Perdebatan Anwar-Najib membawa kerisauan Mahathir

| comments

Debat adalah hak rakyat untuk menilai pemimpin yang akan bertanding pilihanraya. Tetapi kenapa perlu Mahathir ingin menghalang perdebatan ini terus berlaku. Kenapa Mahathir?? adakah beliau masih menjadi diktaktor ataupun beliau mempunyai kuasa veto kepada pimpinan Barisan Nasional.

Apabila Mahathir membuat bantahan terhadap perdebatan ini telah membawa banyak spekulasi yang liar. Adakah beliau takut jika perdebatan ini berlaku berkemungkinan najib akan tergelincir lidah lalu terus  membongkarkan kerja-kerja kotor yang beliau lakukan pada zaman pemerintahannya.

Jika benar Mahathir membantah perdebatan atas sebab tiada guna perdebatan ini berlaku jika tiada apa perubahan baru yang akan berlaku. Lainlah jika Anwar mempunyai pandangan yang sama dengan kerajaan tentang isu berbangkit. Tetapi adakah anda tidak terfikir tentang perdebatan yang menemukan YB Lim Guan Eng dengan Chua Soi Lek. Mengapa Mahathir tidak membantah perdebatan tersebut. Bagi saya, jawapan yang pasti setakat ini, debat Lim-Chua mungkin tidak pecahkan rahsia besar Dr Mahathir.


Anwar, Musa, Daim, Tengku Razaleigh, Abdullah Ahmad Badawi pernah menjadi sahabat rapat Mahathir ketika zaman pemerintahan beliau. Mereka pastinya telah menyimpan pelbagai rahsia dan kerja kotor yang dilakukan oleh Mahathir ketika beliau PM. Tetapi, Lim dan Chua bukan temannya. Ini jelas isu perdebatan ini telah membawa ketakutan Mahathir yang begitu jelas sekarang.

Wahai Mahathir, anda sekarang adalah rakyat biasa. Biarlah suara majoriti rakyat yang membuat keputusan apa yang mereka mahukan. Anda kini bukanlah lagi suara majoriti rakyat. Ayuh rakyat suarakan kemahuan anda untuk menemukan dua pemimpin ini untuk kebaikkan negara bersama. 

INI HARUS JELAS

Kolumnis:Mulut Kecoh


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit