Sumber Duit Rosmah Shooping Terdedah,

| comments

Korang nak tahu tak dari sumber mana Najib dan family boleh joli sakan, beli cincin 24 juta, beg tangan jenama termahal, beli baju harga ratus ribu , tido di hotel malah dan sebagainya?

Kalau ikutkan, mana PM mampu, PM tak sama dengan bisnesman, tapi tak tahulah "tukanglawan" jika Rosmah Bisnesman err.. women.. yang pasti dan kita semua tahu rosmah hanyalah Busywomen.... ikut je buntut najib. ( ke najib ikut buntutu Rosmah?) hurrrm...

Banyak-banyak bini PM, inilah bini Pm yang paling pelik, paling banyak keluar TV dan paling dasyat, ( juga seorang penyanyi ) sebelum ni takde lak bini PM macam nei. adoi... wabak.. wabak...

Jom la baca mana najib dapat duit banyak-banyak tu.


Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.

Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.

Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.

Razak Baginda - bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yang menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu - disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.

Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.

Tapi kan, kalau duit banyak tu masuk poket najib, takkan najib nak bagi kot kat rosmah, mesti ade sumber lain, tabung permata ke, tabung (takmo sebut binatang tu) Rosmah ke ( kan menabung dari kecik) tak pon duit rakyat kot.. agaknya la...

Sebab diorang ni kata nak ikut konsep "wasatiah" ( berjimat cermat) yang disarankan islam, tapi nampaknya tak buat pon. adoi... pening malaysia nei.

lantak la tu semua, cuma nak tanya nei, Kerajaan Meniaga ke sampai masuk poket banyak tu, Kaya menteri, rakyat susah mana mereka nak peduli.



Ini satu cerita, cerita tentang ROSMAH






Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit