BR1M adakah gula-gula sebelum PRU ke 13????

| comments


Bantuan Rasuah 1Malaysia  mungkin lebih tepat digunakan sebagai nama rasmi BR1M kerana ia diberi secara terang-terangan  usaha Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk meraih undi pada PRU ke 13.Ini  amat jelas kerana ketika Inflasi yang berlaku sekarang, BN sengaja memberi wang BR1M tanpa memikir hutang negara yang melimpah ruah...

Rakyat haru ingat pemberian ini bukan lah terus-menerus.Ia cuma sekali seumur hidup.Ia cuma bagaikan gula-gula yang ditabur sebelum pilihanraya untuk mengaut undi.Bagi saya,pemberian ini cuma untuk membuka mata para pengundi atas pagar supaya memilih BN  pada pilihanraya kelak.Ia juga sebagai satu pemberian memabukkan setelah rakyat yang tidak berkemampuan dapat melupakan kesusahan yang yang mereka hadapi sebelum ini sementara.

Kemungkinan ada rakyat yang terpengaruh dengan pemberian wang ini,tetapi kita boleh menilai sendiri apa muslihat kerajaan BN atas pemberian ini.Ketika pemberian itu, TPM Muhyidin dengan bangganya mengeluar kenyataan kerajaan telah mengeluarkan dana sebanyak RM4 billion dan menyatakan nilai ini adalah sangat besar.Padahal sudah banyak harta dan wang rakyat yang telah dikaut oleh segelintir pemimpin BN dalam projek MEGA atas alasan pembangunan.Sebagai contoh hak royalti kelantan setiap tahun, kemana duit royalti ini  disalurkan kalau tidak ke poket segelintir pemimpin BN.Menurut islam, keuntungan minyak perlu diberi kepada rakyat itu sendiri,petronas hanya mengambil pembayaran kos menggali,mencari ,penyelidikan dan pembangunan.Sepatutnya keuntungan bersih perlu dibayar kepada rakyat itu sendiri.

Saya mencadangkan jika benar kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat, pemberian BR1M harus diberi tiap-tiap tahun seperti yang dicadangkan oleh DAP. Atau menggunakan dana tersebut menaikkan subsidi barang keperluan rakyat sebagai contoh beras.Ini lebih membantu semua rakyat.

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu". [HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad] 

Kolumnis:Mulut Kecoh

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit