Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut penjelasan lanjut daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkan gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu.
Hishammuddin kemudiannya bertukar pendirian apabila membenarkan BERSIH 3.0 atas alasan ia bukan ancaman kepada keselamatan, berbeza dengan keadaan sebelum 9 Julai apabila perhimpunan seumpamanya dianjurkan.
Hakim Datuk Rohana Yusof meminta penjelasan itu daripada hakim kanan persekutuan Azizan Md Arshad dan mengarahkan menteri berkenaan supaya memfailkan afidavit berhubung perkara itu sebelum 10 Mei.
Rohana akan menyampaikan keputusan terhadap permintaan BERSIH pada 15 Mei untuk memeriksa balas Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan untuk mendapatkan 1,706 laporan polis yang difailkan terhadapnya sebelum perhimpunan tahun lalu.
Peguam Aston Paiva, yang mewakili BERSIH dalam mencabar pengharaman kerajaan, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas beliau dan Azizan bertemu hakim di kamar.
Memang benarlah, menteri Umno ni kadang - kadang buat tindakan tak fikir panjang, apa saja yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka akan mereka sekat, tapi makin menteri ni tunjuk kebodohan mereka, makin terbongkar la rahsia penipuan BN selama ni, memang BN tak lama lagi akan tumbang, sebab menteri pun dah hilang akal sekarang.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.