Cerita ini tak ramai yang sedar, "tukanglawan" pun hari ini baru tahu, ini hakikat sebenar yang terjadi di malaysia, apa terjadi kepada satu golongan yang seharusnya dibela bukan dipersiakan.
Dan anda jangan terkejut bila membacanya.
Tahukah anda apa jadi kepada anak-anak terbuang yang ditinggalkan ibu bapa mereka, nasib anak-anak yatim yang dijaga oleh jabatan kebajikan masyarakat, selepas mereka dewasa, mungkin kita fikir mereka dibela dan dijaga sehingga mereka mampu berdikari. jika itu pandangan kita semua kita telah tersilap.
Tahukan anda anak-anak ini menjadi antara orang paling malang dalam negara ini, malah lebih malang dari pendatang asing, kebanyakkan hidup yang kebanyakkan punya cita-cita dan punya peluang berjaya dalam hidup mereka, berakhir dengan menjadi penjenayah dan pengemis malah ada yang jadi pelacur.
Ini semua kerana SOP jabatan kebajikan masyarakat, percayalah kerana perkara ini didedahkan oleh Presiden TERBAK Malaysia ( pertubuhan kebajikan dan sosial) Muhammad Khairul Hafiz Abdullah, yang tampil membuat pendedahan di kota damansara pagi ini.
Tahukah kita anak-anak yang diambil sebagai anak kerajaan malaysia ini sebenarnya dibiarkan hidup tanpa hala tuju selepas mereka mencapai umur 18 tahun.
Dilepaskan dari pusat penjagaan kanak-kanak mereka ini dibiarkan hidup tanpa perlindungan, malah lebih malang mereka tidak layak mendapat apa-apa bantuan kerana status mereka bukan sebagai warganegara, tetapi lebih hina dari pemilik kad pengenalan merah ( pemastautin tetap), itulah hakikatnya , anak -anak ini selepas berumur 18 tahun hanya diberikan kad pengenalan hijau (pemastautin sementara).
Kerana status mereka sebagai pemastautin sementara inilah mereka tidak layak mendapat apa-apa bantuan, jadi selepas diusir dari pusat penjagaan selepas berumur 18 tahun, bagaimana mereka yang tidak pernah kenal dunia luar mahu hidup.
Mereka bukan seperti kita yang ada tempat mengadu dan minta pertolongan saat susah, mereka tak punya siapa -siapa untuk membantu mereka. mereka tak punya wang untuk makan, untuk cari tempat berteduh, dan akhirnya terpaksa merempat dan mengemis, padahal mereka ini punya masa depan cerah, ada antaranya layak untuk menyambung pelajaran dan menjadi manusia terhormat, namun mereka terpaksa mengemis dan ada remaja wanita terpaksa melacur untuk hidup.
Berkerja?, siapa mahu ambil mereka berkerja jika mereka ini tidak punya status warga negara yang jelas?
Ini lah yang berlaku walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh TERBAK untuk mendapat jaminan masa depan mereka dari jabatan kebajikan masyarakat dan sharizat yang ketika itu menteri yang bertanggungjawab. namun usaha mereka sia-sia, sharizat lebih mementingkan lembu dari nasib anak-anak ini.
Menceritakan pengalaman dirinya sebagai rujukan, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah sendiri pernah merasai kesengsaraan selama 6 tahun hidup tanpa arah tuju, beliau pernah dipenjarakan hanya kerana Kad pemastautin sementaranya tamat tempoh..
Menceritakan lanjut nasib dirinya beliau yang berketurunan melayu telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga berbangsa Cina dan telah diberi nama sebagai seorang cina juga ditukar agama mengikut keluarga angkatnya, sedangkan menurut Khairul Hafiz fatwa jelas mengatakan bahawa anak yang diambil sebagai anak kerajaan haruslah di Islamkan. namun kerana perkara itu tidak diberi perhatian, ia tidak ditunaikan.
Apalah nasib anak-anak terbiar lain yang diambil oleh kementerian.
Sehingga hari ini mengikut data simpanan beliau sejumlah 1750 orang anak anak terbiar yang diambil oleh kerajaan ini mengalami masalah meneruskan kehidupan seharian mereka, gara-gara tidak memiliki status kewarganegaraan yang jelas.
Apa yang dibimbangi ialah apakah nasib mereka selepas diarah keluar dari pusat penjagaan, dengan tidak memiliki status jelas kewarganegaraan apakah nasib mereka akan terabai sama, menjadi pengemis dan pelacur jalanan.
Benarlah kata presiden Tebrak itu, mereka sebenarnya dipersia oleh kerajaan walaupun mereka itu anak kerajaan, duit cukai dari rakyat dibazirkan dengan dengan memberi mereka makan tapi tidak menyediakan mereka untuk terus berdikari selepas keluar dari pusat jagaan.
Mereka tidak mahu kehidupan yang senang dan mewah, tapi cukuplah mereka dilayani dengan adil dengan 3 perkara paling utama yang mereka perlukan.
1- Beri mereka taraf kewarganegaraan kerana mereka dibesar oleh kerajaan dari kecil
2- Pekerjaan buat mereka memulakan kehidupan mereka
3- bantuan bulanan selama setahu supaya mereka tidak perlu mengemis seperti apa yang mereka terpaksa lakukan kini.
Apakah itu susah?, Jika itu susah sekali, beri saja mandat kepada kerajaan baru, kerana umno BN jelas sudah gagal membela nasib anak-anak terbuang ini.
Sedarlah semua, jangan pandang hina pada anak-anak ini, nasib mereka jadi teruk bukan kerana salah mereka.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.