Perkasa Mungkin Disaman RM500,000.00

| comments

Ahli-ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menggesa supaya Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang diambil tindakan terhadap kesalahan melakukan pencemaran dan pembakaran terbuka dalam demonstrasi jalanan mereka.

Ahli Majlis, Ong Ah Teong berkata, gara-gara melakukan pembakaran terbuka, Perkasa boleh berdepan dengan hukuman denda sebanyak RM500,000 mengikut Akta 29 (a) Bahagian Alam Sekitar (DEO).
Denda ini boleh dikeluarkan DEO sekiranya mereka mengambil tindakan yang tegas, bukan setakat pihak DEO tetapi kejadian ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya pihak polis dan anggota bomba mengambil tindakan dengan lebih cepat,” katanya.

Bukan itu sahaja, Perkasa turut berdepan dengan denda sebanyak RM1,000 bagi kesalahan mencemarkan empat jalan di kawasan Georgetown termasuk Jalan Pinhorn, Jalan Sungai, Jalan Datok Keramat dan Jalan Ria.

Denda sebanyak RM250 bagi kesalahan mencemarkan setiap satu jalan itu adalah mengikut Akta Kerajaan Tempatan.


Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan wakil Perkasa negeri ini yang mengambil tindakan dengan membuat pembakaran terbuka ketika mengadakan demonstrasi pada 25 Mei lalu di bawah bangunan Komtar.

Dalam demonstrasi berkenaan Ketua Wira Perkasa negeri, Mohd Rizuad Mohd. Aizuddin hadir bersama 20 ahlinya selepas solat Jumaat berhimpun untuk membakar kesemua baju yang diterimanya melalui satu bungkusan.

Menurutnya, individu terlibat yang enggan dikenali turut mengirimkan kepadanya sepucuk surat yang meminta Perkasa membakar baju-baju berkenaan.

Dia juga memaklumkan hanya mahu menunaikan hajat individu berkenaan yang mahu Perkasa membakar semua baju Bersih 3.0.

Disebabkan perkara itu, Ahli Majlis antaranya Ramlah Bee Asiahoo, Harvinder Singh, Mohamed Yusoff Mohamed Noor, Felix Ooi, Lim Siew Kim dan Mohd Rashid Hasnon mengemukakan bantahan mereka kepada DEO dan bomba.

Mohd Rashid berkata, tindakan Perkasa berkenaan hanyalah menunjukkan etika dan moral yang rendah.

Ia tidak boleh dijadikan contoh dan tauladan kepada anak muda masa kini, sepatutnya jika ada masalah perlu melalui saluran yang betul.

“Tambahan lagi mereka sesuka hati membuang sampah dan perlu diambil tindakan,
” katanya.

Tapi janganlah Ahli perkasa risau sangat, Sebab perkasa itu kesayangan umno, tiada tindakan akan diambil terhadap mereka oleh kementerian Alam Sekitar, sebab sama juga seperti umno, Perkasa itu kebal dan boleh lakukan apa saja termasuk keganasan kerana ini tanah tumpah datuk nenek Ibrahim Ali.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit