Jom Turun perarakan membantah Projek Lynas

| comments

KUALA LUMPUR,- Satu perarakan bagi Membantah Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan diadakan pada hari Jumaat 20 Mei 2011 . Perarakan akan bermula sekitar jam 2 petang dari KLCC hingga ke Kedutaan Australia. Penganjur memaklumkan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Kumpulan Pencinta Alam akan menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia. Memetik kenyataan Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar Kuantan: Pahang Don’t Need Hazardous di laman facebook, mereka menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama serta status sosial untuk turun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan. Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan Pantai Teluk Chempedak. Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan UMNO Barisan Nasional masih membisu.
Projek Lynas yang dijangka memulakan operasinya September ini terus dibantah oleh rakyat dalam apa jua cara sekali pun. Sementara itu pemimpin UMNO BN terus memperbodohkan rakyat dengan alasan-alasan dangkal yang jelas tidak dapat masuk dek akal. Mereka sebenarnya cuba mempertahankan sesuatu yang amat ditakuti oleh rakyat. Ini semua kerana "ada undang di sebalik mee" yang telah memerangkap diri mereka untuk terus menutup sebelah mata tentang isu ini. 
Khabarnya lebih 10 buah bas akan membawa warga Kuantan untuk sama-sama berarak hari esok. Pastikan laungan "Hidup Rakyat, Stop Lynas, Selamatkan Malaysia" terus bergema di ibu negara nanti

@TUKANGLAWAN kesal apabila kerajaan pusat sekarang terus menidakkan suara rakyat hanya kerana mahu aliran terus wang kepoket mereka,Banyak badan-badan NGO seperti pencinta alam sudah memberi sebab dan alasan betapa bahayanya jika projek ini diteruskan, tukanglawan fikir sudah sampai masanya rakyat menolak kerajaan sombong seperti yang ada sekarang.
.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit