3 Calon Menteri Wanita, Jelas Wanita Umno Tak Seorang Pun layak

| comments

Najib razak merangkap Menteri Wanita disifatkan sebagai jahil dalam ucapannya bersempena Hari Wanita Peringkat Kebangsaan kerana mengatakan wanita tidak lagi memerlukan pergerakan wanita kerana hak wanita sudah diberikan sejak merdeka

Wanita Pakatan Rakyat dalam sidang media di lobi parlimen berpendirian bahawa lantikan Najib adalah satu kesilapan besar yang terpaksa ditanggung oleh seluruh wanita Malaysia.
Untuk itu Wanita Pakatan Rakyat mencadangkan tiga pimpinan NGO wanita yang jauh lebih layak untuk dilantik sebagai Menteri Wanita:

1.      Dr. Cecillia Ng Choon Sim (The PENITA Initiative)
2.      Puan Rabiah Omar (mantan CEO AWAM)
3.      Puan Ivy (CEO Women’s Aid Organisation)

Ketua Wanita DAP kebangsaan Chong Eng, dalam mengulas tindakan jahil Najib itu berkata bahawa Menteri Wanita ini cuba merendahkan martabat serta peranan wanita dan juga peranan NGO wanita di Malaysia.

Najib juga telah melantik dirinya sebagai Menteri Wanita dengan kejahilan ini telah mengaibkan wanita seluruh Malaysia”.

“Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, untuk belanjawan kali ini telah menerima belanjawan paling tercorot. Belanjawan tahun lepas, kementerian telah diberikan peruntukkan sebanyak RM182 juta berbanding tahun ini, kementerian hanya menerima peruntukan sebanyak RM48 juta,” ujar Chong Eng.

Tambah Wanita Pakatan semasa sidang medianya, menurut The Global Gender Index Gap tahun 2011 Malaysia pada keseluruhannya tertinggal jauh dari Negara Asia Tenggara yang lain berbanding Singapura yang berada di kedudukan ke 57 daripada jumlah 135 negara.

Dengan  Najib memegang jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak sudah pasti kedudukan pemberdayaan politik wanita dalam Gender Global Indeks akan menjunam jauh dari kedudukan 115 pada masa ini”.

“Ini adalah satu penghinaan kepada wanita Malaysia seolah-olah wanita Malaysia menghala ke jalan buntu”.

Kah..kah..kah, susah kalau ade seorang lelaki merasakan dia seorang wanita, sudah-sudah la najib, najib itu perempuan ke? kalau bukan,  tak perlu lah jadi menteri wanita. malu kalau orang luar tahu negara ini punya seorang menteri wanita yang jantina nya lelaki. 

Semua najib nak bolot, perdana menteri najib, menteri kewangan yang pengecut tak datang perbahasan belanjawan pun najib , menteri wanita pun najib jugak.. baik najib je jadi menteri.. orang lain tak payah. kah..kah..kah

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit