Menjawab Fitnah terhadap Azmin

| comments

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali Azmin tidak perlu jawab fitnah yang dilemparkan daripada mana-mana pihak kerana ia skrip ulangan yang telah pun dipatahkan melalui laporan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), laporan perubatan dan juga keputusan mahkamah.

Isu fitnah tentang saham RM8.5 juta itu muncul sejak tahun 1995 dan Azmin telah disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atas tuduhan memiliki aset yang tidak setara dengan pendapatannya.
Azmin bagaimanapun terbukti tidak bersalah kerana tiada tindakan susulan daripada siasatan itu.

Penahanan Azmin pada 16 September 1998 untuk siasatan kes Datuk Seri Anwar yang dituduh menghalang siasatan dan melindungi Setiausaha Sulitnya (Azmin) daripada kesalahan pada 1995 juga telah membuktikan bahawa polis gagal menemui sebarang bukti kukuh.

Tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar itu juga telah digugurkan". Perkara ini turut diulas oleh Datuk Shafee Yahaya dalam biografinya “The Shafee Yahaya Story: Estate Boy to ACA Chief” di mukasurat 306 yang menjelaskan bahawa Azmin tidak bersalah.

Fitnah inilah yang diulang oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran,” kata kenyataan Pegawai Khas Azmin, Hilman Idham.

Mengenai tuduhan persoalan anak kandungnya, Azmin berserta isteri Shamsidar Taharin dan anaknya telah membuat ujian DNA dua kali, yang pertama di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998 dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Julai 1998.

Kedua-dua ujian ini dibuat oleh Azmin demi membersihkan fitnah jahat terhadap isteri dan anak beliau biarpun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian oleh Raja Aziz Addruce, peguambela Anwar.

Ujian DNA
Kedua-dua laporan ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan Shamsidar adalah ‘biological parent’ kepada Farah Afifah ".

Laporan daripada hospital di Singapura itu menyebut; “The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).

Laporan DNA yang dibuat di Hospital Kuala Lumpur atas arahan Tan Sri Musa Hassan (Ketika itu Penolong Pesuruhjaya Polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) juga menunjukkan keputusan yang sama,” katanya.

Walau bagaimanapun menurut Hilman keputusan bertulis bagi ujian yang dibuat oleh Dr Zahari Noor dan Dr Dahlia tidak diserahkan kepada Azmin sehingga hari ini.

Namun, keputusan itu dipastikan melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor yang mengesahkan penemuan DNA itu membuktikan Azmin adalah bapa kepada anak tersebut.

Katanya, melalui jalan undang-undang juga, Azmin telah membawa kes ini ke Mahkamah Seksyen Ampang dan pada Jun 2005, Datuk Khalid Jafri didapati bersalah di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memfitnah Azmin dan keluarganya dalam buku ’50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’.

Hakim dalam hujahnya telah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun kepada Khalid atas kesalahan yang sangat serius kerana melibatkan banyak pihak dan kesengsaraan akibat kesan psikologi yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat oleh anak kecil Azmin.

Maka Ummi Hafilda (Ali) , Datuk Dr Hasan Ali atau sesiapapun tidak boleh dipercayai kerana ia adalah skrip fitnah ulangan dan telah dipatahkan melalui laporan perubatan dan juga keputusan Mahkamah. Azmin tidak harus terperangkap dengan permainan politik ini,” kata Hilman Idham.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit