Ahmad Maslan, Dan Hisyam Keris cuba melawak

| comments

Seperti yang telah dijangka, umno akan cuba lepas tangan dan berlagak suci seperti rosmah mansor, parti rasis itu cuba menyalahkan mahasiswa dan pakatan bila timbul isu serangan terhadap khemah mahasiswa di dataran merdeka malam tadi.

Ahmad Maslan yang sedang tidur dirumah banglo besar dan mewahnya, diatas tilam empuk dan penyaman udara yang sangat nyaman, telah bangun dari tidur tanpa satu gigitan nyamuk pun, namun sangat terkejut bila mendapat berita Mahasiswa telah diserang malam tadi, berita tersebut buat Ahmad Maslan tersenyum gembira dan hati rasa berbunga-bunga.

ketika ditemui pemberita , Dengan sinis ahmad maslan berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.

Tapi dia tak pulak kata , umno asyik menyalahkan pakatan rakyat bila ada kes murtat walaupun kuasa jabatan agama dibawah kuasa mereka, bila ada kes samun dan rogol yang kuasa polis ada pada menteri, umno juga kata dan kaitkan pakatan rakyatlah punca orang melayu berpecah ( walaupun puak umno yang suka kacau orang) , sebagai buktinya setiap hari TV dan surat khabar milik umno menyalahkan pakatan rakyat, seolah-olah semua yang pakatan buat itu semua salah dan hanya umno yang betul.

Ahmad maslan juga seperti mahathir yang mudah lupa, lupa pula dia najib banyak cedok idea pakatan rakyat, jadi bila ahmad maslan kata pakatan kering idea, dia yang dah jem otak sebenarnya.

Sementara itu, hisyamuddin keris yang dah lama diam sepi , hari ini berlagak hero kepada samseng kampung kebun, bagi menyelamatkan batang tengkuk panglima buntal, dan umno khasnya dia menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang.

Tanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum.

Ohhhh, "tukanglawan" dapat tangkap apa yang dia cuba sampaikan, dia cuba kata, jika anda dapat sms atau  pesanan dari Tweet atau fb, jangan percaya, itu cerita yang sengaja diada-adakan.

Jangan marah dan melatah, bila student dah kene pukul nanti baru nilai betul atau tidak berita tu, mungkin itu maksud dia.

Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu. kah, kah, kah,

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. dimana seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut, cuma hisyam keris sendiri tidak tahu sama ada kejadian malam tadi  benar atau palsu sebab itu dia kata jangan mudah percaya .

Rupanya Hisyam keris lebih teruk dari Ahmad Maslan, langsung tak tahu apa-apa, menteri dalam negeri, tapi tak tahu apa yang jadi dalam negeri , benda dah jadi lagi mintak orang jangan percaya.

Woi.. nak selamat panglima buntal ke.( nak bukti kan.. nah tengok sini)


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit