BN Terengganu Semakin Hilang Akal.

| comments


Pernah dengar isu mengenai pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2  (LPT2) tidak? dimana terdapat beberapa fasa dalam pembinaan itu tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, malah lebih pelik jambatan dibina diatas darat dan sungai akan dibuat dibawahnya kemudian, itu pun tanpa dapat persetujuan jabatan saliran dan tali air, malah lebih malang lagi terdapat laporan beberapa bahagian lebuhraya yang dibina itu boleh membahayakan pemandu.

Paling best ialah bila sebuah syarikat yang telah mengambil wang pendahuluan untuk membina projek itu telah mengembalikan tender yang diperolehi kerana tidak mampu melaksanakan pembinaan, yang anehnya bila proses pemberian semula tander, masih syarikat sama yang  mendapat tander tersebut.

Lapor SPRM kes  LPT2
Itu satu isu di Terengganu, bagaimana binaan untuk rakyat dibuat ikut suka, belum lagi kes jalanraya dibina diatas jalan yang belum diwartakan, yang kelak akan menimbulkan banyak masalah.


Itulah yang dibangkitkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong , beliau yang kesal dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu yang menggelar dirinya sebagai ‘dajjal’ kerana mempertahankan hak dan menuntut keadilan, berjanji akan terus menegkkan keadilan dalam isu pembinaan jalan ini.

Saya kesal, dia yang digelar ‘Yang Berhormat’ sanggup menggelar saya sebagai dajjal kerana saya berjuang mempetahankan hak tanah air saya, saya tidak bersetuju dengan pembinaan jalan dan bersama-sama 18 orang penduduk kampung menuntut keadilan dan tidak pernah menyakiti mana-mana pihak,”ujarnya

Haji Salleh yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan dirumahnya.

Jambatan Atas Darat
Beliau juga telah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana pembinaan Jalan dan Jambatan Kampung Jeram dari Banggol Tuan Muda Ke Kampung Bukit Guntong  tidak mengikut prosedur, jalan tersebut  yang jug melintasi Kampung Banggol Donas tidak sepatutnya dibina kerana ia belum diwartakan

Beliau mendakwa ada sesuatu yang tak kena dengan pembinaan jalan tersebut kerana ia dibina diatas tanah milik individu yang belum dibayar.


Justeru, beliau akan meneruskan perjuangannya menuntut keadilan selagi kerajaan tidak melakukan keadilan.

kita akan teruskan dengan keadilan, kita akan menuntut hak kita selagi pihak berkuasa kerajaan negeri tidak melaksanakan keadilan kita akan lawan, lawan atas dasar menuntut hak kita,”tegasnya.


Beliau memaklumkan, pihaknya telah menubuhkan satu badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Terengganu (GEMPAR) bagi tujuan memberikan khidmat dan runding cara secara percuma kepada mana-mana pihak yag dianiyai dalam isu tanah.

Mungkin penubuhan GEMPAR itu bukan sahaja mengemparkan ADUN teluk Pasu, malah Umno terengganu juga akan GEMPAR selepas ini, semakin ramai ahli umno meninggalkan umno, kerana apa?, kerana perkara seperti ini. dimana rakyat dipinggirkan hak mereka.

UMNO bela orang melayu?, itu cuma kisah dongeng, UMNO bela Islam?, itu penipuan, Masjid Bujal mereka robohkan.( Video Disini )

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit