkan sebanyak 20sen tidak lama dulu, Gula pula mengikut jejak langkah sama apa bila juga telah naik sebanyak 20 sen , dan khabarnya kini susu tepung yang kebanyakannya digunakan untuk menyusu bayi juga akan naik bermula jun ini. dan selepas itu apa lagi yang akan naik.

kita sebagai rakyat tidak perlu jadi bodoh atau diperbodohkan dengan kerajaan sedia ada, adakah dengan menguna alasan kenaikan harga pasaran minyak dunia, kita sewenangnya membenarkan kerajaan menaikkan harga minyak sesuka hati?. dan lihatlah kesannya, kenaikan minyak akan sekali membawa kepada kenaikan harga barangan lain. contoh ini pernah terjadi bila ahmad badawi menaikan harga minyak sebelum ini.

Jika anda pernah menonton debat Anwar Ibrahim dan seorang menteri kabinet dahulu ( menteri buih) anda pasti pernah dengar perkataan IPP.

IPP ialah Independent Power Producer iaitu syarikat persendirian yang menjana tenaga elektrik, apa yang pernah disuarakan Anwar ibrahim ialah pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan dengan pemberian subsidi bahan bakar kepada IPP.

Isu ini timbul dalam formula pengurangan kos bahan bakar yang dikemukakan beliau, jelas beliau lagi dengan mengurangkan subsidi kepada IPP yang yang menjangkau nilai RM 19 billion, subsidi atau sumber kewangan itu boleh digunakan untuk tujuan mengurangkan harga bahan bakar, lantas dapat menjamin kelangsungan hidup rakyat.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim, dengan menjaga harga beberapa barangan kritikal seperti minyak, harga barangan dapat dikurangkan, selaras dengan pendapatan purata rakyat malaysia. malah dengan ketiadaan kenaikan harga minyak, barangan keperluan lain juga akan lebih murah harganya.


@TUKANGLAWAN tidak terlalu terkejut dengan tindakan kerajaan , jika kita perhatikan kerajaan malaysia sekarang sebenarnya sudah ketiadaan wang, sumber kewangan sudah dilaburkan sebagai umpan pilihanraya kecil sebelum ini, dan lebih lagi sudah habis digunakan semasa pilihanraya negeri sarawak tempuh hari, kerajaan malaysia sekarang sudah tidak lagi menjaga kepentingan rakyat, terlalu banyak pembaziran dilakukan, apa yang tukang lawan lihat sekarang kerajaan malaysia kini berlagak seperti seorang peniaga semata-mata untuk mengisi tabung sendiri.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit