Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan

Kelantan Sudah Pandai Urus Kewangan,Umno Pasti Bimbang.

| comments

Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan bagi Kelantan meningkat RM86.17 juta bersamaan 58.1 peratus, mengikut Laporan Ketua Audit Negara.

Kedudukan kewangan Kelantan meningkat kepada RM234.47 juta pada tahun 2011 berbanding RM148.30 juta pada tahun 2010.

Laporan itu menyatakan pelaburan pada 2011 di Kelantan meningkat sebanyak RM95 juta, dari RM16.33 juta pada 2010 kepada RM111.33 juta pada 2011.

Belanja mengurus dan pembangunan negeri pada 2010 menurun dari RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta 2011.

Pelaksanaan projek pembangunan mencapai 94.1 peratus daripada projek yang dirancang manakala perbelanjaan yang direkod ialah 76.7 peratus berbanding peruntukan diluluskan."

Sejumlah 800 projek untuk tahun 2011 dengan 723 projek siap sehingga 31 Disember 2011, 30 projek (dalam pelaksanaan) dan 47 projek (belum dilaksanakan)


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Tunggakan Royalti Minyak kelantan berjumlah RM10.4 Billion

| comments (3)

Kerajaan Kelantan berhak membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri itu dengan Petronas yang dibuat pada 1975 dan mengambil semua platfom minyak yang diusahakan syarikat petroleum dan gas itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, berdasarkan pengisytiharan undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas telah melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan yang ditetapkan kepada setiap negeri berdaulat.

 
"Mahkamah dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta (Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar kedaulatan negeri.

"Oleh itu, Kelantan berhak membatalkan perjanjian 1975 dan kembalikan semua platfom telaga minyak yang diusaha Petronas 100 peratus kepada Kelantan," katanya dalam ceramah sempena konvoi royalti minyak ke Putrajaya malam tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
 


Husam berkata lagi, beliau turut meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berfikir secara rasional dan bijak dalam membuat keputusan berhubung pemberian royalti minyak di Kelantan.

Jelasnya, sekiranya royalti masih tidak diberikan, bukan sahaja Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh turut membatalkan perjanjian yang dilakukan antara Petronas dan kerajaan negeri masing-masing pada tahun 1975."Najib masih ada masa untuk berfikir secara rasional dan bijak. Kalau tidak, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan akan terburai. Petronas akan terkubur," katanya sambil menambah angka tunggakan bayaran royalti kepada Kelantan kini berjumlah RM10.4 bilion


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

25 Gambar Ceramah Konvoi R Ke Putrajaya Malam Tadi

| comments

Sedikit gambar ceramah malam tadi, dihadiri kira-kira 5,000 orang yang kebanyakannya peserta konvoi daripada Kelantan. 

Antara yang hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Sebanyak 500 kereta dari Kelantan dan 100 kereta dari negeri lain berkonvoi ke Dataran Kemerdekaan malam tadi dan seterusnya ke Putrajaya pada jam 8 pagi ini untuk ke Istana Kehakiman bagi menuntut hak negeri tersebut ke atas bayaran royalti minyak. 

Hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi ini di Putrajaya 






























Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

61 Gambar Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan

| comments

Tengok sendirilah betapa meriahnya sambutan Himpunan Hijau peringkat negeri kelantan, tanpa perlu keluarkan notis mewajibkan kakitangan kerajaan datang, tanpa perlu usung pegawai kerajaan datang dan tak perlu wajibkan budak-budak sekolah hadir himpunan ini penuh.. umno tak rasa senak perut ke tengok gambar nei ?.

Kalau senak perut pun, panglima-paglima umno takkan berani nak simbah cat merah, kerana kalau diorang nak tunjuk besar kepala, merah diorang akan jadi hijau sekelip mata.









































































Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit