Memaparkan catatan dengan label JPN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JPN. Papar semua catatan

Awas, SPR dan JPN Boleh Matikan Anda Bila-Bila Masa Diorang Suka

| comments

Seorang pengundi di Dun Kuala Kubu Baharu Parlimen Hulu Selangor terkejut apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan beliau sudah meninggal dunia.

Mohamad Diah Arjan berkata, beliau sangat hairan apabila semakan yang dibuat di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan " Record not found" sedangkan namanya ada dalam sistem semakan di pejabat pos Kuala Kubu Baharu.

Selepas membuat semakan di pejabat pos, beliau yang bernombor kad pengenalan 691130 01 5063 membuat semakan di JPN Kuala Kubu Baharu dan pegawai bertugas memaklumkan bahawa ada menerima laporan berhubung kematian beliau tetapi belum disahkan lagi.

"Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Saya bertanya bagaimana ia boleh berlaku dan pegawai bertugas memaklumkan ada kesilapan di JPN Putrajaya.

"Selepas seminggu saya datang semula ke JPN Kuala Kubu Baharu dan status telah dibetulkan, bahawa saya masih hidup dan sihat walafiat,
" kata beliau dalam aduan yang dihantar kepada Harakahdaily .

Dalam jawapan kepada aduan yang dibuat beliau sebelum ini, SPR memaklumkan semakan telah dibuat menerusi pangkalan data JPN ke atas nombor kad pengenalan 691130 01 5063 dan didapati bahawa status rekod Mohamad Diah adalah 'telah meninggal dunia'.

Sehubungan itu, SPR meminta Mohamad Diah membuat pembetulan maklumat di JPN dan memaklumkannya kepada SPR untuk kemasukan semula rekod beliau sebagai pemilih.

Namun ujarnya, semakan yang dibuat di laman web SPR pada jam 1.40 pagi tadi tetap mendapati "record not found".

Justeru beliau menggesa SPR mengambil tindakan segera bagi mengatasi kepincangan itu supaya beliau dapat mengundi pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya harap pihak SPR dapat mengambil tindakan segera supaya saya dapat mengundi dalam PRU 13.

"Jangan kesilapan yang dibuat oleh JPN dan SPR menyebabkan saya tidak boleh mengundi dalam PRU 13.Satu kezaliman kepada rakyat biasa seperti saya
," katanya.

Malaysia serba boleh, awas, anda mungkin akan dimatikan esok, sebab SPR dan JPN buat negara ini macam bapak najib yang punya.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Tidak dapat BR1M Kerana "Dibunuh" JPN

| comments

Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan tidak lengkap.

Bagaimanapun, seorang pesara polis di Bandar Seri Jempol, dekat sini terkejut apabila mendapati masalah itu berpunca daripada kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merekodkannya sebagai sudah meninggal dunia.

Segalanya terbongkar apabila Abdullah @ Abd Lah Ujang, 65, datang ke pejabat JPN di sini untuk mendaftarkan kematian isterinya pada 29 Februari lalu.

Saya terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila pegawai JPN memberitahu saya tidak boleh daftarkan kematian­ isteri saya, disebabkan saya sudah meninggal dunia pada 1 September 2000."

Menurutnya, dia pernah membuat rayuan­ berhubung permohonan BR1M, tetapi, sehingga kini belum terima sebarang jawapan.

Tarikh saya direkodkan meninggal dunia itu sebenarnya tarikh saya bersara sebagai anggota polis,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Taman Seri Serting, Bandar Baru Jempol, semalam.

Bapa lima anak itu kemudian­ dinasihatkan pegawai JPN membuat surat akuan sumpah mengesahkan dia sebenarnya masih hidup.

Segala maklumat berkaitan­ saya sudah serahkan kepada JPN, malah pegawainya juga ada datang ke rumah ".

Abdullah berkata, dia bimbang kemungkinan menghadapi masalah lain kesan daripada kesilapan itu, terutama ketika berurusan dengan jabatan­-jabatan lain.

Saya harap JPN selesaikan masalah saya dengan cepat. Saya bimbang ia menjejaskan peluang saya mengundi pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

Hai, macam-macam JPN ni, yang sudah mati dikatakan masih hidup, yang hidup pula diistihar sudah mati, memang tak bersih la senarai undi nampaknya, sebab perkara hidup mati pun JPN tak pandai jaga.

AMANAH, CEKAP DAN MESRA, "tukanglawan" rasa dah patut tukar slogan tu.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Jingga13 di bukit aman...

| comments


Pemberian kewarganegaraan kepada individu atau "orang asing" yang tidak layak menerimanya adalah satu kerja kotor yang boleh dianggap sebagai pengkhianatan kepada negara dan rakyat.

Umnoapco telah melakukan perkara itu, bukti juga telah ada dan laporan polis juga telah dibuat berhubung perkara yang dibimbangi akan membuatkan negara ini menjadi huru hara kerana pemberian kewarganegaraan secara mendadak dan dalam skala yang besar kepada "orang asing" ini.


Apakah kita mahu perkara yang sama terjadi di Sabah berlaku di semenanjung?, awas ia memang sebenarnya sedang dilakukan umnoapco

Pengkhianatan ini menyebabkan kes jenayah seperti rompak, pecah rumah dan rogol meningkat mendadak sekali.

Dan siapa yang bertanggungjawab sehingga masalah itu semua berlaku, jawapannya mudah, sila baca petikan dari sebuah portal TV negara jiran (klik sini)


 
"Keberadaan para nelayan keturunan Bone dan Enrekang ini telah diakui pihak Kerajaan Malaysia. Sebagai bukti, mereka telah memegang may card, semacam kartu tanda penduduk. Bahkan, Partai United Malay National Organization (UMNO), partai terbesar Malaysia menjadikan mereka sebagai basis perolehan suara."

umnoapco barisan nasional yang kononnya pembela bangsa, agama dan negara itu lah sebenarnya pengkhianat besar, bukankah umno itu anak emas si penjajah Inggeris?, jadi apakah mereka benar-benar mahu menjaga maruah dan negara kesayangan kita ini.


Dalam sejarah, umnoapco la satu-satunya parti politik yang dikekalkan oleh inggeris semasa zaman kebangkitan rakyat menuntut kemerdekaan, apa jadi dengan parti politik lain yang keras menentang penjajah, parti-parti itu diharamkan, dan ramai pemimpin rakyat ditangkap dan dipenjarakan, sama seperti yang kerajaan umnoapco lakukan sekarang.


Masih mahu lagi bukti derhakanya umnoapco ini kepada rakyat?, bukankah melalui beberapa agensi kerajaan perbuatan khianat ini dilakukan,,,, antaranya dengan salah guna JPN,baiklah anda boleh baca dari sumber dibawah.


1-Bukti 1
2-Bukti 2
Jesteru itu, tindakan JINGGA13,  menghantar memorandum kepada ketua polis negara (KPN) amat tepat sekali, laporan polis yang telah dibuat biarkan sahaja, kerana kita semua tahu ia tidak memberi apa -apa kesan selagi umnoapco masih berkuasa. tak perlu kita salahkan polis kerana semua rakyat sudah tahu polis tidak mampu melakukan apa-apa lagi selagi tangan ghaib masih mahu mengawal segala-galanya .



Tapi, apakah kita sebagai rakyat malaysia yang cintakan negara ini sanggup mengizinkan apa yang berlaku ini, sedangkan kebanjiran ramai "orang asing tanpa izin" pun sudah cukup menjadi masalah berat buat negara..apakah mahu ditambah masalah sedia ada dengan memberikan mereka ini semua taraf kewarganegaraan?



Dengan penyerahan memorandum tersebut diharap Ketua Polis Negara dapat mengambil tindakan drastik menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam pengkhianatan kepada rakyat dan negara ini demi atas rasa kecintaan dan kedaulatan negara.

Dan sebagai rakyat, sekarang kita juga harus mempertahankan negra ini, kita harus bertindak dengan menumbangkan kerajaan umnoapco yang secara jelas ialah sebenarnya pengkhianat negara. apakah anda masih mahu memilih umnoapco sebagai parti yang menjadi kerajaan pada PRU13 nanti. atau anda mahu lakukan perubahan "Drastik" menumbangkan umnoapco demi negara tercinta ini?

Jingga 13 bertindak lagi

| comments


Berikutan pendedahan sebuah stesen TV berpengaruh Indonesia, SCTV di dalam laman sesawang rasminya berkenaan isu ribuan nelayan bugis yang diberi status warganegara,sebuah badan bukan kerajaan (NGO) JINGGA13 telah telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut

Laporan itu dibuat oleh NGO tersebut pada lebih kurang jam 3petang di ibupejabat polis Dang Wangi itu berdasarkan kesedaran betapa bahayanya dan kritikalnya isu ini,


Apa yang membimbangkan ialah adanya salahguna kuasa oleh parti terbesar di negara ini, halaman itu menyatakan mereka diberikan taraf kewarganegaraan oleh UMNO..

"Keberadaan para nelayan keturunan Bone dan Enrekang ini telah diakui pihak Kerajaan Malaysia. Sebagai bukti, mereka telah memegang may card, semacam kartu tanda penduduk. Bahkan, Partai United Malay National Organization (UMNO), partai terbesar Malaysia menjadikan mereka sebagai basis perolehan suara."

Ini adalah perbuatan khianat kepada negara sebenarnya, apakah umno menggunakan kuasa yang ada untuk mengarahkan JPN dengan sengaja memberi kewarganegaraan sesuka hati kepada golongan ini dengan tujuan manipulasi pilihanraya.

Jesteru itu Polis mesti menyiasat perkara ini , Umno sedang menjual negara dengan menggunakan kuasa yang ada supaya terus kekal berkuasa dengan cara memberi kerakyatan sesuka hati..

Umno penderhaka dan pengkhianat negara.

SPR buat lagi dah................

| comments




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) buat hal lagi khabarnya, Pemilik IC merah (maksudnya bukan warganegara) pun boleh mengundi, semakan nombor kad pengenalan mereka menunjukkan nama mereka ada dalam rekod pemilih SPR.

Bukti manipulasi dalam pilihanraya itu boleh dirujuk kepada pengundi bernama  Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan bernombor 880306114096 yang akan mengundi di Kg Bukit Payung, daerah mengundi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut dan Parlimen Besut di Terengganu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan 880306114096 itu ternyata seorang penduduk sementara yang boleh dibuktikan menerusi semakan JPN.

Semakan" tukang lawan" pada jam 6 pagi ini mendapati laman sesawang semakan semakan JPN ditutup untuk selengaraan.

Semakan JPN

Menurut Suhaizan Kaiat lagi, Numi boleh mengundi di Dun Hulu Besut, Parlimen Besut di negeri Terengganu berdasarkan daftar pemilih terkini yang disediakan oleh SPR.

Bukti kedua pula boleh dirujuk kepada pengundi bernama Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

Bukti ketiga pula melibatkan pengundi bernama Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor, katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di kuala lumpur, semalam

Semakan SPR pagi ini
Untuk lebih kepastian berhubung perkara itu, "tukanglawan"cuba pula menyemak rekod di SPR, namun rekod dari SPR mungkin telah dilumpuhkan sementara waktu.kerana apa jua nombor dimasukkan rekod tidak dijumpai.

Jika benar rekod bagi ketiga-tiga pemilik kad pengenalan merah tersebut memang tiada didalam rekod SPR, mustahil dengan memasukkan nombor kad pengenalan kontroversi milik Mismah yang bernombor 640704715238 juga tiada dalam rekod, kerana sebelum ini nombor MyKad milik individu tersebut jelas ada didalam rekod milik SPR.


Semak IC Mismah
Apakah ada kemungkinan sesawang berkenaan dilumpuhkan sementara bagi membolehkan kemaskini rekod dilakukan bagi menutup perbuatan keji ini?

'Kali ini Pemuda PAS akan membongkar satu lagi manipulasi dalam pilihanraya yang membabitkan penduduk sementara pula. Seluruh  Malaysia mahu penjelasan daripada JPN dan SPR berhubung dengan bukti-bukti itu.

Semakin banyak bukti kecurangan yang dilakukan oleh SPR dan JPN untuk membolehkan umnoapco terus kekal berkuasa, SPR dan JPN sebenarnya sedang mendesak rakyat malaysia yang cintakan demokrasi untuk sekali lagi turun berdemonstrasi untuk reformasi.



@TUKANGLAWAN Tidak yakin SPR dan JPN boleh dipercayai lagi...



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit