Memaparkan catatan dengan label rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rasuah. Papar semua catatan

PR perintah 4 Negeri tak Ada Rasuh, Zaman BN Ada Tak?

| comments


YB. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana PAS telah berjaya mempertahankan pemerintahan negeri Kedah selama tiga tahun serta sanggup menempuh segala kesusahan dan kepayahan untuk mengelak segala tohmahan dari pihak pembangkang (pembangkang di kedah adalah umno).

Kita berjaya memimpin negeri Kedah selama tiga tahun dengan membuktikan pemerintahan sebuah kerajaan yang bersih tanpa rasuah. Selain itu, negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor juga kita isytiharkan sebagai negeri bersih tanpa rasuah.

“Pemerintahan PAS adalah berdasarkan ajaran Islam, bersih dari amalan rasuah dan tiada pemisah antara agama dan politik kerana Islam mengajar politik sebahagian agama yang ada perhitungan dosa dan pahala.” Katanya semasa Forum Kemasyarakatan sempena Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera dekat Stadium Darulaman.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, manusia tidak boleh menentukan ahli syurga dan neraka kerana yang menentukan hal itu hanya Allah.

Katanya lagi, Nabi Muhammad bukan sahaja mengajar sembahyang, puasa, menunaikan zakat dan haji, malah baginda turut menunjukkan contoh yang terbaik untuk mentadbir negera dengan betul dan adil kerana ada perhitungan dosa dan pahala di akhirat kelak.

Pemerintahan di empat negeri Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya memperkenalkan ajaran Islam dan menjadikan politik sebagai sebahagian daripada ajarannya dalam masa yang sama mengajar orang Islam mengamalkan politik Islam.

“Saya rasa umat Islam sendiri tidak faham dan telah meninggalkan ajaran ini dalam politik sebagai tali yang mengikat ajaran Islam telah dirungkai dan dirombak.

“Apabila dirombak dan dirungkai ajaran berkait hukum dan pemerintahan, orang-orang Islam akan berselerak dan simpulan ajaran Islam ialah sembahyang.

“Hari ini ajaran berkait dengan pemerintah politik Islam diabaikan dan masyarakat Islam jadi hanyut.

“Penjajah sudah lama pergi tetapi orang Islam hilang jati diri dan kekuatan dalam amalan politik yang diamalkan pemimpin Islam dalam negara Islam termasuklah di Malaysia pada hari ini yang masih mengamalkan politik zaman penjajah.

“Kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan fahaman orang Islam kepada politik Islam yang sebenar.” Jelasnya.

Tambah beliau lagi, rakyat kini hanya faham projek-projek dan pembangunan yang perlu dilaksanakan namun ada rakyat yang tidak faham ia adalah adat kepada sesiapa yang memerintah tidak kiralah dari parti komunis sekalipun.

Yahudi Israel juga menyediakan pembangunan dan kemudahan untuk rakyatnya tetapi yang perlu difahami ialah menunaikan amanah kepada rakyat dan menguruskan harta rakyat dengan betul.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

| comments (2)

Assalamualaikum.
PRU 13 semakin hampir.
Nak jelaskan kepada antum,
Apa yang Pakatan Rakyat nak tafsir.

1)Kenapa Parti Islam berpakat dengan DAP, sebuah parti dominasi Cina yang bukan Islam?
Kenapa Parti Islam menolak untuk bekerjasama dengan UMNO, sebuah parti dominasi Melayu beragama Islam?

2)Parti Islam menjawab, dalam fiqh siyasah Islamiyah (Politik Islam), dibenarkan bertahalluf siyasi (kerjasama politik) dengan bukan Islam. UMNO membidas, Parti Islam sudah lari dari landasan perjuangan. Jika demikian UMNO sudah lama menggunakan Tahalluf siyasi dengan MCA dan MIC, komponen bukan Islam dalam BN.

3)Kenapa Parti Islam, apabila dulu membidas UMNO bergabung dengan MCA dan MIC dalam BN, dikatakan haram bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang pula Parti Islam menghalalkan pakatan dengan bukan Islam dalam PR dengan nama tahaluf siyasi? Apakah pada parti lawan dilabel haram, pada parti sendiri dikatakan tahalluf siyasi?

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini beberapa hujah ilmiyah dan logika politik semasa diperlukan.

Seperti yang dijawab oleh beberapa pimpinan Parti Islam, pakatan Parti Islam dalam PR adalah bersaskan tahalluf, bukan berasaskan wala' seperti UMNO dalam BN.

Apa itu pakatan tahalluf? Apa itu gabungan wala'?

4)Tahalluf bererti kerjasama, yang disepakati pada kesamaan tertentu dalam hala tuju parti.
Wala' pula adalah gabungan yang mengorbankan prinsip, asalkan dapat berkuasa, prinsip boleh digadai.

5)Apakah ini label baru yang Parti Islam mereka-reka untuk menghalalkan hubungannya dengan DAP yang bukan Islam? Sedangkan dulu Parti Islam melaungkan 'Haram' bekerjasama dengan parti Kafir, siap dengan ayat-ayat quran sebagai hujah pengharaman mengambil kafir sebagai awliya'. Apakah Parti Islam benar-benar sudah berubah?

6)Tidak, dari segi prinsip dan dasar, Parti Islam terus mengekalkan dasarnya, tanpa berubah. Mereka yang tidak faham antara dasar dan strategi pembawaan pasti akan terkeliru dengan perubahan yang di bawa Parti Islam.

7)Hukum mengambil orang kafir sebagai awliya' adalah haram, dan hukum ini tidak pernah berubah. Memberi maksud, hubungan wala' dengan parti kafir atau orang kafir adalah haram. Gabungan wala' antara UMNO dengan MCA dan MIC tetap haram, kerana UMNO tetap menggadai prinsip partinya demi mengekalkan gabungan BN untuk terus berkuasa.

8) Firman ALLAH dalam al-Qur'an yang bermaksud: "Janganlah mengambil orang-orang yang mukminin orang­-orang yang kafir sebagai awliya' (pemimpin) lebih daripada orang-orang yang beriman. Dan barang siapa, yang berbuat demikian itu maka tidaklah ada dari ALLAH sesuatu juapun. Kecuali bahwa kamu berawas diri dari mereka itu sebenar awas. Dan ALLAH memperingatkan kamu benar-benar akan diri-Nya. Dan kepada Allahlah tujuan kamu." (Surah Ali 'Imran: 28)

9) Hubungan wala' atau awliya' dengan bukan Islam tidak dibenarkan. Akan tetapi kerjasama dalam bentuk tahalus siyasi demi mencapai suatu tujuan maslahah adalah diharuskan. Parti Islam tidak bekerjasama dengan DAP melainkan atas kesepakatan menuntut keadilan diberikan kepada semua rakyat. Inilah titik persamaaan yang ada pada Parti Islam, DAP dan PKR dalam tahalus siyasi. Adapun isu perlaksanaan hudud, negara Islam dan seumpamanya, dibantah keras DAP, dan Parti Islam tidak pernah mengendurkan niat untuk tujuan itu semata-mata kerana tekanan DAP. Ini melambangkan parti-parti ini hanya bekerjasama pada untuk persamaan, dan tidak menggadaikan prinsip parti masing-masing.

10) Sedangkan UMNO-MCA-MIC saling menggadai prinsip demo untuk terus berkuasa. Kadang-kadang kita dapat lihat UMNO tunduk pada ugutan MCA. Kadang-kadang MCA juga terpaksa akur dengan keris UMNO. Gabungan ini dilihat masih wujud kerana berpaksikan kuasa. Jika kuasa terlepas dari mereka, kita akan lihat mereka akan berpecah. Lihat sahaja parti GERAKAN, salah satu rakan dalam gabungan wala' tersebut. GERAKAN tewas teruk dalam PRU12 lalu, bermakna GERAKAN hilang 'kuasa' dalam gabungan BN tersebut. Lihat apa jadi pada GERAKAN, sehingga pengerusinya 'dipaksa' untuk tidak bertanding dalam PRU DUN mahu pun parlimen. Desas-desus mengatakan UMNO menjadi dalang dalam perkara ini. Jika benar, tidak hairan, kerana itulah hasil perkongsian kuasa atas dasar wala'. Siapa kuat akan menindas yang lemah. Siapa yang kuat akan men'demand' pelik-pelik.





11) Tahalluf dalam PR pula tidak seperti wala' dalam BN. Parti Islam walaupun bilangan kerusi yang dimenangi paling sedikit berbanding DAP dan PKR, namun Parti Islam tidak dilihat lemah dam mudah dimanipulasi. Parti Islam juga tidak mengalami 'inferioriti complex' dalam pakatan Rakyat. Lihat pula kejadian lompat-melompat para pengkhianat dari PKR, menyebabkan kerusi PKR merosot, menjadi lebih seidkit daripada DAP. Jika amalan wala' dalam BN terjadi dalam PR, sudah tentu jawatan ketua Pembangkang akan diambil alih oleh DAP - Lim Kit Siang. Dato Seri Anwar akan tersingkir. Akan tetapi PR adalah pakatan tahaluf. Berkongsi dan berpakat dalam hal yang sama, yakni menentang kezaliman dan ketidak adilan yang dilakukan BN. Maka Dato Seri Anwar dari PKR terus menjadi ketua Pembangkang sebulat suara dalam PR.


12) Dalam perspektif ilmiyah seperti yang dianjurkan dalam Islam, ALLAH tidak melarang kita bekerjasama dengan bukan Islam, atas dasar menetang kezaliman. Kerana ALLAH amat tidak menyukai perbuatan zalim dan menzalimi sesama manusia. Tiada satu ayat pun dalam al-Quran, dan tiada sepatah pun sabda Nabi S.A.W yang membenarkan umat Islam berpakat, atau bekerjasama dengan kezaliman, sekalipun kezaliman itudilakukan oleh khalifah Islam.

13) Lihat akhlak tabiin seperti Imam Abu Hanifah, tidak sekali-kali bersama dengan khalifah yang zalim sekalipun khalifah itu beragama Islam, mengucap syahadah dan menjadi imam solat jamaah. Beliau rela dipenjara dan disiksa pemerintah daripada menurutnya.

14) Malah Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud bahawa jangan sekali-kali cenderung kepada kezaliman, kelak api nerakalah selayaknya. Cenderung pun tidak boleh, apatah lagi menyokong, mengundi ataupun bekerjasama dengan pihak yang melakukan kezaliman.

15) Dalam surah al-kahfi ayat 29, ALLAH berfirman : Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. "

16) Ayat tersebut jelas, sesiapa yang mahu beriman, maka berimanlah. Sesiapa yang tidak mahu beriman, silakanlah. Biarlah, itu urusan ALLAH, ALLAH yang akan menentukan nasib mereka yang mahu beriman atau tidak beriman. Tugas kita adalah menyeru dan menyampaikan sahaja.

17) Akan tetapi bab kezaliman, ALLAH tidak pernah berkata 'Jika kamu hendak berlaku adil, maka buatlah adil. Jika kamu hendak berlaku zalim, maka buatlah kezaliman.' Tidak! tidak pernah sama sekali, malah ALLAH mengancam orang-orang zalim dengan azab yang dahsyat. ALLAH menyuruh kita menjauhi daripada berlaku zalim. Nabi S.A.W menyuruh kita menentang kezaliman.

18) Barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangan (kuasa). Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidah (lisan,pena), jika tidak mampu juga, cegahlah dengan hati (menbencinya, menjauhinya). Itu selemah-lemah iman. maka kezaliman adalah satu kemungkaran, yang wajib umat islam mencegahnya. Wajib umat melawannya.

19) Bersepakat dengan orang tidak beriman tidak ada nas yang melarangnya, asalkan bukan pakatan wala' yang merugikan umat Islam. tetapi bersekongkol dengan kezaliman sekalipun kezaliman itu dianuti umat islam, hukumnya haram, dan azab menanti. Jangan sekali-kali cenderung kepada kezaliman, kelak api neraka akan menyambarnya.

20) Maka dalam hal ini, UMNO-MCA-MIC dalam gabungan mereka melakukan kezaliman, wajib ditentang oleh rakyat. Wajib ditentang oleh orang-orang beriman. Harus umat Islam bersama-sama dengan orang bukan Islam untuk menjatuhkan kezaliman yang besar BN. Tidak boleh umat islam bersama UMNO sekalipun UMNO itu terdapat orang Islam, kerana mereka menganut prinsip zalim, menindas dan assobiyyah.

21) DAP dan PKR adalah parti yang memperjuangkan prinsip keadilan. Keadilan yang bagaimana, tidak sepenuhnya diketahui. Akan tetapi bukti-bukti telah mereka tunjukkan, untuk kita sama-sama bertahaluf dengan mereka.



22) Parti Islam sepatutnya berpakat dengan parti-parti yang berlandaskan prinsip Taqwa. Namun dalam negara kita, parti manakah lagi yang mahu menggunakan prinsip Taqwa, yakni berteraskan al-Quran dan as-Sunnah, ijmak dan Qias? Tidak ada. Maka option kedua yang ALLAH kemukakan adalah prinsip adil. Sesiapa atau parti mana yang mahu menggunakan prinsip Adil, kita hendaklah menyokong dan berpakat dengan mereka. Kerana Adil itu ' aqrobu littaqwa '. Adil itu lebih hampir kepada Taqwa.

23) Dalam hal ini, bayang-bayang UMNO untuk berlaku adil tidak sedikitpun kelihatan. Lihat sahaja isu-isu yang dibangkitkan. Terbaru, isu lembu Fidlot, isu Bil perhimpunan Aman. Adakah isu menandakan adilnya UMNO? tidak. mereka menzalimi rakyat. Rakyat diperas harta mereka, sedangkan pemimpin dan kroni UMNO/BN bermewah atas harta rakyat. tidak zalimkah?

24) Maka sesiapa yang cenderung kepada kezaliman, ' fannaru awla bih'. Maka api neraka lebih awla baginya. Maka jahuilah UMNO/BN. Parti islam telah membuat pilihan tepat dengan memilih PR untuk kersama tahaluf dengan DAP dan PKR, selagimana kesepakatannya adalah berprinsipkan keadilan.

"Undilah Pakatan Rakyat,Selamatkan Malaysia.
Jangan benarkan golongan KAPITALIS dan BANGSAWAN itu terus memijak kepala RAKYAT dan berbuat sesuka hati."

" Your IGNORANCE is their POWER ! "


-AAAA

Wanita Bangkit Menentang Rasuah

| comments

Jalan-jalan sekitar Petaling Jaya, Selangor hari ini menyaksikan gelombang ungu apabila kira-kira 4,000 sebahagian besar mereka wanita berarak dari dua lokasi berbeza dalam usaha  menuntut untuk kerajaan bebas rasuah dan bersih tadbir urus yang bersih.

women's day rally 180312Sambil berpakaian ungu dan sarung tangan putih, mereka berkumpul di dua tempat berasingan - tasik Taman Jaya dan Masjid Tun Abdul Aziz di Seksyen 14 pada jam 2 petang tadi, meskipun hujan gerimis.

Dengan melaungkan slogan seperti "Hidup, Hidup, Hidup wanita” dan “Tolak, tolak, tolak rasuah" mereka juga membawa sepanduk, kain rentang dan poster yang bertemakan anti rasuah dan anti diskriminasi terhadap wanita.
Mereka kemudiannya membanjiri Padang Astaka, Petaling Jaya bagi menghadiri Himpunan Wanita Suara Perubahan.
Himpunan yang bermula pada pukul 3.15 itu dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Antara mereka, exco kanan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf.
superwomen rally 180312 15Selain pimpinan Pakatan, turut mencuri tumpuan pada perhimpunan itu ialah 20 orang wakil Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung.

Ketika berarak, peserta melaungkan 'Wanita mahukan perubahan', 'Hentikan rasuah' sambil membawa sepanduk seperti 'Keganasan terhadap wanita siapa peduli' dan 'Negara maju kami miskin'.

Himpunan anjuran gabungan 15 NGO ini juga turut diserikan lagi dengan acara tarian oleh jawatankuasa Wanita Suara Perubahan dan paluan gendang daripada kumpulan KL Street Drummers.

Selain itu, exco kebajikan, hal ehwal wanita, sains teknologi dan inovasi, Rodziah Ismail ketika berucap menyeru agar perubahan pentadbiran dilakukan bukan sahaja di Selangor malah di seluruh Malaysia.
Tukar kerajaan

Sambil mendapat sokongan gemuruh, Rodziah juga berkata, semua wanita perlu bekerja kuat dan turun padang bagi memastikan kerajaan akan datang adalah sebuah kerajaan yang bersih.

superwomen rally 180312 nurul"Kita perlu lakukan perubahan dengan memastikan kerajaan yang bersih. Kita juga perlu bersihkan BN.

"Sebagai wanita bukan sahaja perlu pastikan perubahan ini boleh dilakukan tetapi berjanji akan pastikan kerajaan juga ditukar," katanya yang juga merupakan ADUN Batu Tiga.

Bagi wakil masyarakat kaum Orang Asli, Fatimah Bahsin pula  berkata, beliau mahu kerajaan memberi jaminan akan melindung hak tanah adat mereka dan tidak menindas wanita Orang Asli.

Fatimah berkata, penindasan terhadap wanita Orang Asli perlu dihentikan kerana jelasnya, golongan itu juga mampu melaksanakan kerja mereka dengan bagus.

womans day rally"Jangan singkirkan Orang Asli. Wanita Orang Asli sebelum ini dibuli kerana tidak berpendidikan. Kita juga mampu buat kerja bagus dan kami minta beri gaji berpatutan kepada kami.

"Kerajaan juga perlu bagi tanah kepada kami kerana itulah mata pencarian Orang Asli," katanya sambil mendapat tepukan daripada peserta himpunan.

Sementara itu, Jawatankuasa Wanita Suara Perubahan, Adriene Leong berkata, himpunan hari ini berjaya mencapai sasaran, Malah, katanya, beliau tidak menyangka peserta yang hadir akan mencecah ribuan orang.
Keluar mengundi

Menurut Adriene yang juga merupakan ahli Empower, matlamat utama himpunan ini adalah bagi menuntut kerajaan yang bersih tidak kira dari parti mana yang bakal memimpin negara.

superwomen rally 180312 13"Kita juga sebenarnya menjemput semua ADUN dan ahli parlimen untuk hadir pada himpunan hari ini. Sesiapa pun sebenarnya boleh hadir tidak hanya sebelah pihak sahaja.

"Dan kita bukan mahu ubah kerajaan tetapi tidak kira siapa yang menjadi kerajaan, mereka perlu bersih," katanya.

Menurut Adriene lagi, himpunan ini juga merupakan antara cara bagi menggesa wanita supaya keluar mengundi pada pilihan raya umum serta menjadikan isu wanita sebagai isu negara.

"Tidak kira dari parti mana, isu wanita perlu diletakkan sebagai isu negara dan kemungkinan juga, pada Hari Wanita tahun hadapan, kita akan buat lagi himpunan seperti ini," ujarnya.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

BR1M adakah gula-gula sebelum PRU ke 13????

| comments


Bantuan Rasuah 1Malaysia  mungkin lebih tepat digunakan sebagai nama rasmi BR1M kerana ia diberi secara terang-terangan  usaha Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk meraih undi pada PRU ke 13.Ini  amat jelas kerana ketika Inflasi yang berlaku sekarang, BN sengaja memberi wang BR1M tanpa memikir hutang negara yang melimpah ruah...

Rakyat haru ingat pemberian ini bukan lah terus-menerus.Ia cuma sekali seumur hidup.Ia cuma bagaikan gula-gula yang ditabur sebelum pilihanraya untuk mengaut undi.Bagi saya,pemberian ini cuma untuk membuka mata para pengundi atas pagar supaya memilih BN  pada pilihanraya kelak.Ia juga sebagai satu pemberian memabukkan setelah rakyat yang tidak berkemampuan dapat melupakan kesusahan yang yang mereka hadapi sebelum ini sementara.

Kemungkinan ada rakyat yang terpengaruh dengan pemberian wang ini,tetapi kita boleh menilai sendiri apa muslihat kerajaan BN atas pemberian ini.Ketika pemberian itu, TPM Muhyidin dengan bangganya mengeluar kenyataan kerajaan telah mengeluarkan dana sebanyak RM4 billion dan menyatakan nilai ini adalah sangat besar.Padahal sudah banyak harta dan wang rakyat yang telah dikaut oleh segelintir pemimpin BN dalam projek MEGA atas alasan pembangunan.Sebagai contoh hak royalti kelantan setiap tahun, kemana duit royalti ini  disalurkan kalau tidak ke poket segelintir pemimpin BN.Menurut islam, keuntungan minyak perlu diberi kepada rakyat itu sendiri,petronas hanya mengambil pembayaran kos menggali,mencari ,penyelidikan dan pembangunan.Sepatutnya keuntungan bersih perlu dibayar kepada rakyat itu sendiri.

Saya mencadangkan jika benar kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat, pemberian BR1M harus diberi tiap-tiap tahun seperti yang dicadangkan oleh DAP. Atau menggunakan dana tersebut menaikkan subsidi barang keperluan rakyat sebagai contoh beras.Ini lebih membantu semua rakyat.

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu". [HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad] 

Kolumnis:Mulut Kecoh

BR1M itu duit rakyat, jom kita sapu

| comments


Sana sini situ sinun umno anak buah kesayangan apcosibuk tabur gula-gula pilihanraya ( sebut rasuah pilihanraya), biasalah bila umnoapco tengah nazak apa pun sanggup dilakukan semata-mata untuk mintak nyawa tambahan.

Bukan main lagi takburnya pemimpin besar umnoapco bila terasa duit yang dikeluarkan itu adalah duit mereka, kembang-kempes hidung pemimpin umno itu beri sumbangan wang bantuan rakyat 1malaysia (BR1M) pada ramai orang.

Lebih malang lagi penyokong tegar umnoapco pula mendabik dada, dicanang sekeliling kampung dan kalau boleh saja mereka pinjam microphone surau buat penguguman betapa umno ini cukup perihatin kepada masalah rakyat. kah.. kah.. kah...

Lebih kesian lagi bila media kaki putar dan kaki tipu mulakan promosi hebat, kata mereka umnoapco ini bagus, tolong orang, kah.. kah. kah.. kah.

Sudah-sudahlah wahai umnoapco, jawab dulu duit sapa yang korang tabur jadi rasuah pilihanraya tu? duit tabung rosmah ke?.. kah.. kah.. kah.

Punya la pandai si umnoapco yang jadi ketua Barisan Nasional yang dah nak tumbang tak berapa lama lagi tu menipu, dan ramai la mangsa yang tertipu. lebih malang ada yang pengsan kerana nakkan duit BR1M ni ( sebut Bagi Rasuah 1Malaysia)

"Umno jangan "perasan" Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M - Bagi Rasuah 1Malaysia) RM500 tu duit Umno, wang tersebut adalah wang rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan, namun  kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian dari poket Umno BN sendiri" kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad pada wawancara bersama harakah daily.

Kah..kah.. kah.. beri bantuan untuk rakyat tu memag la baik, tapi macam biasa la, umnoapco nei baik dan perihatin kononnya bila nak pilihanraya je, lepas pilihanraya umno sapu lagi duit rakyat, naik lagi harga minya, naik lagi harga gula, susu dan tepung, kalau boleh udara kita bernafas pun nak dikenakan cukai, sudahlah, jangan tertipu lagi oleh taktik jahat umnoapco nei .

Kali ini kita tipu umno dulu sebelum dia tipu kita. semua rakyat yang layak wajib ambil duit tu, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno, kita ambil dan buat muka macam orang umno, nanti pilihanraya kita jangan bagi undi pada umno, sebab kalau kita bagi lagi kuasa pada umno RM500 yang kita ambil tu dia anggap hutang, dia mintak kita bayar balik dengan naikkan harga barang lagi.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit