Siapakah mengkafir Umno Sebenarnya

| comments

Apabila  kita mendengar ucapan yang diberi oleh Mahathir tidak lama dahulu mengenai hukum islam telah menampakkan kejahilan yang wujud dalam diri Mahathir itu sendiri. Mungkinkah usia yang menyebabkan kejahilan ini berlaku atau sememangnya beliau telah jahil hukum islam sejak dari azali lagi. Memang benarlah kata-kata Tuan Guru Nik Aziz(TNGA) yang mengatakan golongan seperti Mahathir masih setia kepada golongan Umno iaitu golongan jahil.

Ini jelas apabila Mahathir memutar belit cerita berkenaan ucapan TNGA berkenaan sesiapa yang menolak islam itu kafir. Sebenarnya TNGA tidak pernah mengkafir-kafirkan orang lain tetapi Mahathir yang cuba memutarbelitkan ucapan TNGA mengikut fahaman beliau.

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO. "Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir.

 Ucapan ini telah dikeluarkan oleh media pencacai BN, Utusan Malaysia. Sekarang ini siapakah yang cuba mengkafir Umno. Ini jelas membuktikan Mahathir lah yang mengkafirkan golongannya sendiri. Apa yang penting sesiapa yang menolak islam adalah kafir. Mengikut ucapan yang dikeluarkan oleh Mahathir telah membuktikan beliau mengakui Umno menolak islam. Sepatutnya penyokong Umno perlu marah kepada Mahathir bukanlah TNGA.

Umno bukanlah parti islam. Umno adalah parti sekular yang berteraskan perkauman. Nilai-nilai islam yang wujud dalam parti mempunyai hadnya. Islam itu syumul iaitu menyeluruh, perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Disebabkan itulah PAS tidak bersama Umno tetapi PKR dan DAP sanggup untuk membantu PAS untuk meneruskan perjuangan mereka.

INI HARUS JELAS

Kolumnis: Mulut Kecoh

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit