123 Bangkit, takkan nak tidur lagi?

| comments

Sabah memang terkenal dengan pelancongannya, pulau-pulau nya begitu bersih dan cantik, jadi tumpuan semua pelancong.
Itu yang indahnya tentang sabah, yang tak indahnya pula?

Yang tak indahnya bila mereka yang punya kepentingan nampak potensi sabah yang mampu berkembang jadi lokasi pelancongan habat. lantas mereka mula tamak sehingga mahu rampas tanah adat.

Sebab itu lah nanti pada  12 Mac satu perhimpunan mempertahan tanah adat akan diadakan, ia dianjurkan oleh kumpulan NGO .

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah berkata, pihaknya menyokong perhimpunan yang dinamakan "123 Bangkit" itu bagi membebaskan rakyat daripada dibelenggu "penindasan dan penyelewengan" hak pemilikan tanah, dan PAS sabah juga berjanji menggerakkan 1,000 anggotanya untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Kita mesti berusaha membela tanah yang telah kita usahakan sejak sekian lama ini.Tanah Adat mesti dikembalikan kepada rakyat sepenuhnya," katanya.,

Dalam perhimpunan sama dua tahun lalu, penganjur mendakwa berjaya menghimpunkan hampir 5,000 peserta.

Semalam, Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) mengumumkan perhimpunan itu kerana isu tanah adat Sabah didakwa kritikal dengan kes pencerobohan, rampasan dan penipuan pemilikan.

Setiausaha TABAH Lahirul Latigu berkata isu tanah di negeri itu seolah tiada penghujung dan banyak yang dibicarakan di mahkamah, malah Sabah mencacat aduan tertinggi.

Dalam kenyataannya hari ini, Hamzah mempersoalkan kenapa angka 977 kes - tertinggi di seluruh negara - masih gagal mendapat perhatian serius kerajaan.

"Apakah (angka) ini satu kebanggaan atau satu permasalahan?" sindirnya yang pengerusi biro undang-undang dan hak asasi manusia PAS negeri.

Beliau mengingatkan penyokong PAS yang menghadiri perhimpunan itu supaya tidak melakukan kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

Negeri sabah ini berpotensi jadi pusat pelancongan, pelancongan mampu menjana ekonomi, masalahnya ada pihak yang nampak itu dan tanah adat mahu mereka ambil mungkin kerana mereka menyedari nilai tanah tersebut.

Yang untungnya siapa, dan yang akan terus terpinggir setelah tanah adat mereka diambil pula siapa?, takkan selamanya rakyat sabah mahu ditipu. bukankah negara ini sudah merdeka lebih dari 50 tahun?.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit