Menteri Menipu lagi, Kalau dah buih tu buih jugak.

| comments

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyeleweng berhubung kejadian kemalangan yang menyebabkan 17 cedera ketika Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Sabtu lalu.

Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata beliau sepatutnya memohon maaf, mengakui kesalahan dan bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.

Ahmad Shabery menyalahkan takdir kononnya semua yang berlaku sudah takdir,” kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan semalam.

Kemudian katanya beliau menipu kononnya semua mangsa termasuk keluarga menerima kejadian tersebut dan tidak menyalahkan penganjur dengan mengatakan semua mereka redha sedangkan keluarga mangsa dalam proses menyaman pihak penganjur.

Terbaru pula Menteri terbabit cuba mengalihkan isu dengan memberikan maklumat salah kononnya semua berpunca kerana tidak ada badan mengawal selia acara sukan seperti itu dan Kementerian akan mewujudkan badan yang mengawal selia.

“Ini satu maklumat yang salah,
” ujar Chegubard.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) semalam tampil memberi penjelasan Ahmad Shabery bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor.

Ketua Pengarah Eksekutif MAM Datuk Razlan Razali mengakui bahawa MAM merupakan salah satu dari badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami,” katanya.

Menurut Razlan, pihak penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan melainkan dengan hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar
.

Tengok, menteri menipu, Kementerian buat acaran pun main ala kadar je, so kalau kementerian macam ni apa tugas sebenar kementerian?. Kementerian Belia dan Sukan buat program, jangan rasa selamat walaupun kementerian yang buat, sebab dia ingat dia menteri semua ok. sebab itu kelulusan MAM pun diorang tak mintak.

Yang berjoget dan gelekx2 macam hishamuddin dengan khairi buat tak perlu kelulusan, sebab halal bagi umno, tapi pak menteri benda yang melibatkan Nyawa ini kene ada kelulusan, itu pun tak tau ke?
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit