Isa Samad Hina Peneroka Felda ( video)

| comments


Isa Samad mungkin sakit otak hari ini, selesai beri taklimat dia membuka rauang untuk ramai orang bertanyakan soalan, namun agaknya susah benar Isa Samad mahu menjawab solan yang dikemukan, maka jalan terbaik adalah menghalau individu yang bertanyakan soalan tersebut.

Sesi taklimat yang diadakan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Kuala Lumpur, menjadi gempar kerana tindakan Isa Samad menghalau R Sanggam yang berasal dari Felda Sendayan.

Beliau menyoal pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berhubung jaminan kepada pemegang saham mengenai dividen mereka.

"Saya mahu jaminan dividen kami apabila Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan. Isa beritahu saya Perdana Menteri beri jaminan. Saya beritahunya PM tidak akan jadi PM selama-lamanya.

"Kemudian Isa berkata jika saya tidak percaya kepada PM, saya harus tinggalkan dewan. Saya beritahunya, saya sudah berada di Felda selama 50 tahun, tetapi awak hanya masuk Felda selama dua tahun dan dakwat pada ibu jari awak pun masih basah. Awak yang patut tinggalkan dewan,” kata R Sanggam

Jom lihat Video dibawah.


Apakah soalan yang dikemukan R Sanggam itu salah, sebagai peneroka sudah tentulah beliau mahukan jaminan bahawa tindakan yang akan dibuat itu tidak akan merugikannya.

Dan apakah salah beliau tidak mempercayai jaminan yang diberikan PM, sedangkan benarlah kata beliau PM boleh jadi siapa sahaja, PM tidak selamanya akan menjadi PM.

Isa Samad mungkin tertekan dan menunjukkan kebodohannya, mungkin kerana itulah sebab ramai tidak mahukan Isa Samad yang pernah terpalit skandal rasuah wang dalam pemilihan Umno itu menjadi pengerusi Felda.

KPF hari ini mengadakan taklimat untuk ahli-ahlinya bagi menjelaskan kesan penyenaraian FGVH, setelah mesyuarat agung perwakilan khasnya terpaksa dibatalkan berikutan perintah injunksi Mahkamah Tinggi Kuantan yang melarangnya daripada membincangkan penyenaraian berkenaan.

Seramai 1,200 perwakilan KPF sepatutnya mengundi cadangan penjualan 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings Bhd dan di 10 subsidiari yang membabitkan FGVH pada mesyuarat yang dijadualkan hari ini.

Sekiranya, cadangan itu diluluskan, KPF akan memindahkan aset perniagaannya kepada FGVH.




Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit