Diskaun 50% Tambang Feri Bukan Penyelesaiaan Masalah Sara Hidup Di Labuan.

| comments

Saudara Pengarang,

DARI AWAL tahun hingga ke penghujung tahun, ada sahaja harga barangan keperluan harian yang naik. Bagi mereka yang berpendapatan lumayan, kenaikan ini mungkin tidak begitu dirasa; tetapi malang bagi majoriti rakyat Labuan yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' sehingga mereka terpaksa 'mengikat perut' untuk meneruskan kelangsungan hidup di 'Pulau Bebas Cukai' ini.
Secara umumnya impak kenaikan tambang feri untuk kenderaan komersial yang mengangkut barang keperluan asas dan binaan ke Labuan akan menaikkan harga barangan kerana peningkatan kos akan disalurkan secara langsung kepada pengguna melalui harga barangan.
Dengan kata lain kenaikan harga barangan merupakan suatu implikasi yang pasti terhadap kenaikan kos pengangkutan/tambang feri.

Berbeza halnya dari segi impak terhadap penurunan tambang feri yang mungkin disebabkan oleh diskaun yang diberikan. Secara logiknya, Penjimatan kos yang dinikmati oleh pengusaha lori maupun pembekal atau peruncit melalui kos pengangkutan tidak akan menjamin penurunan harga barangan di Labuan kerana keuntungan yang diperolehi oleh pihak terbabit tidak semestinya akan turut disalurkan secara langsung kepada pengguna melalui penurunan harga barangan.

Apakah langkah memberikan diskaun 50% tambang feri untuk kenderaan komersial dapat dilihat sebagai solusi terbaik dalam menangani masalah barangan yang mahal di Labuan berbanding jika kerajaan memutuskan untuk menyalurkan subsidi secara langsung ke atas beberapa barang keperluan asas yang mahal di Labuan?

Perbelanjaan kerajaan untuk menampung 'Diskaun 50%' tambang feri untuk kenderaan komersial sepatutnya disalurkan kepada “subsidi barangan keperluan asas” yang lebih mahal sehingga 20% hingga 30% di Labuan berbanding Tanah Besar secara langsung jika kerajaan ikhlas dalam usaha mereka untuk memenuhi janji untuk mengurangkan beban kos sara hidup ke atas pengguna di Labuan.

Langkah ini seharusnya dilihat lebih menjamin keberkesanannya dalam membantu setiap lapisan masyarakat di Labuan dan sejajar dengan apa yang terkandung dalam Memorandum PKR Labuan bertarikh 13 Mac 2012 yang diserahkan kepada Pejabat Ahli Parlimen dan juga Pejabat Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Labuan.

Subsidi sepatutnya diberikan oleh kerajaan untuk mengurangkan masalah penduduk Labuan yang semakin tertekan akibat kenaikan harga barang keperluan asas. Penyelesaian jangka pendek ini harus dilihat sebagai satu tanggungjawab dan bukannya bebanan kepada kerajaan”.

Salam Hormat,

PKR LABUAN



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit