Awas, SPR dan JPN Boleh Matikan Anda Bila-Bila Masa Diorang Suka

| comments

Seorang pengundi di Dun Kuala Kubu Baharu Parlimen Hulu Selangor terkejut apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan beliau sudah meninggal dunia.

Mohamad Diah Arjan berkata, beliau sangat hairan apabila semakan yang dibuat di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan " Record not found" sedangkan namanya ada dalam sistem semakan di pejabat pos Kuala Kubu Baharu.

Selepas membuat semakan di pejabat pos, beliau yang bernombor kad pengenalan 691130 01 5063 membuat semakan di JPN Kuala Kubu Baharu dan pegawai bertugas memaklumkan bahawa ada menerima laporan berhubung kematian beliau tetapi belum disahkan lagi.

"Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Saya bertanya bagaimana ia boleh berlaku dan pegawai bertugas memaklumkan ada kesilapan di JPN Putrajaya.

"Selepas seminggu saya datang semula ke JPN Kuala Kubu Baharu dan status telah dibetulkan, bahawa saya masih hidup dan sihat walafiat,
" kata beliau dalam aduan yang dihantar kepada Harakahdaily .

Dalam jawapan kepada aduan yang dibuat beliau sebelum ini, SPR memaklumkan semakan telah dibuat menerusi pangkalan data JPN ke atas nombor kad pengenalan 691130 01 5063 dan didapati bahawa status rekod Mohamad Diah adalah 'telah meninggal dunia'.

Sehubungan itu, SPR meminta Mohamad Diah membuat pembetulan maklumat di JPN dan memaklumkannya kepada SPR untuk kemasukan semula rekod beliau sebagai pemilih.

Namun ujarnya, semakan yang dibuat di laman web SPR pada jam 1.40 pagi tadi tetap mendapati "record not found".

Justeru beliau menggesa SPR mengambil tindakan segera bagi mengatasi kepincangan itu supaya beliau dapat mengundi pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya harap pihak SPR dapat mengambil tindakan segera supaya saya dapat mengundi dalam PRU 13.

"Jangan kesilapan yang dibuat oleh JPN dan SPR menyebabkan saya tidak boleh mengundi dalam PRU 13.Satu kezaliman kepada rakyat biasa seperti saya
," katanya.

Malaysia serba boleh, awas, anda mungkin akan dimatikan esok, sebab SPR dan JPN buat negara ini macam bapak najib yang punya.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit