Tunggakan Royalti Minyak kelantan berjumlah RM10.4 Billion

| comments (3)

Kerajaan Kelantan berhak membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri itu dengan Petronas yang dibuat pada 1975 dan mengambil semua platfom minyak yang diusahakan syarikat petroleum dan gas itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, berdasarkan pengisytiharan undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas telah melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan yang ditetapkan kepada setiap negeri berdaulat.

 
"Mahkamah dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta (Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar kedaulatan negeri.

"Oleh itu, Kelantan berhak membatalkan perjanjian 1975 dan kembalikan semua platfom telaga minyak yang diusaha Petronas 100 peratus kepada Kelantan," katanya dalam ceramah sempena konvoi royalti minyak ke Putrajaya malam tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
 


Husam berkata lagi, beliau turut meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berfikir secara rasional dan bijak dalam membuat keputusan berhubung pemberian royalti minyak di Kelantan.

Jelasnya, sekiranya royalti masih tidak diberikan, bukan sahaja Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh turut membatalkan perjanjian yang dilakukan antara Petronas dan kerajaan negeri masing-masing pada tahun 1975."Najib masih ada masa untuk berfikir secara rasional dan bijak. Kalau tidak, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan akan terburai. Petronas akan terkubur," katanya sambil menambah angka tunggakan bayaran royalti kepada Kelantan kini berjumlah RM10.4 bilion


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 3 comments

3 Oktober 2012 12:20 PTG

mana penyamun mau kasi royalti yang berbilion-bilion tu ! depa simpan dalam gua ali baba lah,danguna macam mak bapak punya daa ! ABU saja penyelamat negara dari dirembat & disauk oleh para penyamun dari parti sekutu apco pandi kutti !

3 Oktober 2012 2:12 PTG

Kalau beri.. kelantan kompirm membangun, macam-macam kemudahan untuk rakyat boleh buat, sebab tu la diorang taknak bagi...

23 Oktober 2012 6:25 PTG

Apasal Terengganu boleh dapat?

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit