Mungkin jodoh mereka sampai disini sahaja, penyerang kebangsaan Safee Sali yang kinu bersama kelab Pelita Jaya FC bercerai talak satu dengan isterinya Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Bagaimanapun, Safee seolah-olah melarikan diri dari media mengenai penceraiannya dan hanya Sabarina membuat pengesahan itu kepada media.
Kelibat jutawan bola sepak itu, pada awalnya kelihatan di pintu lif mahkamah, namun beliau terus memasuki kereta bersama peguamnya, Ahmad Nazeb Johari.
“Alhamdulilah semuanya sudah selesai, saya harap tiada spekulasi lagi antara kami berdua,” kata Sabarina yang ditemani peguamnya, Ezura Nashuha Abdul Hadi.
Ezura Nashuha menjelaskan, anak guamnya bercerai dengan Safee secara baik, selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.
“Safee dan Sabarina bercerai secara baik. Dia melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Syarie. Mohammad Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup,” katanya
Beliau berkata hak penjagaan kedua-dua anak perempuan hasil perkahwinan pasangan itu pada 2007, Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Sorfina, setahun diserahkan kepada Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.
"Kita ada dua orang anak, kena jaga perasaan (anak-anak), saya atau Safee buat yang terbaik untuk anak-anak." kata sabrina lagi
Pada November tahun lalu Safee memfailkan perintah supaya Sabarina kembali taat kepadanya, bagaimanapun menarik semula perintah itu minggu lalu.
Safee, 28, dan Sabarina mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.
Safee kini meneruskan kariernya bersama kelab Pelita Jaya FC apabila memperoleh kontrak baru bernilai lebih RM2 juta daripada kelab itu untuk tempoh dua tahun lagi, manakala Sabarina pula berkata beliau akan kembali ke Sarawak untuk bersama anak-anaknya yang kini berada di Kuching.
"tukanglawan" agak sedih mendengar berita ini, sepatutnya dalam saat kegemilangan ini, mereka semakin bahagia, kita tidak tahu apa yang berlaku, dan jangan timbuk spekulasi yang tidak elok, apa pun mereka menunjukkan contoh yang baik bila bersetuju dalam soal penjagaan anak, harap-harap kerana anak, kasih mereka bertaut kembali, siapa tahu, lagipun itu urusan ALLAH kan.
"tukanglawan" agak sedih mendengar berita ini, sepatutnya dalam saat kegemilangan ini, mereka semakin bahagia, kita tidak tahu apa yang berlaku, dan jangan timbuk spekulasi yang tidak elok, apa pun mereka menunjukkan contoh yang baik bila bersetuju dalam soal penjagaan anak, harap-harap kerana anak, kasih mereka bertaut kembali, siapa tahu, lagipun itu urusan ALLAH kan.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.