Memaparkan catatan dengan label Perarakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perarakan. Papar semua catatan

BERSIH 3.0 - Lonceng telah berbunyi

| comments

Nampaknya lonceng telah dibunyikan, rakyat yang cintakan demokrasi dan mahukan sistem pilihanraya yang telus dan adil sudah perlu bersedia dari segi mental dan fizikal bermula dari sekarang.

"BERSIH 3.0 perlu digerakkan segera", begitulah amanat Mursidul AM PAS, Tuan Guru Datok Nik Aziz Nik Mat yang menyeru supaya BERSIH 3.0 di gerakkan bagi memastikan Pilihanraya Umum ke-13 akan datang dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih.

Tuan Guru membidas  tindakan Kerajaan Umno/BN yang di terajui Perdana Menteri, Najib Razak menggunakan taktik melengah-lengahkan 8 tuntutan BERSIH 2.0 menerusi Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).


Ia satu usaha yang dipertikaikan keikhlasannya.Ini tidak lebih dari usaha pengalih perhatian umum dari menyerang SPR. Ia satu taktik supaya rakyat lupa lapan tuntutan BERSIH 2.0.” katanya lagi

Benarlah apa yang dikatakan oleh Tuan Guru itu, "tukanglawan" sangat setuju, berapa ramaikah antara kita yang masih ingat kepada tuntutan kita tempoh hari, betapa kita sedari SPR dan banyak lagi agensi kerajaan digunakan untuk memenangkan umnoapco barisan nasional. tetapi hari ini 8 tuntutan kita di diamkan.

Ketakutan pihak kerajaan pasca BERSIH 2.0 dahulu sangat jelas terlihat, bagaimana kita lihat mereka memperkuda anggota polis, jelas terlihat kerisauan SPR sehingga parlimen Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil dapat dijalankan.




Fauziah Ulas Lynas,

| comments



KUALA LUMPUR: 20 mei 2011  meskipun dalam keadaan cuaca yang berubah dari panas terik kepada hujan, namun ia tidak menghalang kira-kira 500 peserta dari pelbagai lapisan umur dan bangsa untuk berhimpun bagi membantah projek tersebut.
Bermula dari masjid As Syakirin KLCC, kumpulan tersebut menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan berhimpun di persimpangan Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.
Perarakan itu anjuran People’s Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas bersama pimpinan parti Pakatan Rakyat dari KEADILAN, Pas, DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengulangi persoalan mengapa Lynas Corporation tidak membina pusat pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Australia, sebaliknya dibina di Gebeng Kuantan.
Beliau berkata demikian selepas perarakan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia,
Ketika ditemui para pemberita, Fuziah berkata, Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi loji ini kerana undang-undang Australia ketat dalam penjagaan alam sekitarnya.
“Lynas mendapat lesen di Australia tetapi mereka tidak memilih untuk membuka kilang di sana kerana peraturan yang ketat dalam aspek menjaga alam sekitar.
“Ada 41 komitmen yang perlu dijaga dengan pelbagai aspek melalui agensi Lembaga Pemuliharaan Alam Sekitar (EPA).
“Di Malaysia badan pengawalnya ialah Agensi Tenaga Atom Kebangsaan (AELB) yang hanya memikirkan kesan radiasi dan tahap radioaktif. Namun, AELB tidak dapat berfungsi seperti EPA kerana sekatan perundangan dan penguatkuasaan yang lemah dari Kerajaan Malaysia sendiri,” tegas Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Justeru itu beliau menyatakan tindakan Lynas itu jelas bertujuan untuk memanipulasi undang-undang alam sekitar di Malaysia yang longgar.
“Di Australia, zon penampannya (Buffer Zone) ada dalam radius 30 km, dan tak boleh ada penduduk. Di Gebeng ada 70 ribu penduduk dalam radius 30 km itu. Kami bimbang Lynas mengambil kesempatan dengan undang-undang Malaysia,” jelasnya.
Fuziah menambah, tidak ada kilang yang menjadi rujukan bagi pembinaan loji tersebut, justeru kerajaan Malaysia tidak boleh membuat sebarang keputusan untuk membenarkan industri yang bakal mengundang bencana.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong berkata, kerajaan Selangor tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kilang pemprosesan bahan radioaktif.
“Kita tidak akan membenarkan sebarang industri yang mencemar alam sekitar,” katanya yang turut serta dalam perarakan di lokasi perhimpunan tersebut.


Penduduk bukan ‘Tikus Makmal’


Sebanyak enam trak polis lengkap dengan meriam air dan dua trak dari Pasukan Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan, namun tidak ada sebarang tangkapan dilakukan.
Setibanya di lokasi berhampiran Kedutaan Australia, peserta perarakan melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’, ‘Bantah Lynas’ dan ‘Kami bukan tikus makmal’ manakala, pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO bergilir-gilir memberikan ucapan.
Pelbagai slogan bantahan tertera pada kain pemidang yang direntangkan, sementara pengguna kenderaan di Jalan Ampang turut membunyikan hon tanda sokongan.
Selepas menunggu lebih sejam, enam wakil yang diketuai Fuziah sendiri berjaya menemui Pemangku Timbalan Duta Besar Australia, Arthur Spyrou.
Dengan merujuk kepada pengalaman di Bukit Merah, Perak kandungan memorandum tersebut menjelaskan bahawa penduduk di pinggir bandar Ipoh itu masih trauma dengan kesan Thorium yang berterusan sehingga ke hari ini.
“Lynas akan memproses nadir bumi yang mana terdiri dari Thorium. Sementara mineral Thorium tersebut merupakan bahan radioaktif.
“Australia sendiri menyatakan bahawa bahan tersebut adalah berbahaya, maka keprihatinan kami bahawa di sini kami masih belum bersedia untuk ‘bereksperimen’ dengan kesihatan nasib masa depan generasi di Malaysia,” jelas memorandum tersebut.


@TUKANGLAWAN Terfikir, apa akan jadi pada penduduk kuantan selepas ini, bagaimana jika mereka menghidap barah, atau penyakit kronik lain gara-gara pencemaran bahan radioaktif ini....

Perarakan bantah projek Lynas

| comments





KUALA LUMPUR 20 mei 2011: Kira-kira 500 orang berhimpun di depan kedutaan Australia bagi membantah projek pusat pembinaan pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Mereka bergerak dari masjid As Syakirin KLCC menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat tadi.
Perarakan itu anjuran People’s Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas.
Mereka mengiringi enam wakil menghantar memorandum bantahan berhubung sisa radioaktif yang dihasilkan projek berkenaan.
Peserta perhimpunan turut melaungkan slogan ‘Hancur Lynas, Hidup Rakyat’ ketika tiba di kedutaan itu.
Jurucakap bagi NGO itu Vincent Chiam, berkata, mereka mendesak Lynas menamatkan operasi pembinaan projek nadir bumi itu sebelum 31 Ogos ini, sempena hari kemerdekaan yang jatuh pada tarikh tersebut.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir menyatakan sokongan ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvam.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan dan Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri turut menyertai perhimpunan berkenaan.
Sebanyak enam trak polis lengkap dengan water canon dan dua trak dari Pasukan Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan namun tidak ada  sebarang tangkapan dilakukan.

Jom Turun perarakan membantah Projek Lynas

| comments

KUALA LUMPUR,- Satu perarakan bagi Membantah Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan diadakan pada hari Jumaat 20 Mei 2011 . Perarakan akan bermula sekitar jam 2 petang dari KLCC hingga ke Kedutaan Australia. Penganjur memaklumkan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Kumpulan Pencinta Alam akan menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia. Memetik kenyataan Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar Kuantan: Pahang Don’t Need Hazardous di laman facebook, mereka menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama serta status sosial untuk turun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan. Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan Pantai Teluk Chempedak. Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan UMNO Barisan Nasional masih membisu.
Projek Lynas yang dijangka memulakan operasinya September ini terus dibantah oleh rakyat dalam apa jua cara sekali pun. Sementara itu pemimpin UMNO BN terus memperbodohkan rakyat dengan alasan-alasan dangkal yang jelas tidak dapat masuk dek akal. Mereka sebenarnya cuba mempertahankan sesuatu yang amat ditakuti oleh rakyat. Ini semua kerana "ada undang di sebalik mee" yang telah memerangkap diri mereka untuk terus menutup sebelah mata tentang isu ini. 
Khabarnya lebih 10 buah bas akan membawa warga Kuantan untuk sama-sama berarak hari esok. Pastikan laungan "Hidup Rakyat, Stop Lynas, Selamatkan Malaysia" terus bergema di ibu negara nanti

@TUKANGLAWAN kesal apabila kerajaan pusat sekarang terus menidakkan suara rakyat hanya kerana mahu aliran terus wang kepoket mereka,Banyak badan-badan NGO seperti pencinta alam sudah memberi sebab dan alasan betapa bahayanya jika projek ini diteruskan, tukanglawan fikir sudah sampai masanya rakyat menolak kerajaan sombong seperti yang ada sekarang.
.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit