Pemansuhan ISA: Realiti Atau Fantasi

| comments

Mungkin tepukan diberikan terlalu cepat, apabila Najib Razak mengumumkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu kenyataan "berani" yang disifatkan sebagai "the most revolutionary statement daripada seorang Perdana Menteri".  Pakar perlembagaan, mahupun peguam lebih berwaspada terhadap pengumuman ini, mengingatkan dua undang-undang baru "di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan" akan digubal sebagai pengganti kepada ISA.

Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh: "Apakah benar ISA dimansuh dan bilakah tempoh akan dimansuhkan ? Kita tentang ISA sebab peruntukan tahanan tanpa bicara. Tetapi jika dibentuk dua lagi undang-undang yang juga mempunyai peruntukan tahan tanpa bicara, kita anggap perjuangan kita belum selesai. "

Adakah ia menjadi satu kejayaan besar Gerakan Mansuh ISA(GMI)??walaupun langkah PM memansuhkan ISA tetapi kenapa perlunya dua akta yang yang mirip seperti Patriot Act di USA dan Anti Terrorism Act di UK. Ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi oleh masyarakat.Bagi saya, kedua-dua akta ini tidak sesuai dijalankan di negara ini.Ini kerana situasi yang berlaku di US dan UK jauh lebih berbeza daripada Malaysia.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham),Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, jika kerajaan ingin juga meniru kedua-dua akta tersebut, seharusnya kerajaan juga mesti memperkenalkan undang-undang yang boleh mengimbangi sifat arbitrari kedua-dua akta itu dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat. 

Sekiranya undang-undang yang digubal oleh kerajaan tidak mengaplikasikan prinsip-prinsip hak asasi manusia, tiada guna menghapuskan ISA dan menggantikan dua akta yang bersifat opresif.Ini dibaratkan seperti “Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau”. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula, katanya, mendedahkan bahawa dua akta baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan itu adalah berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom.

Patriot Act di Amerika dijalankan selepas kejadian 11 September. Akta ini dijalankan berasaskan akta anti pengganas. Akta ini telah memberikan lebih kuasa kepada agensi penguatkuasa undang-undang untuk menyiasat rekod panggilan telefon, emel, perubatan, kewangan dan mengurangkan halangan undang-undang kepada agensi berkenaan untuk menjalankan aktiviti risikan khususnya ke atas warga dan entiti asing. Tetapi akta ini telah mendapat tentangan yang hebat daripada pertubuhan hak asasi manusia disebabkan sifat akta itu yang zalim khususnya penahanan tanpa had masa ke atas suspek, kuasa menggeledah sesebuah premis tanpa kehadiran atau pengetahuan pemilik dan kuasa untuk memintas komunikasi telefon, emel atau rekod kewangan tanpa waran mahkamah.

Mengapa kerajaan tidak mengambil langkah untuk terus menghapuskan Perkara 149 serta-merta. Perkara 149 dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan parlimen untuk menggubal undang-undang yang bertentangan dengan artikel-artikel di mana hak asasi seseorang warganegara dijamin, pada Bahagian Kedua dalam perlembagaan.  "Artikel 5, Artikel 9, Artikel 10 memberi anda hak asasi, tetapi Perkara 149 boleh menghapuskannya sekaligus.

Kolumnis: Mulut Kecoh




Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit