Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Hadiah Hari Raya Najib, BN Sabah Hampir Lumpuh

| comments

Najib yang baru pulang dari lawatan ke sabah menerima berita hebat apabila Senator Majiol Mahap mengisytiharkan dirinya dan kesemua kepimpinan UPKO keluar parti seterusnya keluar BN berkuat kuasa serta-merta.


Senator Maijol Mahap memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata.

Menurut bekas Naib Presiden 2, parti PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut.

Maijol adalah merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN Ahad lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun.

"Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya yang bagus. Presidennya, Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu"

"Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol.

Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN.

Nampaknya sumpahan "Janji Dicapati"  BN sedang makan diri, itulah akibat suka mengungkit, akhirnya orang jadi bosan...



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib Ketakutan, Akan Turun ke Sabah

| comments

Najib cuba menyembunyikan ketakutannya apabila dua orang wakil rakyat dari Sabah meletak jawatan dalam BN dan mengumumkan akan bersama Pakatan Rakyat.

Bimbang fix deposit Bn itu akan jatuh ke tangan pakatan Rakayt, najib memutuskan akan turun sendiri ke sabah dalam kadar segera.

Tidak dapat menerima desas desus bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP), najib memutuskan untuk turun ke sabah dan akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Isu pendatang tanpa izin sabah, sudah berlanjutan sekian lama, salah satu menifesto pakatan rakyat didalam buku jingga itu akan diberi perhatian oleh najib menjelang pilihanraya ini bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.

Siapa kata najib tidak takut, sedangakan pelawan berdebat pun sudah acap kali diacukan, tapi najib diam seribu bahasa, jelas lah najib kini sedar dia akan kehilangan tampuk kuasa.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Adun BN dari Sarawak Mula Keluar Parti?

| comments

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.

Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. “Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.

Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya,” katanya, lapor Borneo Post.

Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.

Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik.

Judat memegang jawatan Adun Meluan yang terletak dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.

Hah, makin jahanam BN, apakah ramai lagi akan keluar BN dan umno kerana muntah dengar lagu rais Yatim bertajuk "ini masa balas budi" atau mereka keluar BN kerana malu dengan logo sambutan kemerdekaan ciptaan umno. ?.. kah..kah..kah

Pegi lantak dengan BN, kapal yang semakin karam itu patut terkubur terus bawah dasar laut, biar jadi bangkai.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Wow, Banyaknya Duit Najib

| comments

Kalau Betullah apa yang disiarkan oleh sebuah laman portal berita bahawa ada cadangan untuk menyalurkan sejumlah RM1.5 juta lagi kepada setiap kawasan Parlimen BN bagi tujuan memenangi kerusi parlimen dalam PRU13 nanti, ianya sesuatu yang cukup ajaib.

Bayangkan kita ada 222 kerusi parlimen di negara ini, kalau didarabkan dengan RM1.5 juta, maka sejumlah RM333 juta diperlukan, itu belum lagi kos BN pusat, belum lagi untuk Adun. kaya betul najib.

Maka, betullah kata Anwar Ibrahim bahawa menunjukkan Perdana najib Razak terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. kah..kah..kah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulu merupakan BOSS najib berkata, keputusan untuk membuat pembiayaan itu dengan terang-terangan mengabaikan peraturan kewangan, kita kene ingat balik, masa Anwar jadi Menteri kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu, najib tu sapa?, budak Anwar je.

Kita je kadang-kadang lupa benda tu, tapi najib tetap ingat Anwar itu Bossnya, sebab itu najib sampai hari ini masih bisu dan ketakutan untuk jawab cabaran debat.



Berbalik pada apa yang disiarkan portal The Malaysian Insider bahawa, ahli parlimen BN dijangka menerima jumlah itu ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya umum ke-13 selepas pengumuman Belanjawan 2013 pada 28 September depan timbul satu persoalan.

Dari mana Najib dapat duit banyak-banyak ni, tabur sana sini tapi tak abis-abis lagi duit?, jangan sebab duit yang ditaburkan itu malaysia akan jadi bangkrup seperti Greece, Almaklumlah seperti yang kita tahu, Ekonomi negara takla memberangsangkan jika nak bandingkan dengan negara jiran, Indonesia dan Thai contohnya.

Sudahnya Malaysia lingkup sebab kerja BN , Pakatan Rakyat yang terpaksa betulkan keadaan, takkan nak tunggu negara bangkrup baru kita nak tukar kerajaan. masa tu pemimpin umno dah cabut duduk luar negara pun.

Time tu memang "tukanglawan" ketuk-ketuk kepala pencacai umno yang bodoh susah diajar.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Umno ajak Perang Bendera, tapi kene gelak

| comments


Tindakan koordinator BN Selangor mengeluarkan arahan supaya pegawai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera di stesen komuter merupakan tindakan "kebudak-budakan", kerana ia akan menjadi bahan ketawa pengamat politik luar kerana menunjukkan "kerendahan pemikiran parti politik menghina minda rakyat."


Itu bukan "tukanglawan" yang katakan, tapi itu adalah apa yang diperkatakan oleh Presiden NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid sebagai mengulas tindakan membenarkan pemasangan bendera "timbang kati" di kawasan hak milik KTMB.

"Rakyat pasti tidak dapat menerima kegelojohan parti politik yang  memenuhi bendera ditempat awam bertujuan berkempen kerana ia seperti tindakan kebudak-budakan," katanya dalam satu kenyataan media.

Bab tu, memang "tukanglawan" sangat setuju, kadang kala bukan setakat kebudak-budakan, memang pun budak -budak sekolah dipergunakan bagi merialisasi impian "timbang kati" untuk terus berkuasa, kan ke bodoh tu, mahasiswa tak boleh campur politik., tapi budak -budak sekolah boleh la, akal BN ni kadang kala memang "sakai" cikit.


Nampak benar parti "timbang kati" memang tak profesional, ada jawatan salah guna, sampai kawasan KTMB pun suka suka nak gantung bendera, masalahnya bendera "timbang kati: je pulak tu, nak main perang bendera kot puak umno nei.

Korang perang bendera la banyak-banyak, gantung dekat kubur sekali la, nanti pengundi hantu bangun, senang, diorang takyah susah nak semak diorang nak undi sapa. hahahaha, gantung la banyak mana pun kalau  dan nak kalah tu kalah juga.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

PANAS!! Adun BN Conteng Surah Yassin?

| comments

Umno hari-hari bilang, mereka lah pembela bangsa, hanya mereka pembela agama, agak-agak boleh percaya ke?.

Dasar umno dan BN yang diberi nasihat oleh APCO Worldwide (sebuah syarikat perundingan milik yahudi) suka menipu, kerana itu juga umno sering digelar umno menipu no one (1), bukan setakat menipu, malah sanggup memperlekeh agama Islam.

Tak lama dulu kita dikejutkan dengan tindakan menteri agama (sape lagi kalau bukan si misai tebal)bila tindkan nya menggunakan wang zakat untuk menghalang Qazaf dalam kes fitnah saiful bukhari terhadap Anwar Ibrahim, untuk menutup kesalahan itu dia beritahu penggunaan wang zakat itu boleh kerana tergolong dalam Asnaf Fisabilillah,

Hai, pening Malaysia nei, Halang Qazaf itu pun Fisabillilah ke?

Hari ini pula, "tukanglawan" agak terkejut dengan tindakan seorang ADUN BN yang juga merangkap Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) khabarnya telah menconteng surah yassin semata-mata mahu tarik sikongan pengundi.

Mengikut maklumat yang "tukanglawan" dapat Adun Berkenaan iaitu (Adun N49 Tungku) Suhaili Mohd Said yang sanggup menjual agamanya demi survival politiknya ketika rakyat memberontak, khabarnya lagisudah tiga penggal mewakili DUN Tungku; tetapi masih gagal menyelesaikan pelbagai isu dengan sering menggadaikan nama Tuhan iaitu 'InsyaAllah' tetapi enggan berusaha memenuhi janji 'Taghut'nya!.

Benarkah? mari baca petikan artikel yang "tukanglawan" mahu kongsi dengan anda semua.

Beberapa hari menjelang hari pembuangan undi pada pilihanraya umum 2008, Ustaz Suhaili datang berkempen di kampung kami di Astaka Pantai, Kampung Tanjung Labian.

Sebelum Ustaz Suhaili berucap, pemimpin peringkat muda kampung kami, Assafal Panglima Alian mengemukakan permintaan agar dibina Mini Dewan Kg Tanjung Labian. Selepas itu Ketua Kampung Lok Buani, Roslan Abdul Hamid mendesak agar Ustaz Suhaili membantu mendapatkan kembali tanah adat yang telah diluluskan kepada Datuk Ramli Yusuff dan Datuk Mohd Yusof Amat Jamlee.

Beberapa permohonan lain turut diajukan termasuklah jalan, masjid dan surau dan ketika tiba giliran Ustaz Suhaili berucap, saya terkesima dan semua penduduk kampung terpegun kerana Ustaz Suhaili menulis semua permintaan Assafal, Roslan beberapa penduduk kampung di atas Surah Yassin dan menunjukkan kepada para hadirin.

"Janganlah kamu risau. Saudara Roslan dan Assafal serta penduduk 13 kampung ini, saya berjanji akan membereskan semua permintaan kamu jika saya menang dalam pilihanraya kali ini. Saya sudah tulis dalam buku Yassin ini," ujar Ustaz Suhaili sehingga semua penduduk, termasuk saya meremang bulu roma kerana 'keceluparan' Ustaz lulusan Al-Azhar berani menconteng Surah Yassin yang selama ini dimuliakan penduduk kampung dan penganut agam Islam di Sabah.

Namun setelah memenangi pilihanraya berkenaan, Ustaz Suhaili jarang muncul ke kampung kami; jika muncul pun secara senyap untuk melawat tapak projek bersama kontraktor.

Hah, orang jenis itu mahu bela Agama Islam, belajar di Al-Azhar, tapi rosak kerana Umno?, belajar di tempat yang dihormati dan melahirkan ramai ulama tersohor tapi semua sia-sia kerana umno. sudahlah janji tak pernah ditunaikan, surah Yassin juga sanggup diconteng-conteng. fikirkan lah, jenis makluk begini rupa kah yang mahu diangkat menjadi pemimpin.

Kadang-kala dapat kita temui, pemimpin bukan islam yang lebih menghormati Islam lebih dari pemimpin yang mengaku islam. kerana itulah umno tak lagi patut kita biarkan berkuasa., kerana itu rakyat muak, dan akan tukar kerajaan pada PRU nanti.

Benarkah cerita ini, kita semua mahu tahu, "tukanglawan" juga mahu tahu, jika ini cerita bohong, kita minta beliau membuktikan ini cerita tidak benar, namun "tukanglawan" sangat yakin sumber ini, setakat ini berdasarkan intrigriti maklumat tersebut.

Nantikan lagi pendedahan panas dan bukti salah laku pemimpin
.BN ini. .berdasarkan maklumat yang "tukanglawan" dapat.

Klik sini untuk sharekan.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

BONGKAR!!! BN Menipu Rakyat tentang harga RON95 dan RON97

| comments

Baru sebentar tadi "tukanglawan" menulis artikel bagaimana bijak dan liciknya kerajaan Najib altantuya memperdaya rakyat (baca sini), jika rakyat bangkit dan marah pada tahun 2008 iaitu zaman Paklah menjadi perdana menteri gara-gara menaikkan harga minyak RON95 dan RON97 (RM2.70 bagi RON97), tapi penipuan Najib dan barisan menteri kabinet tidak langsung dapat dihidu rakyat. 

Kita akan menikmati harga baru Petrol RON97 selepas ini, harga terbaru yang diumumkan ialah RM2.90 bagi setiap liter, lebih 20 sen jika dibandikan zaman Paklah dulu,

Tapi anda jangan bimbang, harga RON97 yang rata-rata digunakan untuk kereta berprestasi tinggi contohnya( Porsches anak Nazri Aziz), atau (kereta Sport mewah yang dikatakan milik anak bekas perdana menteri) atau ( kereta-kereta bekas menteri yang tak boleh pakai RON95 ) masih murah sebenarnya,

Malah lebih Murah dari harga sebenar RON95 yang dijual di Malaysia.

Anda jangan terkejut, itulah kenyataanya, "tukanglawan" rasa kerajaan sebenarnya telah menukar label minyak, mungkin kereta-kereta mewah mungkin selama ini telah mengisi kereta mereka dengan minyak murah, sedangkan pemilik kancil dan kelisa serta penunggang motosikal telah sebenarnya menggunakan minyak RON97.

kenapa "tukanglawan: katakan begitu, mudah kan, bayangkan jika ada 2 barang, beza kedua-duanya ialah kualiti barangan tersebut, sudah pastilah yang lebih berkualiti sedikit mahal dari benda sama yang kurang sedikit kualitinya. jadi jika ada 2 jenis minyak RON95 dan RON97 pasti yang lebih mahal itu kualitinya lebih bagus.

Baiklah, kita baca kenyataan dibawah


Berkuat kuasa 16 Julai 2010, subsidi bahan bakar dan gula akan diselaraskan seperti berikut:
  
  * RON 97 tidak lagi diberi subsidi. Ia tertakluk kepada apungan semasa, di mana harganya ditentukan menerusi mekanisme harga automatik

Jadi harga petrol RON97 sebanyak RM2.90 yang diumumkan malam tadi ialah harga sebenar jenis bahan bakar itu, untuk perhatian melalui laman portal unit perancang ekonomi ( klik sini ) jelas menyatakan bahanbakar RON97 tidak diberikan subsidi oleh kerajaan.



Ok.. ambil point ini, HARGA SEBENAR RON97 ialah RM2.90, tapi berapa pula harga sebenar RON95?

Sila lihat gambar dibawah yang dipetik dari dari statistik yang dikeluarkan pada bulan januari 2012 bersumberkan fail yang dimuat turun dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan. (sila download disini)


Adakah anda rasa tertipu?, kenapa harga sebenar RON95 adalah lebih mahal berbanding harga sebenar RON97?, harga RON97 diletakkan pada harga RM2.90 (sekarang) , manakala RON95 pula ialah RM 3.35 iaitu 45 sen (sekarang)  55 sen ( sebelum RON97 dinaikkan 10sen)  lebih mahal?.

Apakah Pemberian subsidi yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini satu penipuan?. subsidi itu tidak diberikan atau jumlah subsidi yang diberikan bukan seperti yang dicanangkan oleh kerajaan.? lihatlah bagaimana kita ditipu hidup-hidup,

Memang tidak logik bila harga RON97 yang dikatakan lebih berkualiti itu adalah lebih murah dari RON95 yang dikatakan diberi kepada kebanyakkan rakyat dengan harga murah selepas pelepasan cukai dan subsidi, mengapa perkara ini kita terlepas pandang, bagaimana kerajaan boleh menipu rakyat selama ini?

Anda fikirkan lah sendiri, RON97 berharga RM2.90 manakala harga sebenar RON95 ialah RM3.35 (berdasarkan fakta yang dimuat turun), apakah perkara itu logik?, ada sesuatu yang tidak kena. kita tunggu menteri jawab, itu pun jika berani berhadapan dengan rakyat.

Jika tidak. kita ada pilihan lain, beri mandat kepada Pakatan Rakyat dan harga minyak pasti akan diturunkan.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Shahrizat Tetap Pertahan Ego Demi Kerusi Menteri

| comments


Sampai hari ini, Shahrizat Jalil masih lagi berada dalam kebinet walaupun telah bercuti selama 3 minggu untuk meredakan tekanan berhubung isu salahguna kuasa  melibatkan dana NFC.

Tindakan tidak mahu melepaskan jawatan itu jelas sekali memperlihatkan egonya Shahrizat yang masih mahu mempertahankan jawatannya sebagai seorang menteri, ini sedikit sebanyak menimbulkan perasaan tidak senang beberapa pemimpin Barisan Nasional kerana dilihat mampu melemahkan Barisan Nasional sendiri, tambahan lagi ura-ura pilihanraya akan dibuat dalam masa terdekat.

Akhbar the star pernah sebelum ini  menyiarkan desakan secara lembut oleh Presiden MCA Dr Chua Soi Lek  supaya Sharizat meletakkan jawatan "demi kepentingan Umno dan BN".

"Beliau adalah seorang pemimpin kanan parti dan kami mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan politiknya," kata Presiden MCA itu,

Namun dapat kita lihat dalam tempoh waktu yang agak lama itu, Shahrizat menyangkal dakwaan bahawa dia seorang pemimpin kanan parti yang bijak dengan bertindak mahu duduk selesa di bangku menteri,  shahrizat lebih rela membebankan keseluruhan parti dalam Barisan Nasional , namun tidak sesekali akan melepaskan jawatan dalam kerajaan rejim Umnoapco.

Ini mungkin kerana dia merasakan maruah diri dan status kedudukan sebagai seorang menteri itu adalah sangat utama, Shahrizat walaupun kalah dalam PRU yang lalu , masih dilantik sebagai menteri dengan menjadi senator kerana kedudukannya sebagai ketua wanita didalam parti Umnoapco.
Masih Tidakkah Shahrizat sedar ramai pemimpin kompenen mahu dia berundur, terbaru Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn secara terbuka mendesak Shahrizat melepaskan jawatan menterinya.
 Demi kepentingan BN, beliau berharap Shahrizat akan dengan "rendah hati" mengosongkan jawatan menteri dalam kabinet dan menumpukan tenaga memerangi serangan terhadap keluarganya.

Tapi apakan daya, Shahrizat masih tidak mahu bangun dari bangku menteri itu , dia tidak akan lepaskan jawatan ketua wanita Umnoapco, kerana kebanggaan duduk di kerusi menteri itu jadi keutamaan, dia tidak akan dengar apa kata orang lain, dan sesekali dia tidak akan dengar apa kehendak rakyat,

Shahrizat merasakan dia "Bos" dan rakyat ini hanya semut-semut kecil yang boleh dia pijak-pijak.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit