Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri menyegerakan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kata Ketua pembangkang itu najib nazak tidak perlu berdolak dalik kononnya mahu menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji isu pemberian royalti itu
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan najib bahawa
Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas menetapkan Kerajaan Pusat perlu membayar royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak.
"tukanglawan" rasa najib nak bincang-bincang dulu nei taktik nak raih undi je ni,
royalti apa yang nak diberi?, sedangkan rakyat terengganu yang ada loji proses minyak besar pun hanya dapat "wang ehsan" tak pernah dapat "royalti" pun.
Hanya orang bodoh dan bangang saja tak tahu beza "royalti" dan wang ehsan, ....
Beza Royalti dan wang ehsan senang, ,,, royalti ialah imbuhan yang kena bagi sebab orang tu berhak.. contoh komposer lagu baru tadikan yang bertajuk "janji dicapati" tu... dia harus dapat royalti... sama jugak seperti negeri ada minyak.. itu hak dia.. kekayaan negeri dia yang orang lain tumpang ambik dan buat duit.
Amande pulak "wang ehsan pulak..yang terengganu tu dapat?.. kira camni la... aku kaya.. aku ada duit.. tapi ko ni lekeh sangat, kesian dekat kau.. nah ambik duit ni duduk diam-diam..< hah.. paham tak maksud dalam dia nei
Jelas sekali mereka pandai berjanji, tapi umno la yang memungkiri... dasar "janji dicapati" tipu melayu kayakan kroni.
Pernah dengar isu mengenai pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak? dimana terdapat beberapa fasa dalam pembinaan itu tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, malah lebih pelik jambatan dibina diatas darat dan sungai akan dibuat dibawahnya kemudian, itu pun tanpa dapat persetujuan jabatan saliran dan tali air, malah lebih malang lagi terdapat laporan beberapa bahagian lebuhraya yang dibina itu boleh membahayakan pemandu.
Paling best ialah bila sebuah syarikat yang telah mengambil wang pendahuluan untuk membina projek itu telah mengembalikan tender yang diperolehi kerana tidak mampu melaksanakan pembinaan, yang anehnya bila proses pemberian semula tander, masih syarikat sama yang mendapat tander tersebut.
Lapor SPRM kes LPT2
Itu satu isu di Terengganu, bagaimana binaan untuk rakyat dibuat ikut suka, belum lagi kes jalanraya dibina diatas jalan yang belum diwartakan, yang kelak akan menimbulkan banyak masalah.
Itulah yang dibangkitkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong , beliau yang kesal dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu yang menggelar dirinya sebagai ‘dajjal’ kerana mempertahankan hak dan menuntut keadilan, berjanji akan terus menegkkan keadilan dalam isu pembinaan jalan ini.
“Saya kesal, dia yang digelar ‘Yang Berhormat’ sanggup menggelar saya sebagai dajjal kerana saya berjuang mempetahankan hak tanah air saya, saya tidak bersetuju dengan pembinaan jalan dan bersama-sama 18 orang penduduk kampung menuntut keadilan dan tidak pernah menyakiti mana-mana pihak,”ujarnya
Haji Salleh yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan dirumahnya.
Jambatan Atas Darat
Beliau juga telah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana pembinaan Jalan dan Jambatan Kampung Jeram dari Banggol Tuan Muda Ke Kampung Bukit Guntong tidak mengikut prosedur, jalan tersebut yang jug melintasi Kampung Banggol Donas tidak sepatutnya dibina kerana ia belum diwartakan
Beliau mendakwa ada sesuatu yang tak kena dengan pembinaan jalan tersebut kerana ia dibina diatas tanah milik individu yang belum dibayar.
Justeru, beliau akan meneruskan perjuangannya menuntut keadilan selagi kerajaan tidak melakukan keadilan.
“kita akan teruskan dengan keadilan, kita akan menuntut hak kita selagi pihak berkuasa kerajaan negeri tidak melaksanakan keadilan kita akan lawan, lawan atas dasar menuntut hak kita,”tegasnya.
Beliau memaklumkan, pihaknya telah menubuhkan satu badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Terengganu (GEMPAR) bagi tujuan memberikan khidmat dan runding cara secara percuma kepada mana-mana pihak yag dianiyai dalam isu tanah.
Mungkin penubuhan GEMPAR itu bukan sahaja mengemparkan ADUN teluk Pasu, malah Umno terengganu juga akan GEMPAR selepas ini, semakin ramai ahli umno meninggalkan umno, kerana apa?, kerana perkara seperti ini. dimana rakyat dipinggirkan hak mereka.
UMNO bela orang melayu?, itu cuma kisah dongeng, UMNO bela Islam?, itu penipuan, Masjid Bujal mereka robohkan.( Video Disini )
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Tindakan FAM menaikkan harga tiket bagi perlawanan Akhir Piala Malaysia 29 Oktober 2011 ini, bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong kedua -dua pasukan bertanding, namun semua peminat bola sepak menyuarakan rasa tidak senang hati terhadap keputusan badan induk bola sepak malaysia itu.
FAM tanpa segan silu telah "mengambil kesempatan" dan tanpa alasan kukuh telah "memeras" duit poket penyokong bola sepak , seperti menanggguk di air keruh,dalam keadaan ekonomi seperti sekarang, tidaklah harus FAM bersikap seperti "perompak duit rakyat".
Terlalu ramai penyokong suka tindakan FAM ini ( sila klik)
"Apakah orang miskin tak perlu berhibur, tak perlu ke stadium tengok bola ?"
Tindakan Kelab e-penyokong bola sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com) menyebar risalah kepada penyokong lain supaya memboikot penjualan tiket perlawanan akhir itu sangat wajar dan harus dipuji. sekurang-kurangnya mereka tidak benarkan FAM memijak kepala mereka.
Timbalan presiden kelab e-penyokong bola sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com), Mohd Faidzul Mohd Noh berkata pihaknya bersepakat dengan Kelab Penyokong Ganusoccer.net bagi memulau perlawanan Sabtu ini dengan hanya berada di luar stadium.itu tamparan besar sebenarnya buat FAM.
Tapi disebalik itu semua, apakah ada permainan politik peringkat tertinggi dalam perlawanan ini ?, secara tiba-tiba Sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada PBSNT bagi peminat bola sepak Terengganu menyaksikan perlawanan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini, daripada jumlah itu, 20,000 diagihkan kepada 32 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan pejabat Parlimen, untuk dijual di kawasan masing-masing dan lebih menarik diberikan rebat 50%.
Dalam isu FAM menaikkan harga tiket tanpa fikirkan "poket rakyat" kerajaan umnoapco Terangganu pandai main politik, dengan menggunakan duit royalti rakyat yang seharusnya diberi kepada semua penduduk negeri itu, umnoapco main silapmata dengan kononnya bersikap perihatin terhadap rakyat negeri tu,
Bukan tak bagus, bagus, namun bagaimana dengan makcik di kampung, bagaimana mereka yang tidak meminati perlawanan bola sepak?, jadi mereka tidaklah dapat merasa sedikit duit dari hasil minyak negeri itu. bukankah tidak sama rata agihan itu, buatlah seperti negeri selangor, semua rakyat dapat faedahnya, tak kira lelaki perempuan, tua atau muda, malah penyokong tegar umnoapco sekali pun dapat air percuma.
Rakyat harus bijak, malaysia sekarang bukan lagi malaysia zaman 60-an, rakyat boleh diperbodoh, boleh diperkuda., tiba-tiba kerajaan umnoapco terengganu jadi wira dalam kemelut harga tiket ini, . maka selepas ini nanti agaknya akan dicanang 3 hari berturut-turut di utusan melayu dan TV3 nanti kononnya umnoapco terengganu nei sangat perihatin , benar ke perihatin, bagaimana royalti minyak, bila nak beri kepada rakyat terengganu?.
@TUKANGLAWAN Geram pada FAM, "Majulah sukan untuk FAM".
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN dipergunakan untuk menangkan BN"
Kalau kita cakap pemimpin UMNO ni bodoh berasa hati pulak. Tapi hakikatnya memang macam tulah. Dengan media yang mereka miliki mereka menyerang Pas dengan pelbagai fitnah dan propaganda. Cuma kekadang mereka terlupa jugak. Sekali-sekala jerat makan tuan.
Di Terengganu, Pas bersama PR menggerakkan kebangkitan rakyat dengan slogan ‘Pas ganti Umno’ (PGU). Gelombang kebangkitan rakyat yang dilancar peringkat pusat amat relevan dengan politik Terengganu. Ini memandangkan pertembungan politik sebenar dinegeri majoriti orang melayu semenjak merdeka sehingga kini adalah dua parti politik besar iaitu Pas dan UMNO. Pas secara bergilir pernah memerintah Terengganu pada tahun 1959 dan 1999.
Negeri yang penduduknya melayu dan mendapat asas-asas pendidikan agama yang tinggi meskipun tidak sekuat Kelantan tetapi pengaruh ulama dalam perjuangan menegakkan islam dibumi Terengganu ini sentiasa segar sejak sebelum kemerdekaan sehingga kini. Bahkan suasana politik serta pendokongnya mempunyai cara dan budaya yang tersediri serta berbeza dengan negeri-negeri lain.
Kemenangan Pas ditahun 1999 dengan majoriti 28 kerusi adalah termasuk dun Bandar yang dianggap memiliki pengundi cina. Ketika itu tiada walau satu kerusi Adun cina didalam dewan Terengganu. Memang bilangan pengundi cina di Terengganu adalah sedikit yang hanya melibatkan sedikit di Jerteh, Kuala Terengganu, Wakaf Tapai, Kuala Dungun, Batu lima, Air Jernih dan Bandar Cukai, kemaman. Pun begitu setelah UMNO-BN mengambil balik Terengganu sejak 2004, sehingga kini wakil tunggal dengan kerusi MCA-BN terpacak di dalam dun Terengganu.
Cuma kini perubahan yang berlaku dikalangan pengundi cina membimbangkan Umno-BN khususnya dengan trend yang berlaku di Sarawak baru-baru ini. Dan ia juga memberi kesan di Terengganu sendiri apabila berlaku PRU Kuala Terengganu yang membolehkan Pas menawan kerusi Umno-BN tersebut. Trend ini masih dibimbangi oleh pemimpin UMNO sendiri. Selama ini Umnolah yang memfitnah Pas dan menakutkan masyarakat cina dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan. Tetapi kini tipudaya Umno sudah tidak berkesan. Ini diakui sendiri oleh YB Umno bekas Kadi, ahli agama dalam Umno sendiri.
@TUKANGLAWAN Fikir orang umno harus terima hakikat sebenar, umno memang telah hilang taringnya, sudah tawar bisa nya, umno terengganu lah yang roboh masjid bujal, lalu semua orang marah, orang pas, orang umno , orang cina dan orang melayu, marah atas kejamnya umno, umno telah tidak releven lagi disana, jadi orang umno memalukan maka lebih baik tinggal umno dan masuk pas....