Memaparkan catatan dengan label Guan Eng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guan Eng. Papar semua catatan

Tangguh kenaikan harga RON95, barang bukti BN takut Pakatan

| comments

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan menangguhkan kenaikan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) bukti kerajan takut berdepan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum akan datang.

Guan Eng berkata, BN memutuskan untuk tidak meneruskan cadangannya ekoran kemampuan PR untuk memobilisasi usaha membantah kenaikan tersebut.

Pakatan, katanya berjaya mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam pemberian subsidi kepada syarikat besar seperti Tenaga Pengeluar Bebas/swasta (IPP) sebanyak RM19 bilion setahun, ketika 27 juta rakyat Malaysia berdepan kenaikan harga barang akibat penarikan subsidi.

“Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi.

“Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat,”  kata Guan Eng dalam kenyataannya hari ini.

Bagaimanapun katanya, BN masih berusaha untuk menaikkan harga barangan berikutan pengumuman  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan kajian semula dasar subsidi  adalah perlu.

Sementara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula, katanya, menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.
“Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan pemberian subsidi kepada IPP, yang menerima sokongan padu Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

“Peter Chin ternyata sedangbermain dengan kata- kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan.

“Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia,” ujarnya.
Tambah Guan Eng, tidak ada cara lain bagi kerajaan untuk mencapai 5.4 peratus defisit fizikal tanpa pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti –rasuah.
“Menteri- menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD 100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980- an,” katanya.

Tanah Runtuh :Kerajaan P.Pinang beri sumbangan

| comments

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan RM25,000 kepada kesemua 25 mangsa dan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah


Madrasah Al-Taqwa yang ditimpa tragedi tanah runtuh semalam.

Seramai 16 kanak-kanak maut dalam tragedi itu dan sembilan selamat dengan kecederaan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama, yang penuh simpati dan sedih atas nasib malang dialami mangsa.
Katanya, sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah.
Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata partinya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi itu.
“DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata beliau, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tragedi semalam dapatlah dielakkan.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit