Memaparkan catatan dengan label parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label parlimen. Papar semua catatan

Perang Besar Di Parlimen Semalam, Berakhir Happy Ending.

| comments

Kes pegawai kastam shooping sakan semalam mencetus perang besar di parlimen semalam.

Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan jawapan dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta.

Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.

Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.

Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit.

Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu?

Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis?

Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum.

Awang Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya.

Ini menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah tindakan Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh! kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!".

Timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas hati.

Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan.

Azan pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya.

Pada ketika ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan "secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil.

Ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis selesai.

Pada masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri itu.

Chong Eng: Aiya, apa ini!

Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu.

Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran

Awang: Saya demam...

Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Isu 3 Billion, Terdiam Semua Ahli Parlimen Umno

| comments

Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di parlimen sebentar tadi, Anwar Ibrahim diganggu oleh suara-suara dari beberapa MP Barisan Nasional dengan jeritan "RM3 bilion, RM3 bilion!

Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen.

Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua,” cabar Anwar.

Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut.

Nampak tak betapa pemimpin dan ahli umno ni hanya pandai sebar fitnah dan mereka-reka cerita untuk memburukkan Anwar, tapi bila dicabar depan-depan tak pulak berani bukak mulut.

Isu 3 Billion ini sengaja dibangkitkan untuk memburuk-burukkan Anwar Ibrahim, padahal isu ini sudah ditutup pada 2009 oleh BPR ( SPRM kini) sendiri,tuduhan itu tidak berasas berdasarkan pengakuan bersumpah bekas pengarah siasatan badan itu, Abdul Razak Idrus (gambar bawah).



Jelaslah bahawa puak-puak umno ini tidak punya asas dalam menuduh, apa yang mereka mahu lakukan ialah semata-mata menyebar fitnah. mari lihat video dibawah.






 Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

(Video Panas) Azmin Ali Buat Menteri Luar Terkucil Dalam Parlimen

| comments

Dasar Umno, bodoh tak boleh diajar, sudah terang lagi bersuluh, akibat mahu tegakkan benang basah, akhirnya menteri Luar Anifah Aman terkucil dikerjakan Azmin Ali.

Memang layaklah menteri ini diperlaku begitu rupa, bagaimana seorang menteri boleh berkelakuan begitu, menipu tidak kira tempat, hatta di dalam dewan rakyat sekali pun.


Lihat Video dibawah


Hanifah Aman cuba menipu sidang Dewan Rakyat dengan membacakan separuh sahaja ayat dari petikan wawancara Anwar berkaitan isu Israel dalam Asian Wall Street Journal : “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).

Namun Secara sengaja telah menyembunyikan sambungan ayat berkenaan yang berbunyi“a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) (baca kenyataan penuh Anwar disini)

Hanifa Aman, mahu menjadi hero bagi orang umno, terlupakah dia umnoapco Barisan Nasional sendiri mahu meredakan isu israel yang membawa kepada pembongkaran hubungan dagang antara kerajaan Malaysia dengan Israel.

Sila lihat Video kapal Israel berlabuh di westport Kelang untuk berdagang


Dan video ini yang diambil 2 tahun kemudian


Jadi siapa yang hipokrit sekarang, Menteri tersebut cuba menipu sidang dewan, dalam masa yang sama juga media diperkuda untuk terus menipu rakyat. mungkin menteri itu sudah terlupa kerajaan malaysia guna khidmat penasihat bernama APCO, sebuah syarikat milik yahudi.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Pilihanraya 11 Mac? - sumber maklumat dalaman umno

| comments

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat Hatta Ramli berkata parti-parti politik di Malaysia sekarang sekadar tinggal 50 hari untuk bersedia menghadapi pilihanraya.
Tambah beliau lagi "Berdasarkan maklumat dalaman dari Umno, Najib akan membubarkan Parlimen pada Februari. dan kita hanya mempunyai dua minggu tempoh berkempen sebelum membuang undi pada 11 Mac."

Dakwaan Hatta diperkukuhkan lagi dengan hakikat bahawa cuti sekolah panjang yang pertama bagi 2012 adalah dari 10 hingga 18 Mac.

Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara.

"Oleh itu kita hanya mempunyai 50 hari lagi untuk bekerja. Tidak banyak masa yang tinggal untuk kita duduk dan berehat," Ahli Parliman Kuala Krai itu memberitahu orang ramai 500 hadirin semasa majlis perasmian Operasi Pilihanraya PAS Lenggeng.

Namun dalam keadaan berita hangat tentang kerakusan rosmah berbelanja besar didedahkan media antarabangsa baru-baru ini serta tekanan terhadap skandal NFC, mungkin najib terpaksa melewatkan lagi tarikh pembuangan undi,

Tapi dengan projek gula-gula yang giat ditaburkan oleh umnoapco sekarang, ditambah pula dengan pelbagai peristiwa termasuk sabotaj pemungutan sampah untuk memburukkan pentadbiran kerajaan selangor, serangan media terhadap Anwar Ibrahim serta usaha media tempatan menonjolkan imej yang bagus terhadap  badan kehakiman,s emua itu tidak mustahil.

Mungkin dalam masa terdekat parlimen akan dibubarkan dan tidak lama lagi pilihanraya akan berlangsung,

Walaupun hanya rosmah, najib dan bomohnya yang tahu bila pilihanraya akan diadakan, kita tidak harus leka,  lupakah kita mereka sedang berkempen saban hari melalui media masa. sepatutnya pendokong pakatan rakyat saat ini telah siap siaga.


BERSIH 3.0 - Lonceng telah berbunyi

| comments

Nampaknya lonceng telah dibunyikan, rakyat yang cintakan demokrasi dan mahukan sistem pilihanraya yang telus dan adil sudah perlu bersedia dari segi mental dan fizikal bermula dari sekarang.

"BERSIH 3.0 perlu digerakkan segera", begitulah amanat Mursidul AM PAS, Tuan Guru Datok Nik Aziz Nik Mat yang menyeru supaya BERSIH 3.0 di gerakkan bagi memastikan Pilihanraya Umum ke-13 akan datang dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih.

Tuan Guru membidas  tindakan Kerajaan Umno/BN yang di terajui Perdana Menteri, Najib Razak menggunakan taktik melengah-lengahkan 8 tuntutan BERSIH 2.0 menerusi Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).


Ia satu usaha yang dipertikaikan keikhlasannya.Ini tidak lebih dari usaha pengalih perhatian umum dari menyerang SPR. Ia satu taktik supaya rakyat lupa lapan tuntutan BERSIH 2.0.” katanya lagi

Benarlah apa yang dikatakan oleh Tuan Guru itu, "tukanglawan" sangat setuju, berapa ramaikah antara kita yang masih ingat kepada tuntutan kita tempoh hari, betapa kita sedari SPR dan banyak lagi agensi kerajaan digunakan untuk memenangkan umnoapco barisan nasional. tetapi hari ini 8 tuntutan kita di diamkan.

Ketakutan pihak kerajaan pasca BERSIH 2.0 dahulu sangat jelas terlihat, bagaimana kita lihat mereka memperkuda anggota polis, jelas terlihat kerisauan SPR sehingga parlimen Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil dapat dijalankan.




 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit