Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan

Umno Takut Keakraban PAS-DAP Rupanya.

| comments

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP.

Menurutnya, selagi keakraban antara parti-parti ini kuat, selagi itu Umno BN takut untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.

Sebab itu katanya, Umno BN sekarang ini sedang sedaya upaya cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan.

"Umno BN menanti perpecahan dalam Pakatan rakyat diantara DAP dengan PAS atau PKR baru mereka dapat menyusun semula strategi sepertimana lazimnya.

"Berbagai isu dicanangkan namun tidak merosakan benteng antara DAP dan PAS. Itulah kekuatan kita yang terjalin atas sikap tanggungjawab terhadap kestabilan negara," katanya.

Tambah beliau lagi, pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu untuk mengikut 'tarian' perkauman Umno BN sebaliknya melipat gandakan usaha mewujudkan suasana harmoni kalangan kaum.

Jika kita tidak melatah katanya, apa isu yang dibangkitkan Umno BN akan mati begitu sahaja.

"Biarkan Umno BN menari seorang dengan berbagai gaya, kita jangan ikut sebaliknya memerhati dengan serius mudah-mudahan mereka letih sendiri.

"Pakatan Rakyat teruskan usaha mendekati rakyat di samping kemaskan jentera di semua peringkat, " tegasnya.

Betul pun, umno sekarang sedang meroyan teruk, sekejap kutuk PAS kemudian kemaruk nak bersama.. selepas itu kutuk DAP dan pujuk balik PAS.. nampak terdesak... sudah la.. bukan tak pernah PAS bergabung dengan umno...

Umno ni jangan bagi kuasa, dia buat negara ni mak bapak dia punya.. 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

UMNO, Pakatan Rakyat,13 Mei dan komunis

| comments

Perut pecah pabila Unit Cawangan Khas PDRM (SB) mengumumkan kepada ruang awam bahawa Pembangkang di Malaysia ada kaitan dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang mengantui juak-juak Melayu UMNO yang totok. Apa yang menjadi persoalan apa tujuan dan asbab Pak Mongolia serta Pemuda julang keris lamb chop membenarkan SB menghebahkan hal ini kepada khayalak umum.

Juak - juak ini juga mendakwa bahawa DAP sudah diresapi agenda komunis dan PAS sudah diresapi dengan gerakan JI. Ada pula beberapa individu berfahaman komunis ini nak bertanding PRU dan mewakili Pakatan Rakyat. Wow!  Rakyat sila lihat program ekonomi Pak Mongolia, banyak juga yang berbaur komunis, kenapa SB tak dedahkan? Ketawa pecah lagi apabila perkara ini boleh dikatakan cerita politik paling lawak sepanjang tahun ini. Mungkin Pak Mongolia ingat ini zaman 70an dahulu politik merupakan isu yang boleh dilabon-labon begitu saja. Mungkin juga Pak Mongolia ingat yang zaman pemerintahan beliau sama seperti zaman Son of Kutty memerintah negara ini.

Selain itu, SB juga mendakwa bahawa terdapat pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering berulang - alik ke Selantan Thailand bagi bertemu dengan bekas pemimpin parti komunis suatu ketika dahulu. Wow, hebat! Jauh betul pemikiran dan pandangan geng - geng Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim ini.

Mungkinkah ada agenda disebalik tuduhan ini ? Jika dilihat sejarah 13 Mei dahulu, juak UMNO menggunakan asbab yang sama bagi melawan pihak oposisi dengan mendakwa bahawa ideologi komunis mula meresap dalam DAP dan mereka ingin memusnahkan Ketuanan Melayu.

Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi, lagi nak dekat pilihan raya. Lagi macam - macam perkara akan terjadi. Apa yang penting sekarang kita sama-sama ceritakan kebenaran pada setiap pelusuk negara ini. Supaya UMNO tumbang dan masa depan negara akan terjamin.

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Sharizat sudah salah langkah kata Rafizi

| comments

Tindakan sharizat jalil mahu menyaman dua orang pemimpin PKR ekoran kenyataan oleh kedua-dua individu berkenaan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) memang ditunggu-tunggu, demikian ulasan pengarah strategik PKR Rafizi Ramli.

Ketua wanita Umno itu, yang kini bercuti selama tiga minggu, memfailkan saman  RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan terhadap Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 19 januari lalu.
 
Mengulas tindakan saman terhadapnya, Rafizi mendakwa bahawa tindakan yang diambil oleh sharizat ini sebenarnya ditunggu-tunggu agar mahkamah boleh menggunakan kuasanya untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.

"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat," katanya

Menurut Rafizi lagi, beliau sangat yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri,
 “Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak,” ujarnya lagi

Biarpun menyedari risikonya memang lebih berat di pihaknya dan Zuraida, sehingga boleh berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, namun mereka tidak gentar kerana sebelum memulakan siri pendedahan skandal itu juga jelasnya, mereka telah pun berbincang dengan peguam-peguam PKR mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman

"Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah," katanya lagi

Jika pimpinan Umno seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar" tambah pengarah strategik PKR itu lagi.

NFC- yang dimiliki suami dan anak-anak Shahrizat menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta dari kerajaan pada 2007, namun sebahagiannya didakwa telah diselewengkan.

Ia termasuk pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, pembelian tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.

Terbaru, KEADILAN dan NGO Jingga 13 mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009.


Konvensyen Pakatan Rakyat 2012 - teks ucapan Azmin Ali

| comments




1. Alhamdulillah, pagi ini Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga disaat suara rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring.
Konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat.
Konvensyen ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap.Pakatan Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis UMNO yang kini berada di ambang senjakala.

2.Bagi pihak KEADILAN saya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada PAS Negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menjadi tuan rumah kepada konvensyen ini.

3. Konvensyen ini adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke13. Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang menuntut sebuah negara Malaysia yang adil dan sejahtera untuk semua rakyat.
Justeru itu, kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada gutter politics dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh UMNO.
Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia.

4. Pakatan Rakyat tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga. Hari ini kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13.
Cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian Pakatan Rakyat.

5. KEADILAN tidak berseorangan. Kita ada sahabat seperjuangan DAP. Kita ada teman sejati PAS. Kita ada Pakatan Rakyat. Come what may.
Pakatan rakyat merupakan parti yang mempunyai substance, punyai kekuatan dan keupayaan untuk mentadbir di Putrajaya.

6. Rakyat sudah tidak sabar lagi untuk melihat pemerintahan demokrasi tulen di Putrajaya berteraskan rule of law dan Perlembagaan Persekutuan.
Rakyat mahu Putrajaya diterajui oleh pemimpin yang bersih dan menyayangi rakyat tanpa mengira ras, agama atau warna kulit.
Rakyat mahu Pakatan Rakyat segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.

7. Hutang negara telah mencecah lebih RM450 billion atau 54% daripada KDNK.Hutang ini akan dibebankan kepada rakyat dan generasi akan datang.Setelah itu, rakyat tambah derita dengan kenaikan harga barang dan dasar cukai barangan dan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh UMNO.

8. 40% daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1500 sebulan.
Anak muda memerlukan pekerjaan dan kadar upah yang manusiawi. Mahasiswa menuntut kualiti pendidikan yang menjamin kebebasan akademik.
Perkhidmatan awam perlu pemerkasaan melalui latihan dan struktur gaji yang setimpal.Kita menolak Skim Baru Perkhidmatan Awam yang tidak menjaga kebajikan majoriti penjawat awam.

9. Malangnya, negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Dato’ Sri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.
Justeru itu, rakyat mahu Malaysia Tanpa UMNO. Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah ini melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

REFORMASI UNTUK MALAYSIA

10. Pakatan Rakyat sudah bersedia menggalas harapan rakyat yang cintakan kebebasan, kebebasan adalah fitrah manusia. Lebih dua ribu tahun yang lalu Julius Ceaser dibunuh oleh sekumpulan senator Rome yang dipimpin oleh Brutus.
Julius Ceaser berada dipuncak kekuasaannya sebagai ahli politik dan negarawan. Dan sumbangan beliau tidak sedikit, beliau telah menjadikan Rome dari sebuah negara kecil kepada sebuah empayar. Tetapi beliau dibunuh kerana mahu merampas kebebasan rakyat Rome.
Setelah Ceaser dibunuh Brutus berucap di depan rakyat Rome dan menanyakan soalan: “Who is here so base, that would be a bondman? – Siapakah di sini yang sebegitu hina hingga mahu menjadi seorang hamba?

11. Semangat kebebasan ini diungkapkan kembali di abad lalu oleh pejuang kemerdekaan India, Mahatma Ghandi: “Freedom is never dear at any price. It is the breath of life. What would a man pay for living?” Kebebasan itu akan ditebus dengan apa harga sekalipun kerana kebebasan itu adalah nafas kehidupan.
Semangat cintakan kebebasan tersebut menjelma di dunia Arab hari ini. Kerana inginkan kebebasan, rakyat Tunisia mengusirkan Ben Ali.
Kerana inginkan kebebasan, rakyat Mesir mengguling Hosni Mubarak.
Insha Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir UMNO dan Barisan Nasional dari Putrajaya.

12. Reformasi adalah agenda pembebasan rakyat. Reformasi juga adalah agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.
Agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya UMNO sahaja yang boleh memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat.
Insha Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau dan antarabangsa.

13. Kita sudah ada Dasar Bersama yang menjadi teras perjuangan Pakatan Rakyat. Kita sudah ada Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan menjadi agenda Malaysia baru milik rakyat.
Kita juga sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara. Kita mempunyai pemimpin yang amanah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri Azizan Razak.
Kita mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malah, sudah pasti kita mempunyai Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi jahat.

KES DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

14. 9 Januari 2012 adalah tarikh kesyukuran rakyat. Hampir 15 tahun, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengharung fitnah dan konspirasi, dipenjarakan dan ingin dipenjarakan kembali.
Beliau melakukan ini semua Demi Rakyat. Beliau mengambil ilham dari doa Nabi Syuaib a.s untuk melakukan “Islah Mas Tata’tum” – melakukan islah, pembaruan, reformasi dengan segenap tenaga.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kepimpinan Pakatan Rakyat yang istiqamah membela Dato’ Seri Anwar dari segala fitnah dan tidak berganjak dari pendirian untuk menobatkan beliau sebagai Perdana Menteri.

15. Alhamdulillah, kebenaran akhirnya muncul dan Dato’ Seri Anwar bebas.
Namun, rakyat masih belum dibebaskan. Tarikh 9 Januari ini juga adalah bersamaan dengan tarikh keramat kepulangan Mahatma Gandhi dari Afrika Selatan yang kemudiannya menginspirasikan kemerdekaan dan kebebasan rakyat India.
Gandhi pulang berbekal pengalaman melihat kebobrokan dasar apartheid dan kezaliman yang melampau.
Atas semangat itu, Gandhi pulang dan berjuang habis-habisan untuk memerdekakan rakyat dan negara India.
Justeru itu, tarikh dan semangat 901 juga akan menjadi sumber inspirasi rakyat Malaysia untuk membebaskan diri daripada perkauman sempit, salah guna kuasa dan kebejatan UMNO.

16. Baru-baru ini juga, Afrika Selatan baru meraikan 100 tahun kelahiran ANC. ANC yang dipimpin oleh Nelson Mandela dan rakan-rakan berjuang melawan kejelekan dasar apartheid sehingga Mandela sendiri terkurung di dalam penjara lebih daripada 25 tahun.
Semangat dan ruh inilah yang dibawa oleh Pakatan Rakyat semenjak gelombang kebangkitan reformasi 1998.
Menolak perkauman, melawan ketidak adilan dalam masyarakat, dan mempertahan demokrasi adalah akar perjuangan Pakatan Rakyat.

17. Dato’ Seri Anwar sendiri telah mengambil inspirasi Mandela ketika membela diri di kandang tertuduh. Kenyataan beliau dari kandang tertuduh atau Statement from the Dock telah mengulang pidato pembelaan Mandela beberapa ketika lalu :
Saya telah berjuang menentang ketuanan kulit putih dan saya telah menentang ketuanan kulit hitam. Saya mengidamkan kewujudan masyarakat demokratik dan merdeka di mana rakyat dapat hidup bersama-sama dalam suasana harmoni dengan peluang yang setara. Ia merupakan cita-cita murni yang saya perjuangkan dalam kehidupan ini. Namun, jika terpaksa, saya sanggup mati demi mempertahankannya.”

18. Saya tidak fikir Dato’ Sri Najib menjiwai perjuangan ANC dan Mandela biarpun beliau hadir ke sambutan tersebut di Afrika Selatan. Hipokrasi Dato’ Sri Najib dan UMNO terserlah sedang beliau dan UMNO adalah pemimpin dan parti politik yang bersifat perkauman.

19. Kita harus mengucapkan syabas kepada Dato’ Seri Anwar, dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah, Presiden KEADILAN, yang sanggup mengharungi pancaroba ini.
Cobaan ini bukanlah untuk mereka yang lemah dan berjiwa kerdil. Dengan segala fitnah dan mehnah terhadap diri beliau, Dato’ Seri Anwar tidak pernah mengganggu usaha dan konsentrasi beliau untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagai wahana perjuangan demokratik rakyat.
Gandingan mereka bukan sekadar menjadikan Pakatan Rakyat sebagai gerakan politik nasional tetapi beliau juga telah memperkenal Pakatan Rakyat sebagai “tahalluf siyasi” yang berteraskan nilai-nilai sejagat
Islam ke seantero dunia.
Dato’ Seri Anwar juga telah meletakkan Pakatan Rakyat dalam peta dan rangkaian manusiawi sejagat dalam perjuangan demokrasi, keadilan dan karamah insaniah.

PAKATAN RAKYAT MENERAJUI MALAYSIA TANPA UMNO

20. Pakatan rakyat adalah sebuah gerakan politik Pencerahan – Enlightened Political Movement. Perjuangan ini berteraskan ilmu, idealisme dan gagasan politik untuk kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Pakatan Rakyat menangani berlandaskan perbincangan dan perdebatan sihat.
Berbeza dengan UMNO yang hanya berdasarkan emosi, fitnah dan veto kekuasaannya untuk menyelesaikan perbezaan sesama mereka.

21. Kita mahu membebaskan rakyat daripada hegemoni UMNO yang sudahterlalu membarah dalam masyarakat. Pembebasan rakyat adalah kekuatan Pakatan Rakyat untuk membina sebuah Malaysia yang gagah, A Mighty Malaysia. Inilah yang akan kita perjuangkan:

Dari robohan Kota Melaka,
Jiwa merdeka kita bangunkan,
Tanpa UMNO hilang petaka,
Malaysia gagah kita majukan.

901 Ucapan Kak Wan

| comments


Semalam , tanggal 9 Januari 2012 adalah suatu detik sejarah baru untuk Malaysia. Suatu peristiwa yang pastinya menggamit jutaan memori perjuangan rakyat yang berlanjutan hampir 14 tahun lamanya.

Seawal pagi lagi, ribuan pendokong dan penyokong keadilan sudah berada di perkarangan letak kereta di Mahkamah Tinggi Jalan Duta menanti kehadiraan Anwar dan saya serta keluarga.

Ini sungguh memberikan semangat dan kekuatan kepada kami sekeluarga untuk mendepani dengan apa jua keputusan hakim mengenai kes fitnah 2 ini yang berlarutan.

Alhamdulillah, dengan berkat doa, usaha dan tawakkal selama ini, mahkamah telah memutuskan bahawa Anwar dibebaskan dari segala pertuduhan yang difitnah kepada beliau.

Tatkala ini, adalah satu saat dan memori yang paling indah bagi keluarga kami. Segala syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T.

Justeru, saya dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga selama ini dengan sokongan dan kesabaran yang menambahkan semangan perjuangan kami untuk membela kebenaran Anwar.

Segala pengorbanan rakyat selama ini, didoakan agar menjadi saksi perjuangan menentang kezaliman, kerana Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Jihad yang paling utama adalah kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim.” (HR Ahmad)

Maka, jelaslah sekarang kebenaran itu adalah hak bagi kita semua yang dizalimi. Insya Allah, kebangkitan rakyat khususnya golongan muda akan menggerakkan zaman demi kesuburan demokrasi.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit