Memaparkan catatan dengan label Tanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanah. Papar semua catatan

123 Bangkit, takkan nak tidur lagi?

| comments

Sabah memang terkenal dengan pelancongannya, pulau-pulau nya begitu bersih dan cantik, jadi tumpuan semua pelancong.
Itu yang indahnya tentang sabah, yang tak indahnya pula?

Yang tak indahnya bila mereka yang punya kepentingan nampak potensi sabah yang mampu berkembang jadi lokasi pelancongan habat. lantas mereka mula tamak sehingga mahu rampas tanah adat.

Sebab itu lah nanti pada  12 Mac satu perhimpunan mempertahan tanah adat akan diadakan, ia dianjurkan oleh kumpulan NGO .

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah berkata, pihaknya menyokong perhimpunan yang dinamakan "123 Bangkit" itu bagi membebaskan rakyat daripada dibelenggu "penindasan dan penyelewengan" hak pemilikan tanah, dan PAS sabah juga berjanji menggerakkan 1,000 anggotanya untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Kita mesti berusaha membela tanah yang telah kita usahakan sejak sekian lama ini.Tanah Adat mesti dikembalikan kepada rakyat sepenuhnya," katanya.,

Dalam perhimpunan sama dua tahun lalu, penganjur mendakwa berjaya menghimpunkan hampir 5,000 peserta.

Semalam, Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) mengumumkan perhimpunan itu kerana isu tanah adat Sabah didakwa kritikal dengan kes pencerobohan, rampasan dan penipuan pemilikan.

Setiausaha TABAH Lahirul Latigu berkata isu tanah di negeri itu seolah tiada penghujung dan banyak yang dibicarakan di mahkamah, malah Sabah mencacat aduan tertinggi.

Dalam kenyataannya hari ini, Hamzah mempersoalkan kenapa angka 977 kes - tertinggi di seluruh negara - masih gagal mendapat perhatian serius kerajaan.

"Apakah (angka) ini satu kebanggaan atau satu permasalahan?" sindirnya yang pengerusi biro undang-undang dan hak asasi manusia PAS negeri.

Beliau mengingatkan penyokong PAS yang menghadiri perhimpunan itu supaya tidak melakukan kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

Negeri sabah ini berpotensi jadi pusat pelancongan, pelancongan mampu menjana ekonomi, masalahnya ada pihak yang nampak itu dan tanah adat mahu mereka ambil mungkin kerana mereka menyedari nilai tanah tersebut.

Yang untungnya siapa, dan yang akan terus terpinggir setelah tanah adat mereka diambil pula siapa?, takkan selamanya rakyat sabah mahu ditipu. bukankah negara ini sudah merdeka lebih dari 50 tahun?.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Awas UmnoApco sedang menjual negara..

| comments



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi (belum lagi yang baru diambil butir diri mereka) merupakan tindakan bahaya kerana ia dilihat sebagai mengadai dan menjual negara sendiri.

Kalau di Singapura, kerajaan negara itu menapis terlebih dahulu mengikut kehebatan mereka khususnya dari golongan professional contohnya sebagai ahli sukan. di negara kita ni semuanya pakai ambil tangkap muat saja tanpa mengenali status individu warga asing terbabit asalkan boleh jadi pengundi pada mereka, kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN". Kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa


Beliau berkata demikian  ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi.


Tegasnya, "kenapa tiba-tiba sahaja mereka telah difaftarkan sebagai warga negara dan terus sebagai pengundi sekiranya tidak ada pihak tertentu mengaturkan usaha itu."
Hasil maklumat yang diperolehi pihak tertentu menemui warga asing dari negara Bangladesh, China dan sebagainya dengan membawa borang untuk diisi sebagai warganegara tanpa menyelidiki latarbelakang golongan itu sama ada penjenayah atau sebaliknya.

Konspirasi itu begitu membahayakan dan rakyat Malaysia perlu membuat bantahan berhubung perkara itu kerana ianya merupakan tindakan bahaya.dan boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara pada masa akan datang., katanya lagi




"tukanglawan" ajak semua orang fikir sejenak, kita ambil satu contoh, mungkin bilangan warga asing yang mendapat kerakyatan lebih tinggi dikalangan wanita, kerana ada "awek-awek indon" yang masuk ke negara ini bukan berniat untuk sekadar "cari makan," ada juga yang berniat untuk "mencari laki" untuk jadi "orang malaysia" mereka berkahwin dengan warga tempatan, lalu dijadikan warganegara (semudah itu)

Berapa banyak pula awek-awek Indon yang jadi punca keretakan rumah tangga, kerana si "suami" ramai yang hanyut digoda golongan ini, dan ramai lagi menjadi "lauk" lelaki-lelaki kesunyian yang mahu "menyimpan" wanita,

Itu belum lagi kes nepal bergaduh rebut perempuan, bangla menggoda isteri orang dan bermacam-macam lagi
tidakkah kebanjiran warga asing ini membawa permasalahan sosial?, namun kerajaan bermurah hati memberi mereka kewarganegaraan sesuka hati.(pastio ada agenda tersembunyi bukan)

Dan kalau JPN berani, beri la daftar mereka-mereka yang diberi kewarganegaraan itu, kerana rakyat semua mahu tahu, apa kerjaya dan sumbangan mereka, adakah mereka doktor  atau jurutera, adakah mereka Ahli sukan atau artis popular , atau adakah mereka hanya pekerja kilang, atau " perampas laki orang"



itu hanya satu contoh kecil, belum lagi contoh lain , soal peluang kerja, peluang meniaga dan lain-lain lagi, mereka datang untuk "jadi kaya" dan adakah mereka akan membiarkan sahaja peluang yang ada walaupun itu hak rakyat malaysia? fikirkanlah, ini negara kita,bukan negara kita.. JOM TUMBANG BN, SEBELUM NEGARA TERGADAI




@TUKANGLAWAN Mintak anda naik komuter atau bas, siapa lebih ramai, adakah anda dapat duduk atau tempat anda telah diambil bangla dan indon dan anda terpaksa berdiri?, fikirla dimana tempat anda ?.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Tukang sapu menyapu gigi dijalanan menuju keadilan

| comments




Dulu selangor ada seorang menteri penyapu yang suka makan tempe, bercakap ala-ala bagus seolah-olah akan berkuasa selamanya, namun mana dia hari ini, dia diheret ke mahkamah.. kerana apa.. kata orang kerana salah guna kuasa, dulu bercakap dia seolah-olah terlalu bersih sehingga sanggup menghadiahkan orang dengan penyapu.. kini mana dia.... dia akhirnya dipenyapukan... dan hari ini sibuk turun naik mahkamah.


Ada khabar angin menteri besa "rumahnya" yang ini kini dikorbankan atau bahasa lembutnya di kambing hitamkan oleh pemimpin tertingginya partinya sendiri, jika benar pasti menteri yang sangat besa "rumahnya" ini sedang dalam kegundahan yang amat sangat, ada benarnya juga dakwaan diatas.ulasan seorang pengunjung memberikan logika akal tentang statment itu


Mungkin selama ini menteri besa "rumahnya" ini dipermainkan sendiri oleh orang dalaman sendiri, atau ada yang telah merencanakan jalan cerita seperti ini, dan beranggapan seseorang harus di"kambing hitamkan" supaya mereka dapat "cuci tangan" jika benar menteri besa"rumahnya" ini sendiri pasti tahu siapa punya angkara, dan dalam hatinya sendiri pasti mahu heret sama orang itu sekali... atau menteri besa "rumahnya" itu sanggup bersendirian merengkok di penjara dan dijadikan bahan ketawa.

Entahlah, menteri besa "rumahnya" ini dikhabarkan makin hampir ke pintu penjara, saksi utama perbicaraan meniggalkan menteri "besa" rumahnya ini terkapai-kapai seorang bila membongkar pertikaian dan persoalan bertubi-tubi yang tidak memihak kepada si menteri "besa " itu, baca sini ......sini.....sini.....sini.....sini .....sini dan .. korang cari sendiri la...

Jadi, apalah ertinya membina rumah mewah jutaan ringgit, bila akhirnya akan terperangkap dalam tirai besi.terpisah dari anak bini. duduk terasing sendiri dan rasa sepi....




@TUKANGLAWAN Teringat kata - kata seseorang
"bila pokok sudah tumbang,kura-kura pon boleh panjat"
pilihan ditangan anda bila PRU13 nanti, kita tengok sape lagi menteri nak kene usung masuk dalam tirai besi.
" Umno nei membazir jew"

Kerajaan PR selangor memang tak guna?

| comments

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan satu skim baru bagi memudahkan rakyat Selangor memiliki hartanah di atas tanah kerajaan.

Katanya, skim yang berkuatkuasa hari ini, membolehkan rakyat Selangor menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar pendahuluan premium sebanyak RM1,000.

"Skim ini hanya ditawarkan kepada satu pegangan hak milik persendirian sahaja dan tidak boleh dipakai untuk hartanah komersil," katanya pada satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Menurut beliau, skim ini akan melengkapi skim pemberian geran melalui pembaikan sistem pemilikan tanah.
Sila lihat video disini http://www.youtube.com/watch?v=Ep_xmhtgYyQ&feature=youtu.be 

TUKANGLAWAN Setuju dengan pendapat seorang kawan katanya Kerajaan PKR Selangor memang tak GUNAkan harta rakyat untuk kepentingan individu dan kroni.. kah kah kah kah.. Untungnya hidup dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.. Hidup UMNO..!!! kah kah kah kah.. Sokong lagi umno semoga hak kita semua tergadai.. kah kah kah kah.. Mesti penyokong bangang umno di Melaka, Johor, Sabah, Sarawak, Perlis, Negeri Sembilan dan Perak gembira mendengar berita ni.. Kah kah kah kah.. gembira kerana selama 54 tahun dibangangkan oleh umno... kah kah kah kah.. hidup umno..!!!

BN Gagal, PR Berjaya Atasi Isu Tanah Bukit Botak

| comments

Sungai Tua: Kesungguhan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk menangani isu masalah penempatan semula penduduk Bukit Botak akhirnya berjaya diatasi berperingkat-peringkat dalam tempoh 3 tahun mentadbir Negeri Selangor.

Demikian kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri  Besar (MB) Selangor petang semalam ketika memberi ucapan perasmian dalam Majlis Lawatan Kerja Bersama Penduduk Ke Rumah Contoh Projek Bukit Botak.

"Walaupun hanya 3 tahun lebih mentadbir negeri ini, kita telah membuktikan kesungguhan mengatasi masalah rakyat di bukit botak ini. Berbagai kaedah digunakan dan dibincang bersama dengan pihak-pihak terlibat untuk memberi  keyakinan kepada rakyat," katanya.

Menurutnya lagi, UMNO/BN yang memerintah di kawasan bukit botak tidak dapat menyelesaikan masalah penempatan semula bagi penduduk berjumlah 2,300 buah ahli keluarga pemilih  tanah di kawasan seluas 201 hektar selama 20 tahun.

“Saya sangat memahami perasaaan penduduk di sini.  Tempoh 20thn  bukanlah satu masa yang singkat. Jika ada yang melahirkan anak pada mula projek penempatan semula ini dilakukan dulu sudah tentu anak itu kini sudah menamatkan persekolahan mereka bahkan kalau yang hidup ketika itu sudah menjadi arwah  dan tidak sempat menikmati rumah idaman mereka.”

"Kegagalan demi kegagalan yang berlaku mestilah ditangani segera berdasarkan  Kemampuan Kerajaan Negeri. Sudah tentu kita merasa rasa kecewa dengan kegagalan pentadbiran kerajaan dahulu  yang menunjukkan  ada kelemahan dalam proses membuat keputusan untuk kebaikan rakyat.

"Oleh tu, dengan kuasa yang ada pada saya sebagai Menteri Besar (MB Negeri Selangor), satu document dikelaskan semula dibawah seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

"Rakyat khususnya penduduk di Bukit Botak ini wajib diberikan maklumat yang tepat supaya mereka tahu apa masaalah sebenar yang memberi kesan kepada mereka. Dengan kecuaian dan kegagalan pimpinan masa lalu telah juga memberi kesan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menangugung kerugian ini. Jesteru itulah satu pendekatan dibuat dengan menang-menang (win-win approach) telah dibincangkan dan kata putus dicapai untuk melaksanakan apa yang kita lihat perkembangannya pada hari ini," jelasnya.

Khalid berkata lagi, "Antara  pendekatan dilakukan Kerajaan negeri ialah dengan  menggunakan kuasa yang ada untuk mengambil alih tanah Bukit Botak sambil mengarahkan PKNS membuat satu pelan pembangunan menyeluruh. Ini adalah bertujuan mengadakan rumah kediaman yang selesa dengan harga yang berpatutan.

"Langkah ini adalah cara yang terbaik kerana ianya bukan hanya melibatkan masalah lantikan pemaju yang baru tetapi juga berkaitan isu pemilikan tanah, lot-lot yang telah hilang dan kos infrastruktur yang telah dikeluarkan oleh PKNS sebelum ini. Dengan berbagai mehnah yang dilalui akhirnya kerja-kerja  penempatan semula telah mencapai 31% sebagaimana yang dijadualkan hingga pertengahan April 2011.

"Saya yakin, projek  ini akan selesai pada pertengahan Jun 2012 selepas 21 bulan dilakasanakan," tegasnya.

Tambahnya, jumlah rumah yang dibina ialah sebanyak 1422 unit dengan kontrak bernilai lebih RM139 juta. Harapan saya ia akan memberi kepuasan kepada semua pihak dengan melihat sendiri pembinaan rumah tersebut. Dengan itu pada masa akan datang,  kita akan dapat mencari penyelesaian yang wajar kepada banyak lagi masalah perumahan yang tertangguh. Saya percaya semua rakyat inginkan kediaman yang selesa untuk keluarga kita. Jika kita mengambil tahu sedikit sebanyak persoalan psikologi dan sosiologi, kita akan tahu bagaimana tempat tinggal mempunyai peranan signifikan kepada kualiti hidup manusia.

Beliau juga mengharapkan agar rakyat yang bakal menerima rumah ini tidak akan menjualkan kepada orang lain kerana katanya “bukan begitu mudah untuk kita memperolehi kediaman yang selesa dengan harga yang begitu murah RM99 ribu seunit untuk rumah jenis berkembar satu tingkat. Dimensi 30 kaki kali 73 kaki yang lengkap dengan 3 bilik tidur dengan keluasan binaan 850 kaki persegi dan sebahagainnya dibiayai  oleh PKNS sebanyak RM79 juta. Namunpun begitu jika penduduk disini ingin menjual juga saya dan pihak PKNS tidak menghalang sama sekali tetapi perlu membuat kajian terlebih dahulu untung dan ruginya”.

Sementara itu pula Ybhg Tuan Othman Bin Omar, Pengurus Besar PKNS pula melahirkan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada MB Selangor yang telah Berjaya menyelesaikan masalah penduduk Bukit Botak  setelah selama 20thn gagal dilunaskan oleh Kerajaan dahulu. Kos keseluruhan projek ini berjumlah RM216 juta dan daripada jumlah itu RM79 juta akan ditanggung oleh pihak kami (PKNS).

Katanya, “sebagai pemaju yang prihatin kita mengutamakan kesejanteraan rakyat Selangor.  Sumbangan PKNS bagi projek sebegini akan menjadi tanggungajwab sosial korporatnya yang berterusan. Atas dasar tidak mahu membebankan rakyat, pihak kami sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk membeli semula unit rumah  pada harga sehingga RM170 ribu seunit. Keuntungan atau pulangan segera (instatant profit) berjumlah RM71 ribu diperolehi  oleh para pemilik yang berniat untuk menjual balik unit mereka. Ini adalah tawaran oleh PKNS kepada pemilik rumah yang tidak ada pemaju lain menawarkan keuntungan segera seperti ini,” katanya.

Setakat ini kerja-kerja pembinaan berjalan dengan begitu lancar sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan walaupun ada juga masalah seperti isu pemilihan tanah, lot-lot yang telah hilang dan sebagainya. Katanya, setakat ini sebanyak 31% kemajuan kerja tapak telah di laksanakan bagi memastikan projek ini siap menjelang tahun hadapan.

Bagi memastikan pembinaan berjalan dengan lancar mengikut jadual, pembangunan telah dibahagikan kepada 6 fasa dan sehingga kini 4 fasa telah mendahului pembinaan yang ditetapkan. Insya-ALLAH saya yakin  penempatan semula di Bukit Botak ini akan berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan penyediaan kawasan yang lebih baik seperti dengan menyediakan 2 tapak surau, 1 tapak tadika, 1 tapak dewan orang ramai serta juga kawasan lapang untuk kemudahan riadah  yang merangkumi kawasan seluas 6 ekar. Insya-ALLAH PKNS akan terus berusaha dengan memberikan yang terbaik untuk rakyat Negeri Selangor, katanya dalam ucapan aluan.

Majlis  perasmian  rumah contoh telah dilaksanakan oleh Dato’ Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid B. Ibrahim dengan diiringi oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Hj Mohamad Khusrin B. Hj Munawi, Exco Kerajaan Negeri Selangorm Ybg Tn Iskandar B. Adul Samad, Ahli Parlimen Selayang Yb. William Leong, Ahli Parlimen Gombak Ybg Tn Azmin Ali, Penolog Pegawai Daerah Tanah Gombak, En. Syukri Mohd Hamin, Timbalan Setiauasaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengarah UPEN, YDP MPS Dato’ Hj Zainal Abidin Azim.

Di samping itu juga  majlis  tersebut diadakan Sambutan Hari Ibu oleh PKNS dengan Kerjasama Kerajaan PR Selangor bagi meraikan kaum-kaum ibu sempena Hari Ibu.  3 perwakilan yang terdiri kaum Melayu, India dan cina telah tampil kehadapan bersama saf piminan untuk memotong kek bersama.

@TUKANGLAWAN yakin dengan kemampuan kerajaan pakatan rakyat negeri selangor yang melakukan banyak perkara untuk kebaikan rakyat, jauh sekali berbeza dengan zaman umno naik tocang dahulu.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit