Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan

6+3 Untuk Orang Pahang, Pilih Pakatan Bukan Umno

| comments


Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran peringkat negeri bersama tiga tawaran peringkat persekutuan untuk menyelamatkan Pahang daripada kezaliman Umno BN.

Tawaran peringkat kerajaan Persekutuan ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tawaran peringkat Pahang itu ditandatangani Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Mengikut Harakah Daily, semua tawaran berkenaan diumum kepada lebih 20,000 orang yang menghadiri Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Kerdau, malam tadi.
TAWARAN PERINGKAT PERSEKUTUAN
PERTAMA: Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, Bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

KEDUA: Memberikan Royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya lima peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak.

KETIGA: Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut – Benta, Jerantut –Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub – Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.


TAWARAN PERINGKAT NEGERI
PERTAMA: Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah serta menstruktur semula Kampung- kampung Baru dan Kampung Tersusun.

KEDUA: Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

KETIGA: Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KEEMPAT: Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

KELIMA: Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

KEENAM: Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri.


Apakah jika pakatan menang, rakyat Pahang akan dapat menikmati apa yang dijanjikan ini?, jika masih baca surat khabar arus persana dan TV3 suku, pastinya tak boleh, tapi cuba tanya pada rakyat Selangor dan Pulau Pinang, jawapan yang diberikan ialah ia boleh ditunaikan, 
Buktinya?
Rakyat Selangor dan negeri lain yang ditadbir Pakatan telah merasainya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Menteri Besar Pahang Yang Takbur

| comments (3)

Sapa tak kenal dengan menteri besar pahang ni, banyak cerita dah tentang dia ni, dari cerita tunjuk isyarat lucah kepada ajak rakyat orang asli bertumbuk, jenis pemimpin macam nei lah yang jadi menteri besar.. masalahnya siapa yang pilih.. betul ke rakyat Pahang nak dia ni jadi menteri besar?.

Selama dia ni jadi menteri besar pahang, banyak sangat ke perubahan yang dicapai, tak ada ke orang lain yang layak diangkat umno untuk dijadikan menteri besar?,

Menteri besar sorang nei perangai ala gangster cikit, sendiri boleh nilai kan. bercakap kasar, tak hormat orang, dia lupa agaknya bila-bila rakyat Pahang boleh "berhentikan" dia dari jawatan menteri besar tu.

tapi dia ni pulak jenis cakap besar, takbur.. ni pulak dia dah janji nak kerat telinga kalau bn kalah di bentong, dah kerat telinga dia nak campak telinga tu dalam sungai pahang, lepas campak telinga dia tu, dia janji nak terjun sungai pahang...

korang nak tengok tak.. kali ni kita tengok dia nak tunai tak janji tu.. kalau nak tengok bagi bn dekat bentong kalah.. kah..kah..kah

Jangan cakap besar dan takbur.. kuasa dan perancangan tuhan ko belum tau lagi bro...





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Janji Dicapati, Bukti umno BN Amal Politik Dendam

| comments

Penduduk 8 buah kampung di pinggir Sungai Pahang mendesak kerajaan negeri Pahang mengambil tindakan segera agar meneruskan pembinaan jalan baki 15 kilometer yang gagal disiapkan.
 
Dalam aduannya kepada Konvoi Cakna Rakyat PAS Pahang, wakil penduduk Suhaimi Abdul Manan, 51, berkata jalan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai itu amat perlu kepada lebih 5,000 penduduk berulang-alik daripada kampung berkenaan.

Inilah satu-satunya jalan yang digunakan penduduk untuk mengeluarkan hasil pertanian, pelajar bersekolah dan perhubungan untuk berurusan ke Temerloh dan Maran.

“Pada ketika ini kami terpaksa menggunakan jalan kampung pesisir Sungai Pahang yang sempit, mudah dinaiki air bila musim tengkujuh dan sudah tidak sesuai lagi kerana banyak kenderaan.

“Dengan itu kami mendesak Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan segera agar meneruskan pembinaan jalan tersebut bagi membuktikan kerajaan benar-benar membela nasib rakyat seperti yang digembar-gemburkan,” katanya.

Menurut Suhaimi yang juga bekas Ketua Kampung Guai, projek jalan pesisir Sungai Pahang sejauh 25 kilometer itu pada asalnya telah dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dengan peruntukan daripada  sebanyak RM48 juta sekitar di penghujung tahun 1980-an.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM22 juta sudah digunakan untuk pembinaan jalan dan membayar tanah-tanah penduduk yang terlibat dengan pengambilan.

Malangnya apabila DAP memenangi Dun berkenaan (Triang) tahun 1990 melalui Leong Ngah Ngah, projek tersebut dihentikan. Apabila LKWJ dibubarkan pada tahun 2000, wang  baki lebihan RM26 juta telah dikembalikan Kerajaan Pahang kepada Kerajaan Pusat dengan pembinaan jalan tersebut gagal disiapkan.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Video Ceramah DSAI Di Kuantan Pahang.

| comments

Ceramah DS Anwar Ibrahim dalam Jelajah Merdeka Rakyat di Kuantan, Pahang 2 November lalu, Sila share link ini kepada sahabat anda.
 


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Adnan Yaakob Kepanasan, Gabungan Desak Letak Jawatan.

| comments (1)

Gabungan TUKAR MB Pahang (TUKAR) mendesak Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob yang seringkali berhujah kasar dan menghina orang ramai untuk meletak jawatan.

 Dalam himpunan aman yang dianjurkan oleh Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) di depan Wisma Sri Pahang pada dua hari yang lepas, pertuturan Adnan Yaakob yang kasar bukan sahaja menghina kumpulam Orang Asal di Malaysia, malahan tidak menghormati rakyat di seluruh Malaysia.


Dalam perjumpaan dengan Orang Asal pada pagi tersebut, Adnan Yaakob mencabar salah seorang orang asal yang mempertikaikan sama ada beliau dapat menyelesaikan Isu Orang Asal untuk keluar bergaduh.Nak baik boleh, nak keras boleh. Kalau nak keras mari keluar dua-dua.

Disamping bertindak kasar dengan rakyat Pahang, Adnan Yaakob juga mengeluarkan ayat-ayat kasar yang menghina sepertiawak ingat kawan ini peram telur ke?”, “Bangang” dan “Bodoh”.

Yang paling melampau ialah ayat “awak ingat dapat anak seorang cucuk sekalikah? BODOH!” yang jelas menghina kaum wanita.

Kami merasa kecewa dan kesal dengan sikap Adnan Yaakob yang tidak mengendah tentang permasalahan yang menimpa rakyat di negeri Pahang, tetapi menghina rakyat yang datang dari jauh untuk berjumpa dengannya.

Dengan kebiadapan dan kelakuannya, Adnan Yaakob memang tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Negeri Pahang. Dia bukan sahaja memalukan diri sendiri, malah menjatuhkan maruah rakyat negeri Pahang yang diwakilinya.

Sebelum ini, Adnan Yaakob memang terkenal dengan kekasarannya dengan memarahi wartawan “Bodoh” serta mengeluarkan hujah “mati jahanam” di sidang Dewan Undangan Negeri Pahang.

Gabungan Tukar dengan keras sekali menolak Menteri Besar sebegini untuk menjadi wakil rakyat negeri Pahang dan menyeru Adnan Yaakob untuk meletak jawatan.

Adnan Yaakob bukan sahaja perlu meminta maaf atas hujah-hujahnya, malah harus meletak jawatan.”

Gabungan Tukar turut menyeru NGO dan pertubuhan wanita di seluruh Malaysia bangkit untuk mempertahankan maruah golongan wanita dan orang asal di samping menolak Adnan Yaakob daripada menjadi Menteri Besar Negeri Pahang.

Lee Chean Chung
Penyelaras
Gabungan Tukar MB Pahang


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit