Memaparkan catatan dengan label MCA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MCA. Papar semua catatan

umno Jadi Tikus Tunggangan mca

| comments

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha telah menempelak apabila saya menegaskan bahawa MCA adalah parti yang anti-Islam .

Saya melihat beliau pura-pura bertanya: "Adakah PAS juga menganggap DAP sebagai anti-Islam?"

Persoalannya, kenapa pula setiausaha agung MCA bertanya demikian? Bukankah pemimpin pemimpin MCA, terutamanya dalam media milik mereka The Star secara konsisten menegaskan kepada masyarakat non-Muslim bahawa "undi untuk DAP adalah undi untuk hudud"?

Ertinya MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud. Maka apa masalah DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat? Dan apa perlunya PAS menganggap DAP anti-Islam pula? MCA yang sangat ketara sikap anti-Islamnya.

Pemimpin MCA juga selalu mengulang kenyataan bahawa "DAP tunduk kepada PAS".

Selayaknya tidak berbangkit persoalan yang dikemukakan oleh setiausaha agung MCA tersebut sebaliknya apa yang pasti ialah MCA sangat tegar menentang Islam.

Presiden MCA pada 23 September 2011 pernah menegaskan di hadapan para wartawan, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar BN. Ekoran ugutan keras MCA, sehingga kini Umno terpaksa menikus demi kepentingan survival politik mereka.

Pada 4 Disember 2011, selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Datuk Seri Chua Soi Lek menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan.

Malah beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.

Menambah "kecutnya" Umno berdepan MCA ialah apabila presiden MCA itu menulis dalam Twitter pada 1 Julai 2012 (sebagai respon kepada ADUN Kemelah yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor) bahawa:

"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam."

Dituduh hilang akal pun, Umno masih tidak mampu membentak MCA apa lagi mengambil apa-apa tindakan berkesan ke atas MCA agar tidak biadab terhadap Islam dan penganutnya seperti menuduh hilang akal, habis idea dan sebagainya.

NASRUDIN HASSAN ketua Pemuda PAS.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib Seolah-Olah Restui Hinaan Soi Lek Terhadap Hudud

| comments

Kenyataan Chua Soi Lek tentang Hudud adalah satu penghinaan yang nyata terhadap agama Islam.



Saya sifatkan ianya sebagai satu serangan yang biadap dan telah menyinggung perasaan umat Islam.

Penghinaan tersebut dilakukan di hadapan Datuk Seri Najib Razak dan ini juga bermaksud menghina beliau sebagai PM dan tetamu khas konvensyen mereka tempoh hari.

Lebih parah lagi, kenyataan Chua Soi Lek tersebut seolah-olah dipersetujui oleh Datuk Seri Najib Razak.

Kebisuan total Datuk Seri Najib Razak tentang perkara ini jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang salah. Satu tindakan yang amat memalukan dan tidak mampu dipertahankan lagi.

ANWAR IBRAHIM


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kenapa Orang Umno Masih Mahu Sokong Penghina Islam?

| comments

Kenapa orang umno masih mahu sokong be-end, padahal dalam parti timbang itu sudah jelas-jelas ada sebuah parti yang terang-terangan menghina hukum ALLAH.

Makanya bila ada puak yang menyokong puak-puak yang begini, terang-teranglah kita juga bersengkongkol dengan mereka.

Tak gunalah orang umno kalau nak bercerita soal bangsa, padalah agama itu martabatnya lebih tinggi dari bangsa. tak guna la memperjuang bangsa melayu, padahal soal agama mereka akur dan boleh tolak ansur pada sekutu mereka.. MCA.

Inilah yang dijaja oleh makcik-makcik pencinta lembu NFC, mereka akan jaja cerita pasal bangsa, padahal sekutu mereka bukan setakat rasis, tapi juga penghina agama Islam tegar.

Mereka menghentam DAP, padalah kerajaan pulau pinang DAP itu beri bantuan kepada sekolah AGAMA tanpa berbeza fahaman AGAMA, kerana ketua menteri Pulau Pinang bukan umno itu percaya rakyat yang baik datangnya dari rakyat yang patuh pada Agama, jadi sistem pembelajaran Agama Islam dibantu walaupun dia bukan seorang islam.

Presiden MCA yang seringkali menghina islam itu pula bukan setakat memperbodohkan orang melayu, malah menghina agama orang melayu yang kebanyakkanya Islam, walaupun sekarang orang melayu ada juga yang sudah tidak Islam.

Pun begitu masih ada yang sayang, masih ada orang melayu yang mahu bela, dan lebih malangnya orang melayu itu adalah orang melayu yang ketinggalan zaman, kerana hanya bergantung kepada sumber berita TV dan surat khabar yang tidak sesekali mahu siarkan penghinaan raja porno ini terhadap hukum ciptaan tuhan.

Bagi mereka MCA itu umno, MIC juga umno, dulu kini dan selamanya mereka cinta pada dacing, pahala zaman moden ini orang sudah pakai timbang digital yang lebih tepat dan betul timbangannya berbanding dacing yang sudah kuno dan usang itu.



 


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pertahan Umat ISlam Kerja Maksiat, MCA Harus Dihapuskan.

| comments (1)

Presiden MCA chua soi lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.

Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut

Hah, tengok tu. Chua Soi Lek ni memang dari dulu memusuhi Islam, tapi sebab dia bersahabat dengan umno maka dia kebal, cubalah Chua Soi Lek ni pemimpin DAP TV3 suku dan utusan meloya akan main isu soi lek hina Islam setiap hari.

Tapi benda ni senyap je sebab dia ni cina kawan umno. umno pulak kita dah tahu memang kalaudengan rakan sekutu dia akan diam, konon aje lah umno itu pembela bangsa dan negara.. nak harap bela islam? sendiri tengok la pemimpin umno macam mana.

Soi lek yang
suka melayu islam kerja di pusat judi di negeri syaitan genting highland ni harus dibenamkan dalam pilihanraya akan datang, tapi tak tahu la kalau ade lagi tegar umno yang masih nak undi MCA nanti kan..


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Umno Hampir Bubar Semalam Kerana MCA?

| comments

Semalam kecoh bila sebuah akhbar laporkan MCA kedah sokong hukum hudud dilaksanakan.. umno yang memang tak nak hudud dilaksanakan tu dah hampir pitam.. kenapa pulak MCA rakan baik dia sokong hudud pulak. 

Memang cemas la kejap umno semalam sampaikan mungkin ada mesyuarat dibuat mereka, jika MCA benar sokong hudud,, Umno nak keluar BN. takpun umno tu kene dibubarkan supaya MCA tak menang pilihanraya.

MCA sokong hudud.. itu dah tikam umno dari brlakang. padahal beberapa orang pemimpin umno sendiri pernah pertikai hukum hudud.. malah seorang bekas pemimpin umno pernah cakap akan tentang habis-habisan jika hudud dilaksanakan.

Takkan MCA lebih faham tentang hukum Islam berbanding umno?.. ini sungguh pelik.

Tapi hari ini umno boleh tarik nafas lega. MCA Kedah sebenarnya tak pernah pun sokong hudud...

MCA Kedah dah pun mintak sebuah akhbar berbahasa Melayu memohon maaf berikutan laporan akhbar itu yang bertajuk 'MCA Kedah Sokong Hudud' semalam.

"Saya sangat kecewa kerana lain yang ditanya dan lain pula yang ditulis. Semasa temu bual itu berlangsung, saya tidak dengar pun wartawan itu menyebut perkataan hudud tetapi apabila berita keluar, ia berkaitan dengan hudud," Kata Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew.

Hurmmm.. umno mesti lega sekali kan... tak jadi umno nak keluar BN, sebab MCA tak sokong Hudud... sama macam umno jugak.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit