Memaparkan catatan dengan label Hishamuddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hishamuddin. Papar semua catatan

Selepas PRU13 akan berlaku darurat ?

| comments (1)

Sebelum release stress dengan baca cerita kelakar ni,
sila play lagu ni.  Bersediakah anda untuk mengingati kembali Peristiwa Memali ? Peristiwa 13 Mei ?
Ops Lalang ?



Malaysiakini pada hari ini melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein bahawa terdapat banyak pengganas dalam kalangan rakyat tempatan dan luar dalam negara ini.

Beliau juga berkata bahawa Malaysia hanyalah pusat transit dan bukan sasaran pengganas.



NONEBercakap dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, Hishammuddin berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau dan bersiap siaga memberkas mereka sekiranya menjadikan Malaysia sebagai sasaran.

Menurutnya lagi, sekiranya negara asing pula menjadi sasaran, amaran akan dikeluarkan kepada negara berkaitan untuk mengambil tindakan.

Siasatan juga mendapati pengganas tidak menjadikan Malaysia sebagai pusat pengkaderan anggota baru, tambahnya.


Saya melihat ini petanda bahawa pilihan raya sememangnya hampir tiba dan ini adalah cara untuk menakut - nakutkan rakyat supaya tidak memilih calon selain lain Barisan Nasional.

Jika dilihat bagaiman terjadinya 13 Mei, Ops Lalang dan Peristiwa Memali, semuanya berkisar tentang pengaruh politik yang semakin merudum. Justeru, BN menggunakan alasan pengganas untuk menangkap sesiapa yang mereka rasa mengancam kuasa politik mereka.

Di sinilah ISA, Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan akan memainkan peranan. Jangan terkejut kalau PRU13 ini berlaku DARURAT !

TAPI SATU BENDA UMNO JANGAN LUPA,

INI PENGGANAS SIAPA MAU TANGKAP ?



Kah Kah Kah.

Rakyat Pasti Menang!


MEGAT HIDAYAT,

INSTITUT TEKNOLOGI MARA.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

AWAS !!! Mungkin Ada Yang Akan Ditangkap Untuk Kuatkan Skrip PRU13

| comments

Beberapa hari lepas Ketua Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Kebangsaan E2 (M) Mohd Sofian Md Makinuddin mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. ( baca sini ) dan ( disini )

Najib dan Presiden Negara China
Itu buat semua orang gelak, sebab orang dah tahu taktik yang digunakan umno serta sekutu mereka menjelang pilihanraya, bila ada saja cerita komunis, filem bukit kepong dan filem-filem perang zaman british diulang tayang , tu tanda la nak mengundi.

Kemudian Hishamuddin main selamat bila ditemuramah oleh sebuah akhbar berbahasa cina, katanya dia tidak ada maklumat dan tidak tahu, bagaimana seorang menteri yang bertanggungjawab boleh tidak tahu, pelik tu. ( baca sini)

Hari ini dia dah tukar pulak dah, dia kata perkara ini perlu diberi perhatian serius, “Kalau menjejaskan keselamatan nasional, perkara ini kita pantau setiap hari sama ada melalui Cawangan Khas (SB) atau Unit Tindakan Khas (UTK),” kata Hishamuddin dan menambah,”jika ia berkisar kepada keselamatan, bukan sahaja perlu kemukakan bukti tetapi polis kena ambil tindakan.” katanya.

Ini nampaknya macam sesuatu akan dilakukan, mungkin ada yang akan ditangkap dan dituduh nanti supaya skrip nampak "real", biasalah benda ni normal di malaysia, nanti akan ada la kononnya orang yang disyaki terlibat, kemudian utusan dan TV3 suku akan main berulang kali.

Entah-entah nanti panda yang dibela najib pun akan ditangkap jugak kerana dituduh sebagai perisik komunis dan menjual maklumat ketenteraan pada negara luar,.. kah..kah..kah.

Macam-macam hal malaysia ni, sebab umno terlalu takut, banyak la skrip tak logik keluar... blogger kaki fitnah umno PapaGomo boleh tolong tokok tambah cerita lepas ni. 

Korang percaya ke propaganda terbaru umno ni.?




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Taktik Hishamuddin Nak Menang Di Kawasannya,

| comments (1)

Apa saja lah puak umno ni, mereka dah takde modal, jadi cerita dibuat-buat supaya rakyat takut dan curiga untuk sokong Pakatan Rakyat, seperti yang "tukanglawan" tegaskan, dakwaan dan tuduhan selalunya sangat senang dibuat (baca sini)

Dalam keadaan Politik Malaysia, kerja menakut-nakutkan dan "spin" itu Halal bagai umno, asalkan mereka terus berkuasa.

Selepas Bersih 2.0 Hishamuddin sudah belajar banyak, dia kini lebih berhati-hati bila bercakap apa isu pun, semasa Bersih 3.0 Hishamuddin ini dilihat lebih banyak mendiamkan diri.

Sekali lagi Hishamuddin main selamat dalam isu tuduhan oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman,  Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Kali ini sebagai menteri dalam negeri hishamuddin berkata beliau "tidak pasti" tentang dakwaan bahawa pengganas dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat. apatah lagi dia juga tahu bahawa JI dan komunis tidak serasi untuk bekerjasama.


Seperti yang dilaporkan oleh Sin Chew Daily sebuah akhbar berbahasa cina, Hishamuddin berkata beliau tidak tahu perkara itu benar atau satu lagi usaha propagandadari umno.

"Saya hanya boleh katakan sebanyak ini, topik ini sangat sensitif," katanya lagi.

Hishamuddin nampaknya main selamat kali ini, mungkin memikirkan pengundi dikawasannya, Hishamuddin sudah tidak peduli dengan umno, biarlah umno kalah, asalkan dia terus menang dikawasannya, sebab itu tuduhan tidak logik ini dia bersikap lepas tangan kah..kah..kah


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Hakim Buat Hishammuddin Pening

| comments

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut penjelasan lanjut daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkan gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu.

Hishammuddin kemudiannya bertukar pendirian apabila membenarkan BERSIH 3.0 atas alasan ia bukan ancaman kepada keselamatan, berbeza dengan keadaan sebelum 9 Julai apabila perhimpunan seumpamanya dianjurkan.

Hakim Datuk Rohana Yusof meminta penjelasan itu daripada hakim kanan persekutuan Azizan Md Arshad dan mengarahkan menteri berkenaan supaya memfailkan afidavit berhubung perkara itu sebelum 10 Mei.

Rohana akan menyampaikan keputusan terhadap permintaan BERSIH pada 15 Mei untuk memeriksa balas Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan untuk mendapatkan 1,706 laporan polis yang difailkan terhadapnya sebelum perhimpunan tahun lalu.

Peguam Aston Paiva, yang mewakili BERSIH dalam mencabar pengharaman kerajaan, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas beliau dan Azizan bertemu hakim di kamar.

Memang benarlah, menteri Umno ni kadang - kadang buat tindakan tak fikir panjang, apa saja yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka akan mereka sekat, tapi makin menteri ni tunjuk kebodohan mereka, makin terbongkar la rahsia penipuan BN selama ni, memang BN tak lama lagi akan tumbang, sebab menteri pun dah hilang akal sekarang.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Ahmad Maslan, Dan Hisyam Keris cuba melawak

| comments

Seperti yang telah dijangka, umno akan cuba lepas tangan dan berlagak suci seperti rosmah mansor, parti rasis itu cuba menyalahkan mahasiswa dan pakatan bila timbul isu serangan terhadap khemah mahasiswa di dataran merdeka malam tadi.

Ahmad Maslan yang sedang tidur dirumah banglo besar dan mewahnya, diatas tilam empuk dan penyaman udara yang sangat nyaman, telah bangun dari tidur tanpa satu gigitan nyamuk pun, namun sangat terkejut bila mendapat berita Mahasiswa telah diserang malam tadi, berita tersebut buat Ahmad Maslan tersenyum gembira dan hati rasa berbunga-bunga.

ketika ditemui pemberita , Dengan sinis ahmad maslan berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.

Tapi dia tak pulak kata , umno asyik menyalahkan pakatan rakyat bila ada kes murtat walaupun kuasa jabatan agama dibawah kuasa mereka, bila ada kes samun dan rogol yang kuasa polis ada pada menteri, umno juga kata dan kaitkan pakatan rakyatlah punca orang melayu berpecah ( walaupun puak umno yang suka kacau orang) , sebagai buktinya setiap hari TV dan surat khabar milik umno menyalahkan pakatan rakyat, seolah-olah semua yang pakatan buat itu semua salah dan hanya umno yang betul.

Ahmad maslan juga seperti mahathir yang mudah lupa, lupa pula dia najib banyak cedok idea pakatan rakyat, jadi bila ahmad maslan kata pakatan kering idea, dia yang dah jem otak sebenarnya.

Sementara itu, hisyamuddin keris yang dah lama diam sepi , hari ini berlagak hero kepada samseng kampung kebun, bagi menyelamatkan batang tengkuk panglima buntal, dan umno khasnya dia menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang.

Tanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum.

Ohhhh, "tukanglawan" dapat tangkap apa yang dia cuba sampaikan, dia cuba kata, jika anda dapat sms atau  pesanan dari Tweet atau fb, jangan percaya, itu cerita yang sengaja diada-adakan.

Jangan marah dan melatah, bila student dah kene pukul nanti baru nilai betul atau tidak berita tu, mungkin itu maksud dia.

Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu. kah, kah, kah,

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. dimana seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut, cuma hisyam keris sendiri tidak tahu sama ada kejadian malam tadi  benar atau palsu sebab itu dia kata jangan mudah percaya .

Rupanya Hisyam keris lebih teruk dari Ahmad Maslan, langsung tak tahu apa-apa, menteri dalam negeri, tapi tak tahu apa yang jadi dalam negeri , benda dah jadi lagi mintak orang jangan percaya.

Woi.. nak selamat panglima buntal ke.( nak bukti kan.. nah tengok sini)


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit